Roy Keane Bengang, Tuduh Brazil Hina Korea Dengan Menari Sakan Raikan Gol

Keane Brazil

Roy Keane ternyata bengang dan menuduh Brazil telah menghina serta tidak menghormati pasukan Korea Selatan apabila menari sakan setiap kali meraikan jaringan mereka.

Brazil hanya memerlukan 36 minit sahaja untuk membunuh perlawanan dan mengesahkan tempat mereka ke suku akhir dengan menewaskan Korea Selatan 4-1.

Permainan penuh menghiburkan disajikan Brazil apabila mendahului 2-0 selepas 10 minit permainan melalui Vinicus Jr dan sepakan penalti Neymar.

Memasuki minit ke-36, Brazil mendahului 4-0 di mana Richarlisan dan Lucas Paqueta mencetak nama selaku penjaring membuatkan Korea Selatan seperti sudah putus harapan.

Berikutan gol pembukaan Vinicius, Brazil mempamerkan satu siri rutin tarian yang telah dirancang untuk meraikan gol mereka, sesuatu yang membuatkan Roy Keane terkejut apabila rehat separuh masa.

“Penyudah yang hebat oleh Vinicius, permulaan yang hebat untuk permainan. Tetapi saya tidak pernah melihat sebegitu banyak tarian,” Ujar Roy Keane penuh geram.

“Saya tidak percaya apa yang saya tonton, saya tidak percaya apa yang saya tonton, ia seperti menonton Strictly [Come Dancing].”

Strictly Come Dancing (secara tidak rasmi dikenali sebagai Strictly) ialah rancangan pertandingan tarian British di mana selebriti bekerjasama dengan penari profesional untuk bersaing terutamanya dalam tarian ballroom dan Latin.

Brazil terus menawarkan pelbagai gerakan tarian ketika jaringan semakin rancak dijaringkan, malah pengurus Brazil, Tite turut terlibat ketika dia meniru sambutan merpati Richarlison selepas gol ketiga.

“Saya tidak suka ini. Orang kata itu budaya mereka. Tetapi saya rasa itu benar-benar tidak menghormati lawan.” Keane nyata berang.

Keane berkata jika sekali sahaja para pemain Brazil menari sakan itu boleh diterima tetapi selepas setiap gol adalah satu penghinaan dan ‘tidak hormat’.

“Ia adalah empat gol, dan mereka melakukannya setiap kali. Saya tidak kisah sangat dengan tarian pertama, ia mengenai tarian selepas itu dan pengurus turut terlibat.

“Saya tidak gembira mengenainya. Saya rasa ia tidak bagus langsung.”

“Ia hanya menunggu masa sebelum seseorang pergi melalui salah seorang daripada pemain Brazil ini.” kata bekas pemain Scotland itu.

Tanda dagangan Richarlison ‘merpati’ selepas menjaringkan gol adalah salah satu yang nampaknya menyebabkan kegusaran tertentu memandangkan dia berlumba ke tepi dan melibatkan pengurusnya.

Keraian gol penyerang Tottenham Hotspurs itu berasal dari kumpulan pop di Brazil bernama Os Perseguidores.

Graeme Souness turat sama berasa jengkel dengan telatah pemain Brazil yang menari sakan itu dan senada serta menyokong pendapat Roy Keane yang bekeng nak mati itu.

Seperti Keane, bagi Graeme Souness jika hanya untuk gol pertama masih boleh diterima tapi 4 tarian untuk 4 gol boleh dikatakan mengjengkelkan dan melampau.

Namun tidak semua yang benci dan marah sudah pasti ada yang menyukainya, mungkin tidak kena di mata kita tapi di mata orang lain sangat menyenangkan.

Walaupun Keane dan Souness berasa meluat, Eni Aluko, bersama pasangan pemarah dalam panel pundit ITV untuk perlawanan itu, sama sekali tidak bersetuju dan berkata dia ‘suka’ semangat dalam sambutan gol Brazil.

“Saya suka, ia seperti kami berada di pesta Brazil.” jawab Aluko.

“Korea Selatan telah memudahkan mereka. Lihat pada penalti ini, ia adalah personaliti, anda boleh katakan mereka tidak menghormati Korea Selatan tetapi Neymar akan melakukannya kepada kebanyakan pasukan.”

Eni Aluko suka akan keraian Brazil kerana bukan sekadar buat raso-raso tetapi turut menghidupkan suasano dengan cara mereka yang tersendiri.

BACA:  Roy Keane Menjelaskan Bagaimana Beliau Menilai Liverpool Sebagai Pasukan Yang Hebat