Kapten Liverpool Virgil van Dijk enggan terus menyatakan komitmen dan masa depannya untuk terus kekal bersama Liverpool sehingga visi dan perancangan kelab menjadi jelas setelah pengumuman Jurgen Klopp akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.
Tiga bintang utama Liverpool akan tamat kontrak pada musim panas 2025 termasuk pemain pertahanan terbaik dunia itu. Dua lagi pemain yang juga merupakan tunjang utama skuad Liverpool di era Klopp ialah Trent Alexander-Arnold dan Mohamed Salah.
Pada ketika ini Van Dijk sememangnya tidak mempunyai perancangan untuk meninggalkan Anfield. Walaupun demikian pemain dari Belanda itu enggan menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Anfield melangkaui tempoh tersebut sehingga segalanya menjadi jelas.
Ditanya sama ada dia akan terus menjadi sebahagian daripada skuad Liverpool selepas era Jurgen Klopp, Van Dijk menjawab: “Itu soalan penting. Saya tidak tahu,” jawab pemain itu.
🚨 Van Dijk when asked about being part of next era at Liverpool: “That’s a big question — well, I don’t know”.
“The club will have a big job on their hands, many things will change. I am very curious which direction that will go in”.
“We’ll see our situation”, via @TimesSport. pic.twitter.com/41xFNIGgXM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 29, 2024
Selain Klopp beberapa kakitangan lain yang selama ini memainkan peranan besar bersama pengurus dari Jerman itu membina kejayaan Liverpool seperti Pengarah Sukan Jorg Schmadtke, pembantu jurulatih Pep Lijnders, Peter Krawietz dan Vitor Matos turut akan berundur selepas tamat saingan musim ini.
“Sebab itulah saya tidak suka bercakap mengenai perkara ini. Ini adalah fokus utama. Kita akan lihat apa berlaku seterusnya pada akhie musim.
“Mudah-mudahan kita akan mencapai kejayaan seperti yang kita impikan pada akhir musim, dan selepas itu banyak perkara mengenai masa depan kelab menjadi semakin jelas.
Virgil van Dijk says he does not know if he will stay at Liverpool after Jurgen Klopp leaves the club this summer 😯pic.twitter.com/ozhGJ5GSiV
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 29, 2024
“Daripada segi mentaliti pemain tiada banyak perubahan sekarang. Jelas sekali banyak rombakan berlaku pada penghujung musim dan musim baharu akan datang. Buat masa ini semua pihak perlu meneruskan apa yang dilakukan selama ini.
“Ia memang lebih mudah untuk bercakap daripada melakukannya, dan semua pemain lain berfikir perkara yang sama. Ia tanggungjawab saya untuk memastikan semua perkara kekal sepertimana sebelum ini.”
Van Dijk juga sedar perubahan yang akan dialami Liverpool bermula akhir musim ini akan berbeza sekali berbanding pengalaman sejak beberapa musim lalu, dan menekankan ia adalah perkara yang perlu ditangani oleh pihak kelab.