Frenkie de Jong tiada masalah untuk melengkapkan perpindahan meninggalkan Barcelona, namun beliau hanya tidak mahu melengkapkan perpindahan untuk sertai Manchester United.
Jelas sekali ramai peminat dalam dunia bola sepak yang sudah bosan dan meluat untuk berbicara soal perpindahan De Jong menyertai Manchester United.
Bukan tahap meluat sahaja, bahkan ramai peminat sepertinya sudah langsung tak mahu berbicara tentang hal tersebut.
Manchester United target Frenkie de Jong came off the bench to play at centre-back for Barcelona as he was forced out of the midfield spots #mufc https://t.co/I3408oMfWg
— Man United News (@ManUtdMEN) July 20, 2022
Sejak 11 Mei lalu, Frenkie de Jong dilaporkan sudah hampir pasti untuk sertai Manchester United namun sehingga hari ini urusan perpindahan itu masih gagal untuk dimuktamadkan.
Jelas sekali Barcelona lebih dari setuju untuk menjual pemain midfield berusia 25 tahun itu kepada sesiapa sahaja yang berminat pada jendela perpindahan musim panas ini.
Barcelona sendiri bahkan turut sudah memberitahu De Jong sendiri yang mereka berhasrat mahu menjual beliau pada musim panas ini.
Pemain midfield Belanda itu dikatakan tidak gembira sama sekali ketika mengetahui Barcelona mahu menjualnya kepada Manchester United tanpa kerelaan beliau.
Beliau bengang kerana Barca masih tetap menjalankan rundingan bersama Manchester United walau tanpa kerelaan hatinya.
SPORT mendakwa yang De Jong sebenarnya tiada masalah untuk meninggalkan kelab, cuma beliau sedikit tidak gembira andai dirinya dilepaskan kepada Manchester United.
🚨 Frenkie de Jong is considering a move to another European giant because of the delay with the Manchester United transfer pic.twitter.com/jLq0KbvL4B
— SPORTbible (@sportbible) July 17, 2022
Beliau lebih memilih untuk kekal di Nou Camp berbanding menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.
Media Sepanyol itu menjelaskan yang bekas bintang Ajax itu menolak untuk menyertai Manchester United kerana beliau tidak suka dengan bandar tersebut.
De Jong juga dikatakan tidak suka dengan cara pengurusan Manchester United dan menganggap pengurusan mereka berada di tahap yang sangat teruk.
Ia mungkin bakal menggurris hati penyokong yang mendengar kenyataan tersebut, namun hakikatnya penyokong juga sedar tentang bagaimana teruknya pengurusan di bawah pemilikan Glazer.
One Key Factor Preventing Frenkie De Jong's Move To Manchester United
👉 https://t.co/BwutPwTSfy[@NewsUnitedStand] #mufc pic.twitter.com/JXjioLX6tG
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) July 20, 2022
Manchester United pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka di bawah kendalian Erik Ten Hag.
Ten Hag menjerit ‘Apa lan**u kau buat” ketika aksi bertemu Crystal Palace
Para peminat terkejut dan terkedu melihat semangat dan ketegasan Erik ten Hag ketika mengendalikan Manchester United dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Crystal Palace malam semalam.
Beliau sepertinya telah meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada anak-anak buahnya dan tak mahu mereka membuat sebarang kesilapan ketika sedang bermain.
Beliau dikatakan berteriak, “Apa lan**u kau buat?” kepada salah seorang pemainnya ketika sedang beraksi bertemu Palace malam semalam.
This 😍 pic.twitter.com/CwO2QS91ad
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022
Aksi hebat yang Manchester United tunjukkan ketika pra-musim ini jelas sekali satu hal yang sangat menggembirakan para penyokong mereka.
Ketika aksi bertemu Crystal Palace semalam, skuad setan merah meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan mencatatkan kemenangan 3-1 di Melbourne Cricket Ground.
Gol jaringan Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jadon Sancho sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan selesa 3-1 Man United menewaskan Palace.
Ia merupakan kemenangan ketiga Manchester United dari tiga aksi perlawanan pra-musim mereka pada musim panas ini.
Walau sudah mendahului dan anak-anak buahnya turut mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut, namun ia masih tetap gagal untuk memenuhi kehendak Ten Hag.
Pretty sure I heard Ten Hag shout "WHAT THE FUCK ARE YOU DOING??"
Not sure to who though.
— ً (@TheFergusonWay) July 19, 2022
Minggu lalu, bekas pengurus Ajax itu dikatakan melihat banyak kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak buahnya ketika aksi kemenangan 4-0 bertemu Liverpool di Thailand.
Beliau turut mengakui yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan itu terutama selepas melihat pengurus dari Jerman itu menurunkan ramai pemain mudanya dalam perlawanan tersebut.
Seterusnya, ketika aksi bertemu Crystal Palace malam semalam, pengurus dari Belanda itu dikatakan telah berteriak sesuatu yang agak kasar kepada salah seorang anak buahnya.
Insiden tersebut berlaku pada minit ke-87 permainan, dan walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, namun Ten Hag tetap menganggap ia sebagai perlawanan yang penting.
First United start ✔️
🇳🇱 @TyrellMalaciia #MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/ae6jC9wgLb
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022
Man United bahkan pada ketika itu sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 3-1 dan hal itu sama sekali tak menghalang untuk Ten Hag bengang kepada anak buahnya.
“Apa lan**u kau buat?”
Teriak Ten Hag kepada salah seorang anak buahnya yang sedang beraksi.
Video Ten Hag menjerit kepada anak buahnya:
— Kishore Venkat (@Kishore_ggmu) July 19, 2022
People hear what they want, he clearly says "Charlie" because where tf is he going 💀 https://t.co/tmttgh0Qkq pic.twitter.com/wW1x93TXDu
— ᴴ (@HaroIdCunt) July 19, 2022
Slowed with the volume up, for those without working ears.
Sorry to disappoint but it's clearly "Charlie" 👍 pic.twitter.com/JuHFb7v0Y0
— ᴴ (@HaroIdCunt) July 19, 2022
Segelintir peminat di laman twitter percaya yang Ten Hag ketika itu sebenarnya sedang menjerit memarahi Charlie Savage dengan pemain midfield berusia 19 tahun itu baru sahaja dimasukkan pada aksi babak kedua permainan.
Ada juga peminat yang percaya yang Ten Hag sebenarnya menjerit memaki hamun David de Gea kerana penjaga gol Sepanyol itu memutuskan untuk tidak build up serangan dari bawah.
Man United mendahului 1-0 pada aksi babak pertama permainan menerusi Anthony Martial, dengan bintang Perancis itu telah mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan sejak kembali dari Sevilla.
Marcus Rashford kemudiannya berjaya meledak gol yang sungguh menakjubkan untuk Man United dan para peminat gembira melihat beliau berjaya menemui sentuhan terbaiknya semula.
Manchester United rep their new away kit for the first time ⚪ pic.twitter.com/irZaA3Oobt
— B/R Football (@brfootball) July 19, 2022
Beliau sepanjang musim lalu tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan kerana itu lah peminat menarik nafas lega melihat aksi hebat beliau ketika aksi pra-musim ini.
Jadon Sancho yang turut dianggap sebagai pemain paling menyerlah di bawah kendalian Erik ten Hag itu kemudiannya meledak gol ketiga untuk Man United dalam perlawanan ini.
Ten Hag sementara itu mengakui yang beliau sedar tentang cabaran yang beliau hadapi untuk kendalikan kelab gergasi seperti Manchester United.
“Ia adalah cabaran sebenar untuk membawa mereka kembali ke tempat asal mereka. Saya sangat bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan itu.”
Jelas Ten Hag kepada PA.
Another lightning counterattack made it 3-0 in Melbourne ⚡️🌪
🏴 @Sanchooo10#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022
A lovely team move to double our lead 😍
⚽️ @MarcusRashford#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022
“Kami mahu menang setiap perlawanan dan tidak kira siapa lawan kami.”
“Saya rasa itu adalah hak Manchester United dan itulah apa yang akan kami lakukan. Itu adalah kehendak skuad dan setiap pemain perlu akur.”
Sumber: SPORTbible