Kemaluan Besar Van Dijk Lolos Celah Kelangkang Diselamatkan Jones Dan Gakpo

Blunder oleh Virgil van Dijk membenarkan percubaan Willian melalui celah kelangkang untuk membenarkan Fulham mendahului 1-0 sebelum Curtis Jones dan Cody Gakpo melengkapkan kebangkitan Liverpool memadam kemaluan pemain pertahanan terbaik dunia itu.

Pemain pertahanan tengah itu gagal mengawal bola yang melantun ketika bersaing dengan Raul Jimenez.

Lebih malang Andrea Pereira berjaya mencuri bola sebelum melorongkannya kepada bekas penyerang Chelsea dan Arsenal, Willian.

Pemain dari Brazil itu melakukan sentuhan pertama menakjubkan sebelum meloloskan bola di celah kelangkang pemain pertahanan terhebat dunia itu untuk membenarkan Fulham mendahului.

Mengulas jaringan Willian itu, Jamie Redknapp tidak teragak-agak menyalahkan Van Dijk.

“Jelas sekali ia berpunca daripada kesilapan Van Dijk.”

“Saya sentiasa berpendapat sekiranya anda adalah pemain pertahanan tengah, apabila bola tiba di kawasan anda anda harus mengeluarkan bola ke garisan keluar. Tetapi dia mengarahkan bola ke kawasan tengah permainan.

“Pereira kemudiannya merampas kembali penguasaan sebelum melorong kepada Willian yang kemudian bertindak dengan baik. Dia mungkin takut melakukan tackle dan sedikit hilang arah.

“Tetapi di dalam situasi itu Willian memang sangat mahir. Dia hampir dijatuhkan tetapi berjaya menyeimbangkan diri sebelum meloloskan diri dan meloloskan bola di celah kelangang Van Dijk.

“Ia adalah tindakan (aksi) yang hebat. Ia benar-benar hebat dan mereka selayaknya mendapatkan gol itu. Mereka beraksi dengan baik.”

Dan selepas perlawanan Redknapp menyambung: “Ada banyak perkara Fulham masih perlu betulkan. Jika ada pemain yang anda mahu raikan ia sudah pasti Willian.

“Dia melakukan beberapa sentuhan menarik yang menyebabkan Van Dijk (pemain pertahanan terbaik dunia) tersalah langkah. Jelas pelan permainan mereka [Fulham] adalah untuk bertahan dan melakukan serangan balas pantas di setiap peluang yang mereka miliki, dan mereka berjaya melaksanakannya.

“Ia adalah gol penting yang membenarkan mereka terus bermain dalam perlawanan ini.”

Fulham kelihatan berbahaya dalam setiap gerakan ketika menyerang ke arah kubu Liverpool, namun sering kali dikecewakan dengan sentuhan penyudah yang tumpul (selain gol Willian) atau melakukan keputusan yang salah dalam gerakan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi untuk perlawanan timbal balik pada 25 Januari di Craven Cootage untuk menentukan pasukan manakah yang lebih layak ke final.

BACA:  Arsenal Segera Lengkapkan Penandatanganan Fabio Vieira Kerana Bimbang Disailang Liverpool