Rangnick Terkesima Dengan Gol Fred, Terpaksa Tanya Pembantu Jurulatih Fred Kaki Kanan ke Kiri?

Frederico Rodrigues de Paula Santos semakin mengukuhkan kedudukannya selaku pemain tonggak dan nadi sebenar pasukan Manchester United apabila aksinya dalam tempoh tiga hari menghasilkan 6 mata berharga.

Fred yang dulu dibenci teruk oleh ramai peminat Manchester United gagal membuktikan kenapa Ole Gunnar Solskjaer sangat sayangkan beliau sehingga menjadi kesebelasan utama saban perlawanan.

Sehinggalah Ole ditendang keluar, Fred masih lagi menjadi pilihan Michael Carrick untuk tiga perlawanan dan menjadi wira dalam perlawanan pertama pengurus interim, Ralg Rangnick.

Fred mungkin tidak sempat membalas kepercayaan Ole namun telah membuktikan kepada dunia bola sepak kenapa beliau layak berada dalam kesebelasan utama.

Fred yang dulu bukanlah yang serang dulu ditendang sekarang di sayang.

Tidak dapat dinafikan bahawa Fred adalah seorang pemain yang mempunyai work rate yang tinggi sejak tiba di Old Trafford namun kerja keras tidak mendatangkan hasil dengan hantaran kelaut dan positioning ke angakasa lepas.

Selepas satu hari setengah berlatih bersama Ralf Rangnick, Fred telah berubah 720 darjah, jika sebelum ini Fred hanya mempunyai otak kini Fred mempunyai otak yang berakal.

Gol tunggal telah mejadi gol kemenangan ke atas Crystal Palace dan memberi sebab untuk penyokong bersorak meraikan gol akhirnya terbalas juga apabila pemain yang bagaikan baru dilahirkan semula, Fred, telah menjaringkan gol yang cantik menewaskan penjaga gol Palace, Vincente Guaita.

Gerakan bermula daripada Greenwood yang menerima bola daripada Dalot dan kemudiannya telah menarik dua orang pertahanan Palace ke arahnya.

Tidak mampu dan tidak mempunyai ruang untuk melepaskan rembatan, Greenwood menolak lembut bola kepada Fred, yang kemudiannya terus melakukan satu placing yang cantik tepat ke penjuru kanan Guaita.

Fred merupakan pemain kidal telah pandai menggunakan kaki kanan selepas tiga hari Rangnick masuk kerja. Gelekkan dangdut menjadi pilihan Fred meraikan gol.

Rangnick nyata terkesima melihat gol indah Fred yang membuatkan seolah-olah masa terhenti, Rangnick terpakasa bertanya kepada pembantu jurulatih, Fred dominan kaki mana?

β€œSaya terpaksa bertanya kepada penolong jurulatih saya sama ada Fred tu kaki kanan ke kiri, saya tidak percaya. Saya fikir dia hanya boleh menembak dengan kiri.”

β€œFred adalah pemain yang hebat. Apa yang dia lakukan dengan (Scott) McTominay dengan bola hari ini, inilah yang kami perlukan. Saya gembira untuknya.”

β€œIni perkara yang aku boleh perkatakan selepas dua hari disini aku banyak banyak perkara mengenai Fred dari Ole.”

β€œSekarang apa yang boleh aku perkatakan adalah sangat hebat mempunyai pemain seperti Fred dalam pasukan,”

β€œAku rasa semua orang sayangkan Fred. Kau pun patut sayang Fred. Baru dua hari kenal, Fred dah bersinar lain macam.

Pemain pertahanan Manchester United, Diogo Dalot juga terkejut dengan kemampuan Fred untuk menjaringkan gol dengan kaki kanan.

β€œSaya tidak pernah melihat Fred menyepak bola dengan kaki kanannya sebelum ini! Saya sangat gembira untuknya, dia berhak mendapat gol itu, dia pemain yang hebat untuk pasukan kami.”

Gol tersebut menyaksikan Fred telah menjaringkan dua gol mempunyai gol di liga berbanding Lionel Messi dahn Harry Kane.

Manchester United 1-0 Crystal Palace

Crystal Palace bertandang ke Old Trafford dan menjadi pasukan pertama menjadi lawan Manchester United yang kini dilabel berada di era baru di bawah pengurus interim Ralf Rangnick.

Michael Carrick yang menjadi pengurus sementara telah membawa diri dan angkat kaki dari Old Trafford selepas menabuar bakti selaku pemain, jurulatih dan pengurus sememntara.

Bekas pemain tengah Manchester United itu mencatatkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan dibawah seliannya ketika menanti Ralf Rangnick mendapat permit kerja.

Apa yang cuba dicorakkan oleh Ralf Rangnick dalam perlawanan pertamanya menentang Patrick Vieira menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak.

Di atas kertas, Manchester United turun dengan formasi yang digunakan sejak zaman Ole Gunnar Solskjaer, 4-2-3-1, tetapi sebaik sahaja perlawanan dimulakan, bentuk formasi pasukan seakan berubah kepada 4-2-2-2.

Tambah menarik lagi, jika sebelum ini pemain United dilihat lebih banyak menunggu bola masuk ke kawasan sendiri, kali ini mereka nampaknya bermain dalam satu sistem yang berbeza.

Permainan pressing atau menekan yang menjadi falsafah permainan yang diterapkan oleh Ralf Rangnick dalam kariernya selaku pengurus jelas telah diterapkan.

Tempoh 10 minit pertama menyaksikan Manchester United menekan kaw-kaw Crystal Palace mujur masih mampu bernafas dengan serangan bertali arus.

Gandingan Fred + Scot McTominay = McFred masih lagi dikekalkan dan perubahan ketara dapat dilihat di mana permainan kedua-dua pemain ini lancar dan jelas, tidak bersepah seperti sebelum ini.

Permainan dari Setan Merah secara sistematik dan teratur ini memberi kesukaran kepada Crystal Palace di mana laluan hantaran bola ditutup dengan penuh berdisiplin.

Walaupun deretan peluang dihasilkan namun tiada jaringan berjaya dihasilkan tetapi ramai bersetuju ini aksi separuh masa pertama terbaik Setan Merah musim ini.

Babak kedua bersambung, Crystal Palace dapat menarik nafas lega apabila permainan Manchester United tidak terlalu menekan kembali ke zaman Ole tapi versi lebih berdisiplin. Bagi tribute kot.

Situasi ini memberi Palace peluang untuk kembali bernafas apabila dilihat sudah mula berjaya menyerap segala tekanan dan bermain corak permainan mereka sendiri.

Crystal Palace semakin tenang menerima serangan dan kembali melancarkan serangan balas menerusi Jordan Ayew dan Wilfred Zaha.

Mereka sepatutnya sudah mampu mendahului United di mana Ayew hanya berhadapan dengan De Gea di dalam kotak enam ela pasukan United.

Bola rembatan Ayew tidak seayu namanya apabila sekadar lalu di depan gawang pasukan lawan dan hanya dilihat oleh rakan sepasukannya yang tidak di kawal.

Mason Greenwood yang sudah lama tidak beraksi masuk menggantikan Jadon Sancho pada minit ke-62, kemudian pemain muda Anthony Elanga masuk menggantikan Marcus Rashford.

Ralf Rangnick memberi peluang kepada Elanga masuk ketika pasukan mahu mencari gol kemenangan sesuatu yang menarik untuk dilihat.

Kesabaran penyokong United untuk bersorak meraikan gol akhirnya terbalas juga apabila pemain yang bagaikan baru dilahirkan semula, Fred, telah menjaringkan gol yang cantik menewaskan penjaga gol Palace, Vincente Guaita.

Gerakan bermula daripada Greenwood yang menerima bola daripada Dalot dan kemudiannya telah menarik dua orang pertahanan Palace ke arahnya.

Tidak mampu dan tidak mempunyai ruang untuk melepaskan rembatan, Greenwood menolak lembut bola kepada Fred, yang kemudiannya terus melakukan satu placing yang cantik tepat ke penjuru kanan Guaita.

Fred merupakan pemain kidal telah pandai menggunakan kaki kanan selepas tiga hari Rangnick masuk kerja. Gelekkan dangdut menjadi pilihan Fred meraikan gol.

Crystal Palace cuba mencari gol penyamaan ketika selepas gol pendahuluan dari Fred namun Setan Merah mampu bertahan dengan baik hingga ke wisel penamat.

Dalam perlawanan ini dapat dilihat aksi penuh keperwiraan dan perjuangan berhabisan Kapten Marvel, Harry Maguire yang berdarah lecer mempertahankan gawang.

Kesebelasan Utama Manchester United: De Gea, Dalot, Lindelof, Maguire, Alex Telles, McTominay, Fred, Sancho, Bruno Fernandes, Rashford, Ronaldo.

Pemain Simpanan : Bailly, Jones, Mata, Greenwood, Henderson, Wan-Bissaka, Matic, van de Beek, Elanga.

Kesebelasan UtamaCrystal Palace: Guaita, Clyne, Tomkins, Guehi, Mitchell, Schlupp, Kouyate, Gallagher, Ayew, Benteke, Zaha.

Pemain Simpanan : Butland, Milivojevic, Olise, Eze, Hughes, Mateta, Edouard, Kelly, Riedewald.

Pengadil Perlawanan : Craig Pawson (South Yorkshire)

BACA:Β  Fred Petualang Yang Menjadi Wira dan Nadi Kebangkitan Sensasi Man Utd