Luis Diaz Hanya Memerlukan 10 Minit Untuk Buktikan Beliau Penandatanganan Tepat Untuk Liverpool

Luis Diaz berjaya menunjukkan impak yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi debutnya bersama Liverpool dalam saingan FA Cup malam semalam.

Beliau berjaya mencatatkan assists yang sungguh menakjubkan ketika membantu The Reds menewaskan Cardiff City 3-1 di Anfield.

​Jurgen Klopp sebelum ini mendesak pihak kelab untuk menandatangani Luis Diaz pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Dengan penandatanganan terbaru kelab itu hanya memerlukan 11 minit sahaja untuk membuktikan mengapa Jurgen Klopp benar-benar mahukan khidmatnya.

Diaz ditandatangani oleh Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £37.5 juta dan melihat kepada persembahan beliau semalam, ia jelas menunjukkan The Reds bakal mendapatkan pemain yang mereka cari.

Beliau menunjukkan kualiti hantaran dan kemampuan kakinya yang menakjubkan dalam membantu jentera serangan Liverpool.

Beliau berjaya memanfaatkan kesilapan barisan pertahanan Cardiff untuk melorongkan bola yang cantik mencari Takumi Minamino di dalam kotak penalti.

Pengenalan yang sungguh menakjubkan untuk Diaz yang mana para peminat sudah tentu tidak sabar menanti untuk melihat aksinya dalam saingan Premier League nanti.

Walau hanya beraksi pada babak kedua permainan, namun para peminat benar-benar berpuas hati melihat persembahan yang dipersembahkan oleh Luis Diaz.

“Kemahiran kaki dia saya rasa sama seperti Suarez. Dia bakal menjadi ancaman besar untuk pemain pertahanan pasukan lawan.”

“Debut yang sungguh menakjubkan, saya yakin dia akan bersinar di Anfield, sebelum ini ramai teruja mahu melihat dia sertai Liverpool, dan hari ini saya dapat jawapan mengapa ramai yang mahukan dia.”

“Dia nampak macam dah cukup serasi dengan pemain lain, inilah pemain yang kita cari, jentera serangan kita akan semakin tajam selepas ini.”

“Saya semakin yakin yang kita akan akhiri musim ini dengan setidak-tidaknya satu Piala. Percayalah kita sudah ada skuad terbaik untuk mencabar pelbagai kejuaraan.”

Liverpool tak berpeluh singkirkan Cardiff City

Liverpool berjaya menewaskan Cardiff City 3-1 dalam aksi pusingan keempat saingan Piala FA yang dilangsungkan di Anfield malam semalam.

Tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane, skuad kendalian Jurgen Klopp tetap mampu meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan masih belum merekodkan sebarang kekalahan.

Ramai yang mungkin berfikir Liverpool akan berdepan masalah besar tanpa kelibat dua nadi penting dalam sistem serangan mereka itu.

Namun buktinya The Reds tetap mampu pamer aksi yang luar biasa cemerlang, dengan mereka kekal tidak terkalahkan sejak kehilangan dua bintang utama mereka itu.

Liverpool mara ke pusingan keempat selepas kejayaan mereka menewaskan Shrewsbury Town 4-1 pada awal Januari yang lalu.

The Reds kemudiannya diundi untuk bertemu Cardiff City di pusingan keempat selepas skuad kendalian Steve Morison itu cemerlang menewaskan Preston North End di pusingan ketiga saingan FA Cup musim ini.

Cardiff berjaya memastikan gawang gol mereka tidak dibolosi sepanjang aksi babak pertama permainan, dengan barisan pertahanan serta penjaga gol mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Jentera serangan Liverpool juga nampak sedikit tumpul pada 45 minit pertama dalam perlawanan ini, dengan mereka menemui jalan buntu untuk merobek gawang lawan.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan ia jelas sekali satu permulaan yang sangat baik untuk pasukan pelawat.

Masuk aksi babak kedua, Liverpool sepertinya berjaya memperkemaskan jentera serangan mereka dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-53 permainan.

Hasil dari satu sudut sepakan percuma yang diambil oleh Trent Alexander Arnold, Diogo Jota cemerlang menanduk padu bola masuk menerjah jaring gawang gol Cardiff.

Pada minit ke-68 permainan pula, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 selepas Takumi Minamino cemerlang merembat masuk bola hasil gerakan cantik Luis Diaz.

Sungguh menakjubkan untuk pemain Colombia itu yang hanya memerlukan 10 minit sahaja aksi ketika debutnya untuk mencipta gerakan luar biasa dasyat yang menghadirkan gol untuk Liverpool itu.

Pada minit ke-76 pula, giliran pemain yang baru sahaja diturunkan untuk beraksi selepas berehat selama beberapa bulan kerana dibelenggu masalah kecederaan, Harvey Elliott pula meledak gol untuk Liverpool.

Eliott melepaskan rembatan luar biasa padu untuk merobek gawang gol Cardiff City, seterusnya membantu Liverpool untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0.

10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Rubin Colwill berjaya menjaringkan gol saguhati untuk Cardiff hasil dari satu serangan pantas yang mereka lancarkan.

Perlawanan tamat dengan Liverpool berjaya menewaskan Cardiff City 3-1 untuk mengesahkan tempat beraksi di pusingan kelima saingan FA Cup musim ini.

Liverpool pada 3 Mac nanti akan turun beraksi bertemu Norwich City di Anfield dalam aksi pusingan kelima saingan FA Cup.

Tidak dinafikan yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada musim ini memiliki barisan skuad depth yang lebih bagus dan meyakinkan untuk mereka bersaing dalam semua kejohanan domestik.

Liverpool kini masih berpotensi untuk memenangi semua kejuaraan yang mereka sertai baik liga, Champions League, FA Cup mahupun Carabao Cup.

Mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Leicester City dan Burnley dalam aksi saingan Premier League, sebelum terbang ke Itali untuk bertemu Inter Milan dalam saingan Champions League.

Pada 28 Februari nanti, Liverpool akan turun berdepan dengan skuad Chelsea, dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup musim ini.

Seandainya Liverpool mengakhiri saingan musim ini dengan tidak memenangi apa-apa, ia jelas sekali satu hal yang sangat merugikan untuk mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp: Liverpool 'Dipaksa' Meminta Maaf Kerana Tidak Bermain Baik Seperti Manchester City