Al Nassr Sedia Bida Casemiro Dan Wan-Bissaka Selepas Dicadangkan Ronaldo

Al Nassr dilaporkan sedia untuk membida Casemiro dan Aaron Wan-Bissaka daripada Manchester United selepas kedua-dua pemain dicadangkan sendiri oleh Cristiano Ronaldo.

Menurut Daily Mail minat daripada Al Nassr untuk kedua-dua pemain menyebabkan Pengarah Bolasepak John Murtough terbang ke Arab Saudi untuk melihat sejauh mana kemungkinan perpindahan tersebut boleh direalisasikan dalam masa terdekat.

Kelab diwakili Ronaldo itu dilaporkan sanggup membayar harga yang mahal untuk mendatangkan Casemiro yang menerima £375,000 seminggu di Old Traffird.

Al Nassr juga dilaporkan serius untuk mendapatkan khidmat Wan-Bissaka pada Januari ini selepas bidaan bernilai £20 juta untuk bek kanan Tottenham Emerson Royal telah dit0lak oleh kelab London itu.

United turut mahukan bayaran untuk kedua-dua pemain dan berharap mampu mendapatkan sebahagian daripada nilai £70 juta yang dibayar kepada Real Madrid ketika mendatangkan Casemiro.

Ronaldo dikatakan bertanggungjawab untuk meyakinkan Al Nassr untuk mendapatkan bekas bintang Real Madrid itu, manakala Wan-Bissaka sehingga kini gagal mencapai kata sepakat untuk kontrak baharu di Old Trafford. Perpindahan ke Arab Saudi memberi peluang kepada Al Nassr, United, dan Wan-Bissaka sendiri situasi menang menang.

Casemiro tidak beraksi bersama United sejak November lalu selepas mengalami kecederaan harmstring dan kontrak berliau di Old Trafford akan tamat pada 2026.

Sejak berhijrah ke Premier League pada 2022, pemain tengah Brazil itu telah melakukan 63 penampilan untuk skuad Setan Merah.

BACA:  Liverpool Bakal Lebur Rekod Manchester United