Kisah Sebenar Dendam Roy Keane Tamatkan Karier Bapa Haaland

keane bapa haaland

Kisah sebenar dendam kesumat pemain legenda Manchester United, Roy Keane selama empat tahun ke atas Bapa Haaland, Alf-Inge Rasdal Håland atau Alfie Haaland akhirnya berjaya dilunaskan dengan tamatnya karier Alfie Haaland secara kekal.

Itulah jalan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut saban tahun, bagaimana terjahan keras Roy Keane ke atas lutut kanan Alfie Haaland menutup buku karier pemain itu.

Tapi adakah benar karier Alfie Haaland tamat dan tiba ke penghujung kerana Roy Keane?

Apa yang pasti sengketa antara Alfie Haaland dan Roy Keane memakan tempoh yang agak panjang sehingga 4 tahun untuk Keane kembali membalasnya.

Peristiwa ini sangat epik dan menjadi salah satu tragedi yang paling diingati sepanjang zaman dalam sejarah Premier League yang dilabel sebagai ‘The Tackle’.

Adalah melabel peristiwa Keane-Haaland ini seperti ‘Phantom Punch’ Muhammad Ali ke atas Sony Liston pada 1965 dalam sukan tinju.

Bagaimana semua ini bermula?

Bermulanya Dendam, 27 September 1997

Roy Keane dan Alfie Haaland kedua-dua pernah beraksi bersama Nottingham Forest di bawah bimbingan jurulatih yang dan bertaraf legenda, Brian Clough.

Namun mereka tidak pernah beraksi bersama di mana Roy Keane meninggalkan Nottingham Forest pada bulan Julai 1993 untuk bersama Manchester United dan Alfie Haaland masuk pada Disember 1993.

Pada tahun 1997, Alfie Haaland telah menyertai Leeds United dan pada 27 September 1997 Manchester United telah bertandang ke Elland Road untuk perlawanan liga.

Dalam perlawanan itu Roy Keane telah melakukan kekasaran ke atas Alfie Haaland dan malangnya Roy Keane yang tersembam lalu terbaring kaku di padang.

Alfie Haaland datang ke arah Roy Keane dan menjerit untuk menyuruhnya segera bangun bagi meneruskan perlawanan namun Roy Keane masih lagi terbaring.

Malangnya kerana terjahan yang gagal itu menyebabkan Roy Keane mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan telah terlepas hampir keseluruhan musim 1997/98.

Pada ketika itu Roy Keane baru sahaja dilantik menjadi ketua pasukan Manchester United menggantikan Erik Cantona yang bersara secara mengejut.

Hanya sembilan perlawanan sahaja Roy Keane sempat memimpin Setan Merah sebelum terpaksa berehat panjang sepanjang musim 1997 /98 dan menyebabkan Setan Merah kehilangan kejuaraan.

Laporan media ketika itu melaporkan Alfie Haaland telah menuduh Roy Keane berpura-pura kerana mahu terlepas dari hukuman selepas mengasarinya.

Alfie Haaland menafikan dia menuduh Roy Keane berpura-pura sebaliknya hanya menyuruh pemain itu bangun. Menurut Haaland:

“Dia cuba menepis saya dan saya mendapat sepakan percuma. Dia terbaring di atas tanah dan saya hanya menyuruhnya ‘bangun’ seperti biasa kamu lakukan bersama pemain – tidak lebih daripada itu. Saya tidak cuba berniat apa-apa terhadapnya, tetapi jelas dia mengambil serius perkara itu.”

Benar Roy Keane telah mengambil serius perkara ini, kerana hampir merosakkan perlantikannya sebagai kapten yang terlepas kejuaraan dan terpaksa berehat panjang.

Lalu dendam itu dikumpul Roy Keane bertahun-tahun menantikan peluang terbaik untuk membalasnya.

Dendam Terlunas, 21 April 2001

Selepas kejadian itu Roy Keane dan Alfie Haaland beberapa kali bertembung dalam perlawanan dalam tempoh 4 tahun namun semuanya berlalu tanpa sebarang pertelingkahan walaupun selepas Alfie Haaland menyertai Manchester City pada tahun 2000.

Ketika musim 2000/01 hampir melabuhkan tirai, Roy Keane memilih perlawanan Manchester Derby menjadi pentas dan saksi pembalasan dendamnya itu.

Tanggal 21 April 2001 menyaksikan dendam Roy Keane ke atas Alfie Haaland hampir 4 tahun sudah akhirnya berjaya dilunaskan dan peristiwa ini menjadi kekasaran paling epik dalam sejarah Premier League.

Ketika perlawanan derby itu berbaki, Kapten United itu tanpa belas kasihan telah melepaskan satu terjahan berniat jahat ke atas lutut kanan Alfie Haaland.

Pengadil perlawanan, David Elleray terus melayangkan kad merah kepada Keane yang langsung tidak memberi reaksi balas kepada hukuman daripada pengadil yang terus berjalan keluar.

Sebelum keluar keluar Roy Keane sempat memberi amaran kepada Alfie Haaland yang membuktikan bahawa tindakannya itu adalah satu pembalasan dendam:

“Jangan sesekali mencemuh saya lagi tentang kecederaan palsu. Dan beritahu rakan anda, Wetherall, ada balasan untuk dia juga.”

Roy Keane sendiri telah mengakui bahawa sudah lama dia menunggu saat itu.

“Dah lama saya tunggu, saya rembat dia sekuat mungkin. Bola ada kat sana. Ini makan dia setan!!”

Roy Keane didenda £5,000 ($6,100) dan digantung tiga perlawanan sahaja kerana kad merah dan Roy Keane sehingga kini tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukannya itu.

Bagaimanapun, selepas mengakui dalam autobiografinya bahawa kesalahannya adalah satu tindakan balasan, dia dikenakan denda tambahan sebanyak £150,000 ($184,000) oleh Persatuan Bola Sepak (FA) dan digantung untuk lima perlawanan lagi.

Mereka telah mendapati Keane bersalah atas dua pertuduhan kerana mencemarkan nama baik permainan. Yang pertama berkaitan dengan kesalahan itu, yang dianggap sebagai “bermotifkan tidak wajar, dengan unsur balas dendam yang jelas”.

Pertuduhan kedua berkaitan dengan Keane “didakwa menerbitkan untuk keuntungan kewangan atau ganjaran” dari kejadian itu dalam autobiografinya.

Kenae kemudian mengakui bahawa dia “terluka” dengan idea bahawa dia telah cuba mencederakan rakan profesional “dengan harapan dapat menjual beberapa buku tambahan”.

Jadi Benarkah Roy Keane Tamatkan Alfie Haaland?

Selepas itu karier Alfie Haaland dilaporkan telah tamat selepas menjalani pembedahan lutut pada hujung musim dan gagal untuk kembali ke prestasi asal selepas setahun lalu bersara.

Namun itu semua tidak benar kerana selepas terjahan Roy Keane itu, Alfie Haaland meneruskan permainan sehingga tamat.

Empat hari kemudian Alfie Haaland beraksi bersama Norway di perlawanan persahabatan untuk separuh masa dan bermain bersama Leeds selama 68 minit untuk perlawanan liga seterusnya.

Benar Alfie Haaland menjalani pembedahan lutut dan lutut sebelah kiri yang sudah sedia cedera dibedah dan bukannya lutut kanan yang menerima terjahan Roy Keane.

Selepas pembedahan Alfie Haaland hanya mampu untuk membuat 4 penampilan dari bangku simpanan dan bersara pada Julai 2003 selepas gagal untuk kembali cergas.

Dua tahun kemudian apabila ditanya mengenai kesan terakhir terjahan Keane, dia memberitahu Daily Mail:

“Lutut masih sakit, itu tidak akan hilang. Saya perlu menerimanya.”

“Adakah tackle itu menamatkan kerjaya saya? Nah, saya tidak pernah bermain permainan penuh lagi, kan? Ia seolah-olah satu kebetulan yang hebat, tidakkah anda fikir?”

Bagaimanapun, walaupun bercakap mengenai kes mahkamah, Haaland tidak pernah mengambil tindakan undang-undang dan pada 2014, memberitahu BBC Radio 5 Live:

“Saya tidak menyalahkan dia kerana menendang saya dalam permainan lain atau permainan tertentu itu.”

“Apa yang saya bimbang dan bimbang ialah dia berkata, dalam buku pertamanya, bahawa dia mahu membalas dendam. Dan saya tidak fikir itu adalah sebahagian daripada bola sepak.”

Dia kemudian menambah:

“Saya tidak menyalahkannya. Saya tidak pernah berkata dia menamatkan karier saya. Ia adalah perlawanan penuh terakhir saya di England, jadi mungkin dia ada kaitan dengannya.”

Alfie Haaland menerima terjahan Roy Keane seadanya dan mengakui terjahan Keane tidak menamatkan kariernya namun itulah perlawanan penuh terakhir dinikmati Haaland sebelum bersara yang dianggapnya sebagai satu kebetulan.

BACA:  Roy Keane Anggap Gareth Southgate Berlebih-lebihan Dalam Mempertahankan Maguire