Tite Label Roy Keane Sebagai Setan Kerana Tuduh Tarian Keraian Gol Brazil Menghina Korea Selatan

Pengurus Brazil, Tite telah melabel Roy Keane sebagai Setan dan jahat selepas bekas pemain itu dengan emosi menuduh tarian keraian gol dari pemain Brazil telah mengina dan tidak menghormatai Korea Selatan.

Roy Keane sememangnya seorang pundit yang bermulut lancang dan melemparkan kritikan pedas di studio apabila sesuatu yang terjadi dalam permainan tidak berkenan di matanya kecuali Cristiano Ronaldo.

Namun Roy Keane seperti buku bertemu ruas apabila peminat Brazil serta media utama di Brazil melancarkan serangan balas bersepadu mengutuk bekas kapten Manchester United itu.

Roy Keane nyata tidak gemar dan bengang dengan tarian yang dilakukan oleh pemain Brazil yang disifatkan seperti menonton rancangan pertandingan mereka.

Baki warga Ireland itu tarian keraian gol untuk jaringan pertama boleh diterima tetapi tidak untuk yang seterusnya dan Tite juga join sekaki untuk gol ketiga Richarlison.

Tite pasti tidak senang dan panas telinga mendengar kritikan Roy Keane itu lalu tampil untuk mempertahankan tindakan pemain pasukannya termasuk dirinya sendiri.

Selepas perlawanan, Tite ditanya mengapa dia terjerumus dengan telatah pemain dan menjawab dengan mengatakan bahawa keputusannya adalah untuk memperkukuhkan ikatan antara ahli pasukan yang digelar team bonding.

“Saya cuba menyesuaikan diri dengan pemain saya. Mereka masih sangat muda dan saya cuba menyesuaikan diri sedikit dengan bahasa mereka, dan sebahagian daripada bahasa mereka adalah menari.”

“Mereka masih muda dan suka menari, bergurau dan meracau. Mereka berkata saya perlu belajar bagaimana melakukan pergerakan itu,” jelas bos Brazil itu.

“Pergerakan itu sangat ketat dan sukar, tetapi kami terus bermain-main. Richarlison berada di sana dan saya berkata, ‘Tarian apakah itu?’ Saya berkata, ‘Jika anda melakukannya, maka saya akan melakukannya’.

“Akan terdapat orang yang agak Setan (jahat) akan mengatakan ia tidak sopan. Saya tahu sentiasa ada kamera dan saya tidak mahu ia disalah tafsir.”

Tite berkata, tarian itu adalah lambang kepada kegembiraan dengan gol terhasil dan tiada niat langsung untuk tidak menghormati lawan apatah lagi menghina.

“Tiada tafsiran lain [keraian] selain kegembiraan dengan jaringan gol, kegembiraan untuk pasukan dan kegembiraan untuk persembahan.”

“Tiada rasa tidak hormat terhadap lawan mahupun terhadap [jurulatih Korea Selatan] Paulo Bento, yang saya amat hormati.”

Sementara itu, media di Brazil juga tidak ketinggalan untuk membalas kritikan Roy Keane itu, peneraju saluran televisyen Brazil, TNT Sports telah menulis di Twitter:

“HELLO, ROY KEANE! TAK SUKA TARIAN? GIGIT BELAKANG KAU! INI ADALAH BRAZIL! 🤣 Lihat jika anda boleh melakukan sesuatu seperti itu! Malah Tite akan menari di sini! Suka atau tidak.”

Satu lagi penyiar Brazil, Globo, membalas kritikan Keane dengan mengimbau kembali detik-detik paling hina sebagai pemain dan menceritakan kembali dosa silam Keane.

Laporan mereka, yang menggambarkan dia sebagai ‘algojo’ berikutan golnya ke atas Palmeiras pada perlawanan akhir Piala Antara Benua 1999, melihat dengan lebih dekat insiden paling kontroversi dalam kariernya.

Termasuk pertembungan pahitnya dengan bos Republik Ireland, Mick McCarthy pada 2002. Piala Dunia dan terjahan mengerikan yang telah menamatkan karier Alf-Inge Haaland.

Luis Castro, ketua jurulatih kelab Serie A Brazil Botafogo, melabelkan Keane sebagai ‘tidak elegan’ sambil mendakwa dia langsung tidak memahami budaya negara itu.

Castro berkata pada sportv, melalui Globo:

“Roy Keane tidak memahami budaya bola sepak Brazil. Dia tidak memahami pasukan Brazil. Jadi, dia bercakap dengan cara yang tidak elegan kerana apa yang berlaku hari ini.”

“Kita semua tahu itu bukan tidak menghormati sesiapa. Meraikan pemain bukan tidak menghormati sesiapa. Apa yang ditunjukkan itu terdapat kesatuan yang hebat antara jurulatih dan pemain. Dan satu set sinergi yang boleh melonjakkan pasukan kepada pencapaian hebat.”

Kisah-kisah silam Keane terus diungkit dan Keane telah digelar sebagai penyembelih yang tidak tahu bagaimana untuk megawal bola sepak.

BACA:  Fred Bakal Jalani Pemeriksaan Perubatan Bersama Manchester United