Bekas Pemain Liverpool Tinggalkan Kelab Perancis Selepas Bertumbuk Dengan Pengurus

Mamadou Sakho dilaporkan telah meninggalkan Montepellier selepas terlibat dengan pergaduhab secara fizikal dengan Ketua Jurulatih.

Pemain pertahanan itu pernah beraksi bersama Liverpool dan Crystal Palace di Premier League, sebelum meninggalkan Selhurst Park dan menyertai kelab Perancis itu pada 2021.

Namun demikian tempoh Sakho bersama Montpellier berakhir dengan kepahitan pada bulan lalu selepas pemain itu terlibat cengan pergaduhan dengan pengurus pasukan, Michel Der Zakarian.

Selepas insiden tersebut, laporan di Perancis kemudiannya mendedahkan pemain berusia 33 tahun itu digantung oleh kelabnya kerana tindakannya itu.

Selepas berdiam diri sejak seminggu yang lalu, Sakho kemudiannya mengumumkan dirinya telah meninggalkan Montepellier kerana merasakan dirinya tidak dihormati sebagaimana sepatutnya.

Melalui satu kenyataan, Sakho berkata: “Anda harus tahu bagaimana untuk meninggalkan tempat itu apabila sudah lagi tidak dihormati.

“Berikutan insiden yang berlaku di pusat altihan pada minggu lalu di mana saya enggan mengambil tanggungjawab, saya memutuskan pada hari ini 2/11/2023 untuk menamatkan kerjasama saya dengan Montpellier Herault Sports Club.

“Saya sudah dua tahun di dalam kelab yang seperti keluarga ini dan saya berbangga berkongsi pengalaman dengan rakan sepasukan lain yang saya anggap seperti adik di pusat latihan.

“Pada masa yang sama, saya mahu berterima kasih untuk sokongan mereka dan juga daripada kakitangan perubatan. Saya juga tidak akan lupa jasa penyokong yang sentiasa menghargai diri saya sepanjang tempoh bersama.

“Terima kasih juga kepada Pegarah Sukan Bruno Carotti untuk kesetiaannya sepanjang saya bersama Montepellier.

“Akhir sekali saya mahu mengucapkan terima kasih teristimewa kepada Laurent Nicollon, yang seperti mendiang ayahnya yang memimpin kelan ini dengan nilai dan prinsip yang dekat dengan hati saya.”

BACA:  Arsenal, Liverpool & Spurs Berminat Dapatkan Khidmat Pemain Watford, Abdoulaye Doucoure