Solskjaer Di Dalam Radar Bayern Munich Kendali Kane Dan Rakan-Rakan

Bayern Munich dilaporkan sedang memantau bekas pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti interim sekiranya Thomas Tuchel dipecat dalam masa terdekat.

Kelab Bavarian itu kini mengalami tiga kekalahan berturut-turut menyebabkan mereka ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu selain defisit satu jaringan di pusingan 16 pasukan terbaik Champions League.

Tuchel kini berada di dalam tekanan selepas krtikan hebat diterimanya kerana kekalahan 3-2 kepada Bochum.

Pengurus Bayer Leverkusen Xabo Alonso dilihat sebagai pilihan pertama untuk mengisi kekosongan Tuchel secara tetap. Bekas pengurus Hansi Flick turut berada di dalam senarai calon, namun kedua-duanya hanya akan dibawa masuk selepas saingan musim ini berakhir.

Laporan mengejutkan Sky Germany kemudian mengejutkan ramai apabila mendedahkan Solskjaer sebagai antara calon untuk ke Allianz Arena.

Wartawan Florian Plettenburg pada Isnin lalu mendedahkan jurulatih berusia 50 tahun itu turut berada di dalam senarai Bayern, walaupun pada masa ini masih lagi mengharap Tuchel mampu mengubah nasib kelab.

Bayern belum lagi menghubungi Solskjaer. Namun Pengarah Sukan kelab, Christop Freund dikatakan telah mengikuti perjalanan karier pengurus dari Norway itu sejak beberapa tahun lalu.

Perkembangan terbaru ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak mengambil kira rekod Solskjaer di dalam bidang pengurusan selama ini terutama di Manchester Unuted.

Solskjaer tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dipecat dari Old Trafford pada 2021 selepas tewas 4-1 kepada Watford dan 7 kekalahan daripada 13 perlawanan terakhirnya bersama United.

Beliau bagaimanapun mempunyai rekod hebat ketika masih bergelar pengendali interim bersama United.

Pada masa ini Solskjaer bertugas sebagai Pemerhati Teknikal bersama UEFA, di mana beliau perlu menghadiri perlawanan Champions League dan menyerahkan laporan perlawanan sepanjang musim ini.

BACA:  Lapan Bintang United Bengang Dengan Solskjaer Kerana Mengingkari Janjinya