Nagelsmann Sebenarnya Dipecat Oleh Bayern Munich Kerana Dedahkan Pembelot

Pengurus Jerman Julan Nagelsmann sebenarnya dipecat oleh Bayern Munich kerana mendedahkan pembelot di dalam bilik persalinan yang sengaja membocorkan taktikal perlawanan pasukan itu.

Pemecatan Nagelsmann oleh Bayern Munich pada ketika itu mengejutkan ramai pihak kerana kelab itu sedang berada di kedudukan teratas Bundesliga dan turut masih bersaing di pertandingan Champions league.

Pada ketika itu Bayern pantas menyambar khidmat bekas pengendali Chelsea Thomas Tuchel, hanya kemudiannya berjaya memastikan kelab Bavarian itu menjuarai Bundesliga pada hari terakhir musim lalu.

Dan pada ketika ini Bayern masih belum tewas dalam semua 11 perlawanan liga dengan sembilan kemenangan dan dua keputusan seri, yang menyaksikan Harry Kane mencetak 17 gol daripada semua 11 perlawanan setakat ini.

Walaupun demikian pasukan itu masih gagal mendominasi saingan Bundesliga sepenuhnya selepas Bayern Leverkusen kendalian Xabi Alonso merekodkan 10 kemenangan daripada 11 perlawanan.

Sejak beberapa minggu lalu Alonso turut dikaitkan dengan Bayern Munich untuk menggantikan Tuchel di Allianz Arena.

Tuchel sudah pasti enggan menerima nasib yang sama seperti dilakui Nagelsmann. Sebelum pemecatannya, Nagelsmann mendedahkan terdapat individu di dalam bilik persalinan Bayern membocorkan taktikal pasukan kepada pihak media pada Mac lalu.

Pada ketika itu media Jerman Bild menyiarkan beberapa siri gambar dan dokumen taktikal yang direka Nagelsmann khusus untuk perlawanan.

Dokumen tersebut menjelaskan posisi pemain yang dimahukan Nagelsmann di dalam padang, dengan peranan khas ‘the joker’ – pemain sayap yang mempunyai peranan penting dan khusus untuk memerangkap pertahanan lawan.

Pengendali berusia 35 tahu itu ketika menjelaskan perkara itu berkata: “Ia [taktikal bocor] merisaukan saya. Individu yang berbuat demikian menyakiti pemain, dan dia bukannya perlu bertanggungjawab.

“Apa yang dia mahukan sebenarnya [dengan membocorkan taktikal]? Siapa yang anda natikan? Saya tidak dapat memahami motivasi di sebalik kelakuan sedemikian, dan perbuatan itu turut tidak membantu pasukan dalam apa saja cara.

“Pembelot ini adalah spesis yang dilindungi. Anda tidak boleh memusnahkan mereka begitu saja. Untuk mendedahkan mereka juga amat sukar.

BACA:  Bayern Munich Bincang Beli Raphael Varane Januari Ini