Van Dijk Koyak: “Hanya Satu Team Je Nak Menang, Satu Lagi Girang Sebab Seri”

Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk ternyata menyampah dengan Man United yang menurutnya datang ke Anfield hanya untuk bertahan dan cuba menyakiti Liverpool dengan serangan balas.

Dalam aksi antara dua musuh tradisi tersebut, Liverpool diikat Man United dengan keputusans seri tanpa jaringan.

Di mana Liverpool melakukan 34 percubaan ke gawang Man United sepanjang malam.

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menyelar pendekatan bertahan Manchester United kerana mendakwa “hanya satu pasukan cuba untuk menang”.

Van Dijk kecewa kerana United yang memilih taktikal permainan berhati-hati yang meninggalkan sedikit ruang untuk Liverpool mengeksploitasi.

Kegagalan Liverpool untuk memecahkan pertahanan beramai-ramai United menyebabkan mereka kehilangan tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris apabila Arsenal menduduki tempat pertama berikutan kemenangan mereka ke atas Brighton.

Mengambil kira prestasi negatif United dan skuad yang serba tempang, Ten Hag ada alasan untuk gembira bersama anak anak buahnya kerana seri di Anfield.

Van Dijk berkata: “Jika anda melihat bagaimana kami bermain permainan, kami mempunyai sebahagian besar bola dan mencipta beberapa peluang. Hanya ada satu pasukan yang cuba memenangi perlawanan ini.”

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan sudah tentu dan itulah sebabnya ia mengecewakan. Kadang-kadang kami merembat terlalu mudah dan patut melepasi mereka dengan larian overlap.”

“Keputusan yang tepat di zon serangan tidak cukup bagus hari ini.”

Van Dijk, yang ada tandukan bahaya separuh masa pertama yang diselamatkan oleh Andre Onana, mengakui dia dapat memahami mengapa United berpuas hati untuk menundukkan Liverpool selepas musim yang sukar, berbeza dengan prestasi terbaik The Reds.

Menggesa Liverpool untuk belajar daripada kegagalan mereka untuk membunuh United, Van Dijk berkata: “Kami akan meneruskan perjuangan kami, itu sudah tentu tetapi ia mengecewakan kerana kami lebih hebat dalam semua aspek.”

“Akhirnya mereka girang gembira dengan satu mata, dan kami kecewa dengan satu mata.”

“Jelas sekali mereka tidak berada dalam fasa terbaik. Datang ke sini anda berhati-hati dengan ancaman yang kami ada. Kami sepatutnya memenanginya hari ini. Kami perlu belajar daripada situasi tertentu, dan saya tahu kami akan melakukannya.”

Bos Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan pasukannya lebih dominan berbanding ketika merobohkan United 7-0 musim lalu.

Tetapi pengurus Jerman itu mengakui Liverpool telah mengecewakan diri mereka dengan aksi agak tergopoh gapah di serangan mereka pada saat-saat penting.

“Saya melihat banyak perkara baik, satu perkara yang saya tidak suka ialah keputusannya. Kami sepatutnya menjaringkan gol. Kami tergesa-gesa dalam beberapa saat,” katanya.

“Tekanan balas kami adalah baik sebagai satu kumpulan, dan kami tidak membiarkan mereka keluar. Saya tidak ingat persembahan yang begitu dominan ketika menentang Man Utd – walaupun 7-0 musim lalu.”

“Sekarang 0-0 mereka mungkin berasa lebih baik sedikit daripada kami. Tetapi kami mengambil keputusan ini dengan terbuka dan teruskan.”

Tidak seperti Van Dijk, Klopp tidak terkejut dengan keengganan United untuk menyerang dengan lebih ramai pemain.

“Ia adalah jenis permainan yang saya jangkakan. Jika kami bermain seperti ini sukar untuk pasukan lawan keluar dari bahagian sendiri dan cara pertahanan United bersih dengan penuh semangat,” katanya.

“Kami mencuba segala-galanya dan nombor yang kami cipta – dari segi percubaan – ia adalah gila. Tetapi dengan jumlah percubaan itu, ia sepatutnya beberapa lagi mengenai sasaran. Itu adalah kesalahan kami hari ini dan kami perlu bergerak dari sini.”

Ditanya sama ada dia kecewa kerana tidak mengambil kesempatan daripada perjuangan United baru-baru ini, Klopp menambah: “Apa yang dikatakan semua orang hanya membantu United. Mengapa kita perlu mendengarnya?

“Mereka bersemangat dan saya tidak ingat perlawanan di mana mereka muncul dengan bendera putih. Ia tidak pernah berlaku.”

BACA:  Van Dijk Dianggap Satu-Satunya Pemain Mampu Matikan Langkah Haaland