Ramalan Roy Keane dan Neville Situasi Ronaldo-Man Utd Akan Jadi Lebih Buruk Ternyata Benar

ramalan keane

Sebelum ini Roy Keane pernah membuat ramalan dan telahan bahawa situasi dan hubungan antara Cristiano Ronaldo dan Manchester United akan menjadi lebih buruk ternyata benar.

Legenda Manchester United itu melahirkan rasa hairan dan tidak gembira dengan layanan yang diterima oleh Cristiano Ronaldo yang merupakan bekas rakan sepasukannya di Old Trafford.

Bekas kapten kelab baru-baru ini menyatakan bahawa kelab itu sepatutnya melepaskan pemain Portugal itu pada musim panas lalu kerana pemain No. 7 itu mempunyai empat atau lima pilihan yang sangat baik.

Pada ketika itu juga Ronaldo dengan penuh bersemangat mahu meninggalkan Manchester United kerana mahu mendapatkan aksi di Champions League.

Namun Manchester United tidak merelakan pemain itu pergi walaupun tidak hadir untuk perlawanan dan latihan pra musim dan mengeluarkan kenyataan Ronaldo tidak akan dijual.

Bercakap kepada Sky Sports pada ketika itu, Roy Keane telah menyatakan bahawa Ronaldo sepatutnya dilepaskan di jendela perpindahan musim panas dan tindakan ini ada satu perbuatan biadap:

“Manchester United menunjukkan rasa tidak hormat kepada Ronaldo. Saya fikir dia sepatutnya dilepaskan musim panas lalu di jendela perpindahan.”

“Saya tidak fikir pengurus sepatutnya mengekalkan dia hanya untuk dia duduk di bangku simpanan.”

Roy Keane juga telah mendedahkan Ronaldo mempunyai sehingga lima tawaran yang sangat baik untuk berpindah kerana kehebatan yang dimilikinya.

“Dia adalah salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman dan dia mempunyai pilihan untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.”

“Idea bahawa dia tidak mempunyai pilihan adalah sampah. Dia mempunyai empat atau lima pilihan yang sangat baik.”

Bagi Roy Keane situasi Ronaldo kini sangat tidak bagus dan akan menjadi lebih buruk serta hodoh kerana bangku simpanan tidak sepatutnya menjadi milik Ronaldo.

“Ok, Anthony Martial datang dari bangku simpanan dan menjaringkan dua gol supaya anda boleh menerima kemasukan Martial tetapi corak ini boleh berubah menjadi hodoh.”

“Dia akan bermotivasi dengan Piala Dunia akan datang tetapi jika dia sentiasa duduk di bangku simpanan, ia tidak bagus.”

Bekas kapten United itu menambah:

“United tidak menunjukkan apa-apa selain rasa tidak hormat kepada Ronaldo dan mereka sepatutnya melepaskannya apabila peluang itu tiba.”

“Saya tahu sebenarnya dia mempunyai pilihan untuk pergi dan bertahan untuk duduk di bangku simpanan adalah tidak masuk akal untuk pemain sehebat Ronaldo.”

“Jika anda melihat rekod golnya, dia mempunyai peluang yang sama baik dengan sesiapa sahaja untuk meletakkan bola di dalam jaring.”

“Orang ramai taksub dengan permainan pressing tetapi jika anda meletakkan bola di kawasan yang betul, dia akan menjaringkan gol.”

Dan kebimbangan yang telah disuarakan oleh Roy Keane kini telah terjadi.

Gary Neville Ramal Ronaldo Akan Memberontak Jika Tidak Dilepaskan

Sebelum musim baru bermula, Gary Neville sudah menasihati Manchester United supaya melepaskan dan permudahkan jalan Ronaldo untuk keluar serta Setan Merah juga perlu berlapang dada dan reda dengan membenarkan pemain Superstar itu pergi.

Namun pada ketika itu kelab tetap tidak mahu melepaskan Ronaldo mungkin atas dasar nilai komersilnya yang masih boleh diperah.

Kenytaan Neville ini hadir selepas Pemenang Ballon d’Or lima kali itu dilihat meninggalkan Old Trafford sebelum sepenuh masa, tingkah laku yang Ten Hag kemudiannya labelkan sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Seperti Roy Keane, Neville juga sedar akan terjadinya pemberontakan di bilik persalinan oleh pemain bintang dan itu merupakan perkara yang tidak mahu dilihatnya.

Sebagai bekas kapten Setan Merah, Neville faham apa yang berlaku di bilik persalinan apabila pemain bintang memberontak.

“Tetapi adalah tidak menyenangkan bagi saya untuk menonton sebagai bekas kapten Manchester United, memikirkan bahawa pada masa ini pemain bintang di bilik persalinan sedang membuat onar.”

“Ia pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini, di mana anda mempunyai ejen [Paul] Pogba – tidak semestinya Pogba – tetapi ejennya sentiasa membuat masalah.”

Sambil memberi contoh dengan apa yang dilakukan Paul Pogba dan ejennya sebelum ini, Neville mahu kelab memudahkan pemergian Ronaldo supaya kejadian buruk tidak berulang.

Kerana pemain bintang tidak layak untuk merajai pasukan dan bilik persalinan. Di zaman Sir Alex Ferguson, semua pemain yang besar kepala terus saja ditendang keluar.

“Anda tidak boleh mempunyai seorang pemain bintang dalam kelab yang mengendalikan kedai. Anda tidak boleh memilikinya. Jadi apabila Sir Alex Ferguson pada masa lalu menjual pemain, itu kerana pemain itu perlu berpindah.”

“Saya tahu peminat Manchester United mahu Ronaldo kekal. Tetapi jika Ronaldo mahu pergi, Manchester United – dalam fikiran saya – harus memudahkannya.”

Neville menambah dia kagum dengan perlawanan pramusim United:

“Saya tidak pasti mereka boleh menjaringkan gol itu, jika Ronaldo berada di sana. Saya tidak pasti samada Ronaldo sesuai dengan pasukan.”

Erik Ten Hag sehingga kini berjaya mengawal bilik persalinan dengan baik apabila merubaha nasib pasukan dari dua kekalahan dari dua pertama musim ini.

Ten Hag telah memacu kemenangan dalam 3 dari 4 perlawanan menentang pasukan big 6 dengan mengalahakan Arsenal, Liverpool dan Spurs serta tewas kepada City.

Tanpa sokongan dari pemain lain Ronaldo gagal untuk mencipta pemberontakan di bilik persalinan dan menentang secara solo dengan membuat perangai yang sangat tidak patut.

Ronaldo telah meninggalkan pasukan ketika perlawanan belum tamat dan telah menolak arahan Ten Hag untuk masuk sebagai pemain gantian.

Apa Terjadi Kepada Pemain Yang Tidak Bermain Dari Bench Untuk Ten Hag?

Situasi ini menyebabkan Ronaldo telah dibuang dari skuad utama untuk perlawanan menentang Chelsea dan hanya akan dapat berlatih bersama pasukan simpanan.

Melihat pemberontakan solo gagal, Ronaldo membuat permohonan maaf namun segalanya dilihat sudah terlambat dan jika Ten Hag menyisihkan Ronaldo sehingga akhir musim sekalipun tiada siapa yang membantah.

Erik Ten Hag berada di pihak yang benar dan berada dilandasan tepat dalam mengembalikan kegemilangan Manchester United dan Ronaldo kini hanya dilihat sebagai pengacau walaupun berstatus legenda kelab dan juga dunia.

BACA:  Roy Keane Tidak Gembira Dengan Layanan Kurang Ajar Diberikan Kepada Ronaldo