Manchester United pada ketika ini dilaporkan sangat berminat mahu menandatangani tiga pemain pada jendela perpindahan musim panas ini.
Skuad kendalian Erik Ten Hag itu pada ketika ini memberi sepenuh tumpuan mereka untuk mendapatkan khidmat Frenkie de Jong, Vitinha dan Malcolm Ebiowei.
Pemain midfield Belanda itu merupakan pemain sasaran utama Man United pada ketika ini dengan Ten Hag masih berusaha keras untuk mengejar bekas anak buahnya.
Manchester United and Barça, still in direct contact for Frenkie de Jong. Deal still on, his salary will be really huge next season – this is the main problem for Barça. 🔴🇳🇱 #MUFC
€60m plus €10m bid turned down last week – Barça want €85m fee. Frenkie, still calm & waiting.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 17, 2022
Barcelona sendiri sepertinya tiada masalah untuk melepaskan De Jong, namun tanda harga yang mereka letakkan sepertinya sukar untuk Man Utd penuhi.
Manchester United dilaporkan meminta Barca untuk mengurangkan tanda harga pemain midfield itu namun gergasi La Liga itu masih berkeras dengan tanda harga yang mereka letakkan.
Ketika Man Utd sedang gigih mengejar Frenkie de Jong, mereka juga sebenarnya turut sedang mengintai kesempatan untuk menandatangani dua pemain lain.
Manchester United pada ketika ini turut sedang berusaha untuk menandatangani Vitinha dari FC Porto dan Malcolm Ebiowei dari Derby County.
Walau bagaimanapun, Manchester United pada ketika ini lebih memilih untuk memberi keutamaan kepada Frenkie de Jong dan selepas selesai urusan bersama bintang Barca itu barulah mereka akan mula mencari pemain lain.
Memandangkan Man Utd sudah kehilangan Paul Pogba dan Nemanja Matic, maka tidak hairanlah mengapa mereka benar-benar terdesak mahu mendapatkan khidmat De Jong dari Barcelona.
Manchester United are primarily focused on the three signings of Frenkie de Jong, Vitinha and Malcolm Ebiowei at the moment, according to reports.
— Utd District (@UtdDistrict) June 17, 2022
Manchester United juga pada ketika ini dikatakan sedang berbincang dengan Vitinha berkait syarat peribadi, namun mereka masih belum menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan bintang Portugal itu.
Pemain berusia 22 tahun itu dikatakan mempunyai klausa perlepasan bernilai £34 juta dalam kontraknya.
Menurut sumber laporan dari TalkSPORT, Manchester United pada ketika ini sedang mempertimbangkan untuk mengaktifkan klausa perlepasan tersebut.
Walau bagaimanapun, Man Utd sebenarnya perlu segera mengaktifkan klausa perlepasan dalam kontrak Vitinha dek kerana PSG juga pada ketika ini sedang memantau perkembangan pemain berusia 22 tahun itu.
Pemain terakhir yang Man Utd mahu tandatangani adalah pemain berusia 18 tahun yang beraksi bersama skuad kendalian Wayne Rooney pada musim lalu, Ebiowei.
🚨🌕| Currently, #mufc are mainly focused on the signings of Frenkie de Jong, Vitinha and Malcolm Ebiowei. [@JonathanShrager] pic.twitter.com/YcOaOBnDgO
— centredevils. (@centredevils) June 17, 2022
Beliau turut berjaya menjaringkan tujuh gol ketika beraksi bersama skuad bawah 18 tahun Derby County sepanjang musim lalu.
Man Utd melihat Ebiowei sebagai calon pemain penyerang terhebat dunia di masa hadapan.
Menurut sumber laporan dari Fabrizio Romano, Manchester United pada ketika ini sedang mendahului perlumbaan untuk mendapatkan khidmat pemain muda itu dengan Crystal Palace turut sedang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmatnya.
Laporan sama turut mendedahkan yang ejen kepada Ebiowei mengesahkan yang urusan perpindahan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini.
Memandangkan Erik Ten Hag terkenal dengan kemampuan beliau dalam mengendalikan pemain muda, maka kerana itulah Man Utd pada ketika ini mencari bakat-bakat muda untuk mereka tandatangani dan mengembangkan pemain tersebut.
Man Utd walau bagaimanapun dikatakan terlalu membuang masa dalam mengejar De Jong dan hal itu sedikit membimbangkan para penyokong.
Para penyokong Man Utd bimbang yang mereka tidak akan mampu menandatangani mana-mana pemain pada musim panas ini kerana pihak kelab mengambil masa yang terlalu lama untuk mengejar De Jong.
#MUFC are primarily focused on three key targets, via @JonathanShrager:
+ Frenkie de Jong
+ Vitinha
+ Malcolm Ebiowei pic.twitter.com/Ml1us9x0cR— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) June 17, 2022
Dan kerana itulah Ten Hag dikatakan memberikan tempoh satu minggu sahaja lagi untuk rundingan tersebut dimuktamadkan dan andai ia gagal, maka beliau akan mengalihkan perhatiannya untuk mencari pemain lain.
Manchester United sebelum ini dikatakan akan melalui jendela perpindahan musim panas yang sangat sibuk, namun melihat kepada situasi mereka pada ketika ini, sepertinya hal itu sama sekali tidak berlaku.
Sumber: SPORTbible