Peminat Teruja Melihat Skill Luar Biasa Dasyat Fred Berdepan Stefan Savic

Fred berjaya menghuru-harakan kehidupan Stefan Savic dengan mempamerkan skill FIFA street ke atas bintang Atletico Madrid itu ketika aksi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford awal pagi tadi.

​Pemain midfield kebangsaan Brazil itu melakukan aksi flick di atas garisan persis seperti Mat Yo untuk menewaskan bekas pemain pertahanan Man City itu.

Jadon Sancho menghantar bola mencari Fred yang kemudiannya berlari berusaha untuk memenangi bola tersebut dan mudah melepasi bintang Atletico Madrid.

Beliau menunjukkan skill yang sungguh menakjubkan untuk melepaskan diri dari kawalan Savic dan aksi beliau itu berjaya memukau peminat seluruh dunia termasuk Robbie Savage yang menjadi pengulas untuk perlawanan tersebut.

Fred walau bagaimanapun gagal untuk melorongkan bola itu untuk mencari rakan sepasukannya.

Walau usahanya itu berakhir dengan sia-sia, namun para peminat tetap berbangga dan teruja melihat kehebatan Fred memperbodoh-bodohkan Savic.

“Siapa yang tukar Fred kepada Ronaldinho? Ini lah pemain Brazil kebanggaan kita semua.”

“Saya rasa ini adalah antara persembahan terbaik Fred sebagai pemain Manchester United, Maguire bila nak berubah?”

“Saya tak tahu pula yang Fred berpotensi untuk melakukan skill sehebat itu. Sungguh menakjubkan.”

“Saya rasa macam tengah tengok Ronaldinho sedang memakai topeng Fred. Memang betul-betul menakjubkan.”

“Fred! Fred! Fred! Saya speechless melihat skill yang dasyat itu, semoga dia akan terus cemerlang selepas ini.”

Dalam perlawanan sama juga, ketua pasukan Man Utd, Harry Maguire telah mengalami hari yang menyedihkan kerana peminat bersorak riang ketika beliau dikeluarkan oleh Ralf Rangnick.

Peminat bersorak melihat Maguire dikeluarkan

Penyokong Manchester United menunjukkan rasa benci mereka terhadap Harry Maguire secara terang-terangan ketika aksi kekalahan setan merah bertemu Atletico Madrid awal pagi tadi.

Mereka bersorak riang ketika Harry Maguire dikeluarkan pada aksi babak kedua dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang para penyokong betul-betul sudah menyampah dengan ketua pasukan mereka itu.

Harry Maguire telah dikeluarkan oleh Ralf Rangnick untuk digantikan oleh Juan mata pada minit ke-84 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.

Keputusan Ralf Rangnick mahu mengeluarkan ketua pasukan setan merah itu diterima dengan sangat baik oleh para penyokong.

Seluruh stadium bergembira ketika Harry Maguire dikeluarkan dengan mereka bersorak bagai meraikan gol.

“Mereka betul-betul bersorak ketika Maguire keluar, saya tak tahu lah apa yang Maguire rasa dengan hal itu.”

“Mustahil Maguire tak sedar semua orang benci dia, dia keluar saja terus semua orang bersorak.”

“Satu stadium gembira, semoga Ralf Rangnick sedar yang Maguire memang tak diperlukan di atas padang.”

“Saya tak rasa Ralf Rangnick faham yang penonton memang tak mahu Harry Maguire beraksi, apa yang dia nampak pada Maguire sebenarnya?”

“Sekarang mereka bersorak, lepas ni mereka akan menangis sebab Maguire akan terus jadi ketua mereka.”

Bintang kebangsaan England itu sememangnya sering dikritik atas persembahan hambar yang sering beliau persembahkan sejak kebelakangan ini.

Beliau terus menjadi mangsa makian para penyokong selepas Man Utd kini secara rasminya tersingkir dari saingan Champions League musim ini.

Selain bersorak ketika Harry Maguire dikeluarkan, para penyokong setan merah turut dihentam oleh ramai pihak kerana tindakan mereka membaling objek ke arah Diego Simeone.

Penyokong setan merah dianggap tak berakal kerana baling objek ke arah Simeone

Diego Simeone berdepan situasi cemas apabila sekumpulan penyokong setan merah melempar objek ke arahnya ketika beliau dalam perjalanan pulang ke bilik persalinan.

Sebaik tamat aksi kemenangan Atletico Madrid menewaskan Manchester United, Diego Simeone terus berlari untuk masuk ke terowong.

Dalam perjalanan beliau untuk sampai ke terowong, segelintir penyokong United mula menunjukkan sikap biadap serta tak berakal apabila mereka melempar objek seperti botol minuman ke arah pengurus Atletico Madrid itu.

Juara bertahan saingan La Liga itu berjaya mempamerkan aksi bertahan masterclass untuk memastikan Man Utd gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan ini.

Mereka cemerlang menunjukkan jalan keluar kepada pasukan tuan rumah untuk mara ke peringkat suku akhir saingan Champions League.

Gol tandukan dari Renan Lodi pada aksi babak pertama permainan sudah cukup untuk menyingkirkan Manchester United di pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini.

Para penyokong Manchester United kecewa dengan pasukan mereka sendiri, bengang dengan cara permainan pasukan lawan dan turut mempersoalkan mutu pengadilan, Slavko Vincic dalam perlawanan tersebut.

Selepas wisel penamat dibunyikan, mereka melepaskan rasa marah itu kepada pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone.

Pengurus dari Argentina itu hanya melakukan rutin kebiasaannya dengan beliau akan segera berlari masuk ke bilik persalinan sebaik wisel penamat dibunyikan.

Namun kali ini, pengurus Atletico Madrid itu berdepan detik cemas apabila segelintir penyokong setan merah memilih untuk melempar objek ke arahnya ketika beliau sedang berlari menuju terowong.

Sepertinya tangan para penyokong United tak berbedung dengan semua lemparan mereka langsung tak mengenai Diego Simeone.

Tak payah elak pun tak kena, nampak punya dungu cara diorang melempar objek?

Walau semua objek itu tidak tepat mengenai Simeone, namun harus di akui tindakan para penyokong setan merah itu agak keterlaluan dan dikritik oleh ramai peminat di media sosial.

“Saya rasa sikap penyokong Manchester United semakin lama semakin biadap, mereka semakin mundur bukan semakin maju seperti penyokong pasukan lain.”

“Tak boleh terima kekalahan? Mentaliti apa yang sedang mereka tunjukkan? Betul-betul memalukan.”

“Sebab tu mereka tak layak menang apa-apa, mentaliti penyokong mereka sampah. Kenapa perlu serang pengurus lawan?”

“Kalau dah kalah tu sepatutnya terima saja lah, keluar terus dari stadium bukan tunjukkan perangai tak bertamadun seperti ini.”

“Sangat-sangat memalukan, pihak FA perlu hukum penyokong Man Utd, mereka benar-benar memalukan bola sepak Inggeris.”

Simeone sememangnya akan terus berlari masuk ke terowong tanpa memperdulikan keputusan perlawanan, dengan beliau lebih selesa untuk ada di bilik persalinan berbanding bersalam-salaman di atas padang.

“Saya tak suka pertemuan selepas tamat perlawanan kerana ada dua emosi berbeza dari dua pasukan berbeza.”

Jelas Simeone pada November tahun lalu.

“Saya tahu di UK itu adalah adat tapi saya tak amalkan itu dan saya tak suka kalau lakukan itu dengan adanya kepalsuan.”

Skuad kendalian Diego Simeone itu sekali lagi membuktikan yang mereka sememangnya pakar dalam situasi bertahan.

Pasukan yang pernah dua kali beraksi di pentas perlawanan akhir Champions League itu akan beraksi di peringkat suku akhir selepas ini dengan undian akan dilakukan pada Jumaat.

Man Utd pula sementara itu akan sekali lagi mengakhiri kempen mereka dengan tangan kosong buat kali keenam berturut-turut.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu selepas ini akan berusaha sehabis daya mereka untuk mengakhiri saingan Premier League di kelompok empat teratas.

Seandainya mereka gagal, ia bermaksud setan merah musim depan tidak akan berada di pentas saingan Champions League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Wenger Puji Kehandalan Tidak Terbatas Fred vs Atalanta