Rashford Dan Martial Rasa Tak Sedap Badan Dan MC Sebelum Jumpa Bayern

Marcus Rashford dan pemain yang ada klausa Ballon d’Or, Anthony Martial dilaporkan sakit ketika diarahkan berlatih untuk aksi menentang Bayern Munich.

Dua pemain itu dibenarkan berehat atau MC di rumah untuk tidak datang latihan penting.  Perlawanan menentang Bayern akan menjadi sangat penting.

Ianya akan menjadi aksi hidup mati Man United dalam usaha mereka mengejar UCL keempat dalam sejarah kelab itu.

Rashford dan Martial antara penyerang yang berbisa dalam generasi mereka. Walaupun musim ini kelihatan kurang menjadi, namun mereka masih penting buat Ten Hag.

Laporan daripada Manchester Evening News menyebut dua bakat besar itu telah terlepas latihan terakhir sebelum mereka membelasah Bayern Munich dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah.

Manchester United wajib menewaskan Bayern Munich yang ada sejarah terkena kambek mereka dulu masa final UCL di Nou Camp.

Sambil mengharapkan keputusan di tempat lain memihak kepada mereka.

Man United mahu bangkit daripada kekalahan di tangan Bournemouth baru baru ini.Di mana mereka kalah bermaruah 0-3 di tangan pasukan The Cherries.

Walaupun sakit tak dapat menyertai latihan, Marcus Rashford dan Martial diharap akan cergas sepenuhnya dalam aksi menentang Bayern.

Atau mereka hanya berada di bangku simpanan menyaksikan aksi spin daripada Antony bebird.

Ini juga bukan berita baik untuk United jika dua pemain penting itu tak dapat beraksi. Kerana mereka bakal kehilangan kapten fantastic, Bruno Fernandes dalam kunjungan mereka ke Anfield selepas ini.

Satu kelegaan buat Ten Hag apabila Harry Maguire baru sahaja memenangi Anugerah Pemain Terbaik EPL pada November bukti pertahanan itu semakin mantap.

Selain itu gol lipat Garnacho melawan Everton turut membolehkan pemain itu diiktiraf penjaring gol tercantik.

Melengkapkan hatrik anugerah November adalah Ten Hag sendiri dia memenangi Anugerah Pengurus Terbaik bulan lalu.

Ten Hag  masih ada The Next Haaland iaitu Rasmus Hojlund yang dalam prestasi terbaik di UCL walaupun dia tidak berminat menjaringkan gol di EPL.

Bayern Munich turut kena belasah sebelum ini dengan Eintractht Frankhfurt 5-1. Dan Bayern mungkin akan merehatkan beberapa pemain utama mereka dalam aksi menentang United kerana pasukan itu sudah mara ke kalah mati UCL.

Di benteng belakang, United ada penjaga gol Andre Onana yang merupakan penjaga gol terbaik UCL musim lalu ketika bersama dengan Inter Milan.

BACA:  Sadio Mane Jaringkan Gol Dalam Debut Buat Bayern Munich, Julang Piala DFL-Supercup