Van Dijk Salahkan Diri Jadi Punca Alisson Jadi Onana

Virgil van Dijk mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapannya yang menjadi punca Liverpool ketinggalan dalam perlawanan menentang Brighton di Stadium Amex pada malam tadi.

Hantaran lemah pemain pertahanan terbaik dunia itu yang juga merupakan kapten Liverpool kepada Alexis Mac Allister telah dipintas Simon Adingra.

Menyedari penjaga gol Liverpool Alisson Becker berada sedikit di luar posisi, Adingra kemudiannya pantas melakukan percubaan menyebabkan Alisson tekapai-kapai – persis aksi Andre Onana ketika dibocori Brentford sehari sebelum itu.

Liverpool kemudiannya berjaya mendahului perlawanan hasil dua jaringan pantas Mohamed Salah pada penghujung babak pertama.

Namun sekali lagi kecenderungan untuk hilang tumpuan di bahagian pertahanan membenarkan Brigton menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan melalui Lewis Dunk untuk perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan 2-2.

“Ia bukan kesilapan [Alexis Mac Allister] semata-mata, saya juga harus bertanggungjawab. Hantaran tersebut amat berisiko,” kata Van Dijk selepas perlawanan.

“Amat jelas kami cuba membina gerakan dari bawah tetapi malangnya perkara sebegini juga boleh berlaku di dalam bola sepak. Kami pantas dihukum di dalam perlawanan aras tinggi sebegini.

“Salah komunikas menjadi punca kami dibolosi kali kedua. Saya berpendapat Robbo ada mendengar jeritan dan dia menyangka ia adalah Alisson.

“Ia adalah salah komunikas dan tidak sepatutnya berlaku. Tidak ada pemain sengaja mahu melakukan kesilapan.

“It’s not only [Alexis Mac Allister being tackled], it’s me as well, it’s a risky ball. But obviously, we try to play out from the back and unfortunately, these things could happen in football and you get punished immediately, it’s the highest level.

“Miscommunication [led to the second goal]. I think Robbo heard a shout and he thought it was Alisson, it’s a miscommunication and shouldn’t happen. But nobody wants to make mistakes.

“Malang sekali salah komunikasi menjadi punca jaringan pasukan lawan. Tetapi secara keseluruhan saya tetap bangga dengan rakan sepasukan dan ada banyak perkara positif telah ditunjukkan oleh semua sejak beberapa minggu lalu.

“Kini tiba masanya untuk perlawanan antarabangsa dan kami perlu kembali tanpa kecederaan, dan saya berharap semua pemain juga akan berjaya bersama pasukan masing-masing dalam beberapa perlawanan antarabangsa yang begitu menarik nanti.”

Keputusan seri itu bermakna Liverpool kekal berada di kedudukan keempat menuju jendela perlawanan antarabangsa FIFA – di belakang Arsenal, Manchester City, dan Tottenham.

BACA:  Video: Gandingan Van Dijk Dan Konate Terlalu Sukar Untuk Ditewaskan