Keraian Gol Kemenangan Roy Keane vs Micah Richards Dianggap Kurang Ajar

Roy Keane telah menjaringkan gol kemenangan melalui jaringan emas ketika menentang pasukan Micah Richards dan telah meraikan gol itu dengan penuh digirang tetapi dianggap sebagai kurang ajar.

Bekas pemain Manchester United itu, terus dikecam dan semua ini gara-gara kenyataannya yang telah melabelkan tarian pemain Brazil ketika meraikan gol menentang Korea Selatan sebagai menghina dan tidak hormat lawan.

Seperti biasa, Keane tidak dapat menahan dirinya yang pemarah lalu mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi yang sudah menjadi kebiasaan semasa menjadi pundit untuk Piala Dunia di Qatar.

Lelaki Ireland itu berterus-terang dengan pandangannya bahawa Harry Kane sepatutnya memakai lilitan lengan One Love untuk perlawanan pembukaan England vs Iran, sebelum kemudiannya bertengkar dengan Graeme Souness.

Dia dan Souness tidak begitu gembira apabila menonton Brazil, dengan bekas kapten Manchester United itu menjenamakan Selecao sebagai ‘tidak hormat’ kerana menari semasa sambutan gol mereka dalam aksi 16 terakhir mereka dengan Korea Selatan.

Bagaimanapun, nampaknya bekas pemain berusia 51 tahun itu tidak mengambil pusing nasihat sendiri mengenai keraian gol yang boleh diterima seperti yang dibuktikannya pada hari Rabu.

Dengan dua hari tanpa perlawanan di Piala Dunia, pasukan ITV menikmati permainan bola sepak dan bekas kapten Manchester United itu menjaringkan gol kemenangan emas menentang rakan sekerja Sky Sports, Richards.

ITV sendiri telah memuat naik rakaman video jaringan dan keraian yang penuh kegembiraan dari Roy Keane itu.

Lalu para peminat datang untuk mengecam Roy Keane untuk membalas dendam dengan komen Keane ke atas pasukan Brazil.

“Glorious? Dia hanya menjalankan tugasnya. Kemudian sambutannya – agak tidak menghormati dalam perlawanan persahabatan.”

“Bolehkah anda bayangkan kekecohan oleh Roy jika pemain Brazil mula melompat ke atas tong beroda apabila mereka menjaringkan gol menentang Croatia pada hari Jumaat.”

Dengan permainan yang kelihatan menarik antara ITV dan BBC, ramai yang mahu salah satu penyiar menyiarkan permainan itu sepenuhnya, terutamanya tanpa perlawanan sehingga petang Jumaat.

Ramai yang lain menunjukkan fakta bahawa Keane hanya bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol, memandangkan rembatannya terbias kaki pemain lawan membolehkan bola menerjah gawang.

Keane dan Richards sering bekerjasama di Sky untuk membuat liputan perlawanan Liga Perdana tetapi berada di pihak yang bertentangan untuk liputan semasa Piala Dunia.

Bersama-sama dengan Gary Neville, Keane menganjing Richards menjelang kejohanan, mendakwa pemain berusia 34 tahun itu sepatutnya masih bermain dan bukannya menjadi pundit selama ’15 tahun.’

Kedua-duanya mempunyai chemistry yang hebat di skrin, dengan bekas bek Manchester City sebenarnya antara segelintir orang di bumi yang mampu membuat bekas pengurus Ipswich Town itu tersenyum dan beranai mengusik Keane.

Bekas kapten Manchester United kantoi ketika sedang memakai makeup di wajahnya polos dengan Micah Richards dan Jamier Carragher yang nyata tidak dapat menahan ketawa.

Macam setan Micah Richard gelak. Nampaknya keakraban serta keserasian antara Keane, Carragher dan Micah Richards mekar berkembang apabila bergandingan di studio.

Micah Richards kini telah menyertai Roy Keane dan Jamier Carragher untuk rancangan Super Sunday.

Melihat aksi Roy Keane memakai makeup tanpa berlengah lagi Micah Richards meneruskan rutin umat manusia hari dengan menatal layar telefon untuk memulakan rakaman.

Saat rakaman itu dilakukan Jamier Carragher berada berhampiran dan tidak mampu menahan tawa yang memecah keheningan stadium tanpa penonton.

Gelak tawa dari Micah Richard memang tak boleh bawa bincang yang boleh mengundang tawa mereka yang mendengar tapi menyakitkan hati untuk mereka jadi bahan tawa.

BACA:  Roy Keane Puji Sikap Profesional Lingard Walaupun Beku Di Bangku Simpanan Manchester United