Roy Keane Hentam Van Dijk Yang Berlagak: “Dia Kena Tahu Liverpool Ada 1 Je EPL Dalam 30 Tahun”

Roy Keane tidak gembira dengan kritikan Virgil Van Dijk ke atas taktikal Man United. Sambil mempersendakan pencapaian kelab itu yang cuma menang 1 EPL dalam masa 30 tahun terakhir.

Van Dijk mengutuk pendekatan Man United yang datang parking bas di Anfield. Dan kemudian girang meraikan keputusan seri.

Liverpool memiliki 34 percubaan ke gawang United sepanjang perlawanan dan tak satu pun masuk. Prestasi Cemerlang Andre Onana benar benar membuatkan Mo Salah dan rakan rakannya mati kutu di hadapan gol Man United.

Selepas tamat perlawanan, Van Dijk berkata: “Jika anda melihat bagaimana kami bermain permainan, kami mempunyai sebahagian besar bola dan mencipta beberapa peluang. Hanya ada satu pasukan yang cuba memenangi perlawanan ini.”

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan sudah tentu dan itulah sebabnya ia mengecewakan. Kadang-kadang kami merembat terlalu mudah dan patut melepasi mereka dengan larian overlap.”

“Keputusan yang tepat di zon serangan tidak cukup bagus hari ini. Kami akan meneruskan perjuangan, sudah tentu tetapi ia mengecewakan kerana kami lebih hebat dalam semua aspek.”

“Akhirnya mereka girang gembira dengan satu mata, dan kami kecewa dengan satu mata.”

“Jelas sekali mereka tidak berada dalam fasa terbaik. Datang ke sini anda berhati-hati dengan ancaman yang kami ada. Kami sepatutnya memenanginya hari ini. Kami perlu belajar daripada situasi tertentu, dan saya tahu kami akan melakukannya.”

Keane kemudian menuduh Van Dijk sebagai poyo dan berlagak. Dia mengingatkan pemain itu dia sebenarnya sedang bermain untuk kelab yang menang 1 je EPL dalam masa 30 tahun.

“Kesombongan Van Dijk telah terpancar dari dirinya. Mengutuk Man United macam tu?”

“Dia patut ingatkan diri sendiri. Dia bermain untuk kelab yag memenangi 1 je EPL dalam masa 30 tahun. Dia kata hanya Liverpool je nak menang dan kemudian menuduh United gembira untuk seri.”

“Manchester United ketika ini sedang dalam fasa sukar. Sama macam Liverpool yang pernah melalui fasa fasa sukar itu sebelum ini.”

“Jadi, kesombongannya itu mungkin sedikit memakan dirinya hari ini.”

BACA:  Video: Gandingan Van Dijk Dan Konate Terlalu Sukar Untuk Ditewaskan