Ronaldo Digantung Kelab Kerana Tak Mahu Masuk, Dan Berambus Awal Lawan Spurs

Cristiano Ronaldo Buat Hal Lagi

Drama Cristiano Ronaldo yang dikatakan merajuk tidak dimasukkan ketika perlawanan menentang Spurs kini memasuki fasa plot twist.

Mail Online secara eksklusif telah mendedahkan bahawa sebaliknya yang berlaku. Erik Ten Hag mahu memasukkan pemain bintang utama United itu namun dia menolaknya.

Lebih mengecewakan Ten Hag apabila Ronaldo terus beredar masuk terowong sebelum wisel penamat kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Tottenham.

Rakan baik dan pembela tegar Ronaldo, Patrice Evra aka Caprice cawangan Perancis dengan terbuka mengkritik Erik Ten Hag sebagai biadap dan tidak menghormati Ronaldo.

Evra pasti akan terkejut mendengar berita terkejut dengan berita terbaru ini.

Ten Hag telah menunaikan janjinya bahawa dia akan bersemuka dengan Ronaldo dan menguruskan perkara itu.

Pada pra musim yang lalu, Ten Hag tidak takut untuk menghentam Ronaldo selepas pemain itu balik awal sebelum aksi beraksi.

Ada penyokong yang membuat teori bahawa Ronaldo kononnya sudah mendapat kebenaran daripada Ten Hag untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Namun bukan itu yang berlaku. Ten Hag berkata Ronaldo akan dihukum kerana kelakuan yang tidak boleh diterima.

Ten Hag berpegang teguh kepada prinsip bahawa setiap pemain harus kekal bersama sama sehingga tugasan benar benar selesai.

Ronaldo melakukannya sekali lagi dalam aksi berdepan Spurs. Dan akibatnya, dia telah digantung sepenuhnya daripada skuad Manchester United seterusnya, untuk perlawanan di tempat lawan mereka di Chelsea pada hari Sabtu.

Manchester United menerusi lembaga pengarahnya, telah menyokong tindakan Ten Hag.

Hanya beberapa jam selepas kenyataan rasmi kelab, Ronaldo memuat naik mesej di Instagram yang menunjukkan dia benar benar menyesal di atas perbuatannya.

Ronaldo meminta maaf kerana dia kali ini tidak dapat menunjukkan taulanda yang baik kepada anak anak muda.

“Saya sentiasa cuba untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak anak muda yang membangun di mana mana pasukan yang saya wakili. Malang sekali, ia mustahil untuk melakukannya sepanjang masa, kadangkala ketegangan akan mengeluarkan yang terbaik dari diri kita.”

Ronaldo bagaimanapun berkata bahawa dia masih komited untuk terus bermain bola sepak dengan cara yang sebaik dan selayaknya walaupun sudah bermain 20 tahun dalam bola sepak elit.

BACA:  Ronaldo Akui Jadi Manusia Lebih Baik Selepas Tinggalkan Setan Merah