Persembahan Luar Biasa Maguire Bantu Man Utd Tewaskan Crystal Palace, Gandingan Casemiro-Amrabat Tarik Perhatian

Persembahan luar biasa Harry Maguire di bahagian pertahanan Manchester United berjaya membantu pasukan itu memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala EFL dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Crystal Palace di Old Trafford pada malam tadi.

Turut mencuri tumpuan adalah gandingan Casemiro dan Sofyan Amrabat yang melakukan penampilan pertama untuk skuad kendalian Erik ten Hag dalam perlawanan ini.

Berikut adalah rating kesemua pemain Setan Merah dalam membantu kemenangan secara santai ke atas Crystal Palace pada awal pagi tadi:

Manchester United (4-1-4-1)

Andre Onana: 6
Sekadar menjadi pemerhati pada babak pertama apabila jarang diuji tetapi cemerlang mempertahankan gawang United daripada dibocori apabila khidmatnya diperlukan.

Antara momen penting ialah aksi menyelamat menggunakan kaki ala David de Gea untuk menafikan percubaan Mateta pada minit ke-60 perlawanan.

Diogo Dalot: 7.5
Menampilkan aksi meyakinkan sebagai bek sayap dan berjaya menghasilkan assist untuk jaringan Garnacho.

Sepanjang perlawanan Dalot konsistem menampilkan ancaman dan membuatkan Tyrick Mitchell kelam kabut.

Harry Maguire: 7
Sering menjadi sasaran penyokong kerana melakukan kesilapan mudah, tetapi dalam perlawanan ini Maguire berjaya menutup mulut pengkritiknya dengan persembahan luar kebiasaan.

Momen penting ialah ketika Maguire berjaya melakukan clearance sebelum bola sampai kepada Jean-Philippe Mateta ketika kedudukan 0-0.

Keyakinan luar biasa Maguire dalam perlawanan ini turut disaksikan oleh pembantu jurulatih England, Steve Holland yang turut berada di Old Trafford.

Raphael Varane: 6.5
Diberikan peranan selaku kapten pasukan tatkala Ten Hag merehatkan Bruno Fernandes.

Bukanlah aksi terbaik daripada bekas pemain Real Madrid itu tetapi ia sudah memadai untuk mengekang jentera serangan Palace.

Varane akan berhadapan cabaran lebih sukar selepas ini di mana kemampuan dan kualitinya akan diuji.

Sofyan Amrabat: 8
Tampil buat kali pertama untuk United dan merupakan antara tujuh perubahan oleh Ten Hag dalam perlawanan ini.

Amrabat memulakan perlawanan sebagai bek kiri dan kemudiannya berada di segenap posisi padang kecuali sebagai penyerang.

Corak permainan dominan oleh Amrabat pasti akan meniti bibir setiap peminat Setan Merah selama seminggu akan datang, dan ia pasti menarik untuk melihat sejauh mana kehadiran pemain dari Magribi ini mampu mengubah saingan United musim ini.

Casemiro: 8.5
Cemerlang menanduk masuk gol keempat peribadninya pada musim ini dalam semua pertandingan untuk menggandakan kedudukan United dalam perlawanan ini.

Casemiro kemudiannya turut menghasilkan assist yang disempurnakan Antony. Ketika berada dalam prestasi terbaiknya, segalanya tampak mudah buat Casemiro.

Facundo Pellistri: 6.5
Bukanlah persembahan yang sempurna tetapi pemain muda ini adalah pemain sayap klasik yang sentiasa menampilkan corak permainan secara direct.

Ketiadaan Antony dan Sacho di dalam skuad United adalah peluang terbaik buat Pellistri membuktikan dirinya sudah bersedia beraksi sebagai pemain utama United.

Hannibal Mejbri: 7
Dikenali sebagai pemain yang tidak mengenal erti penat lelah dan mempunyai stamina tinggi.

Pemain yang tidak pandai berhenti berlari, namun harus lebih berhati-hati untuk mengelak diri daripada dilayangkan kad kuning yang tidak diperlukan.

Mason Mount: 7.5
Mount menampilkan potensi sebenar yang membuatkan Ten Hag sanggup melabur besar.

Perlawanan ini boleh dianggap sebagai permulaan untuk Mount bersama Manchester United. Sayang sekali beliau hanya beraksi selama 45 minit.

Mount pasti akan berada di dalam kesebelasan utama menentang lawan sama pada Sabtu.

Alejandro Garnacho: 6.5
Menjadi pemain paling pantas untuk menyambar bola di hadapan hawang untuk memberikan United pendahuluan, namun sentiasa bergelut selepas itu.

Kecenderungan United melakukan gerakan dari arah sayap kanan dalam perlawanan ini turut tidak membantu Garnacho. Konsistensi juga masih menjadi isu buat pemain muda ini.

Anthony Martial: 6.5
Isu keyakinan hampir menghancurkan karier Martial di Old Trafford. Tetapi jaringan pemain ini antara yang paling diraikan oleh Ten Hag.

Ia adalah jaringan yang amat diperlukan oleh Martial.

Pemain gantian

Victor Lindelof (untuk Mason Mount, 46) – 6.5

Jonny Evans (untuk Raphael Varane, 60) – 6

Dan Gore (untuk Sofyan Amrabat, 60) – 6

Donny van de Beek (untuk Hannibal Mejbri, 71)

Manager: Erik ten Hag – 8
Melakukan 7 perubahan untuk perlawanan ini dan United menampilkan aksi terbaik mereka pada musim ini.

Ten Hag juga pasti gembira dengan impak yang didatangkan oleh Mason Mount dan Sofyan Amrabat. Tiada penyesalan tidak mendesak Maguire pergi.

BACA:  Southgate Nasihatkan Maguire Tinggalkan MU Atau Terlepas Peluang Wakili England