Dejan Lovren Menyokong Teori Konspirasi Tentang Covid-19

Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren, sepertinya menyokong teori konspirasi yang menyatakan wabak Covid-19 adalah tipu daya untuk memaksa masyarakat umum melakukan vaksinasi.

Menurut laporan dari Daily Mail, Lovren telah meninggalkan satu komen yang panas di laman Instagram milik Bill Gates.

Billionaire terkenal, Bill Gates telah memuat naik status di Instagramnya untuk mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19.

Lovren telah masuk komen kedalam posting tersebut dengan menyatakan:

“Semuanya dah tamat Bill. Manusia bukan buta.”

Lovren juga sering memuat naik story dilaman Instagramnya dengan merujuk serta menyokong teori konspirasi dari David Icke.

Icke telah mencetuskan dakwaan kontroversi tentang wabak ini sejak dari mula Covid-19 melanda dunia, termasuk dakwaan tidak sahih yang mengaitkan Coronavirus dengan talian 5G.

Channel Youtube miliknya yang sudah mempunyai lebih dari 1 juta subscriber telah di padam dari website minggu lalu kerana mahu menghalang beliau dari terus menyebar berita palsu.

Sementara itu, Lovren telah mempromosikan karya masa depan Icke di laman Instagram miliknya dengan menulis :

“Kami tidak akan disensor dan kami tidak akan berdiam diri.”

Pemain berusia 30 itu turut menganggap bahawa dirinya sebahagian dari pejuang.

Lovren turut meninggalkan komen emoji tangan yang seakan berdoa dalam posting kontroversi dari salah seorang ahli politik Croatia, Ivan Pernar.

Pernar memuat naik posting yang meletakkan gambar Bill Gates memegang jarum suntikan dengan menyatakan:

“Tubuh anda adalah pilihan saya.”

Beliau kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan dengan menyatakan:

“Sebenarnya mesti ada jalan untuk bebas membuat pilihan dan menentang pengunaan vaksin secara mandatori. Itulah sebabnya saya menjadi duri di mata semua media arus perdana dan penaja mereka.”

Lovren baru-baru ini bercakap kepada media Croatia, Sportske Novosti dan menerangkan bahawa beliau sangat tertekan dengan kesan dari lockdown.

“Ia bukan hal yang mudah setelah kita berada dalam perintah berkurung dirumah selama hampir 46 hari sekarang.”

“Aspek psikologi adalah yang paling sukar untuk diatasi. Saya bersenam sebanyak mungkin, saya juga meluangkan masa bermain bola dengan anak saya di halaman kami, tetapi latihan dengan pasukan [Liverpool] sama sekali berbeza.”

“Saya cuba untuk memotivasikan diri semampu saya. Saya bangun pagi dan cakap pada diri sendiri bahawa ‘saya akan menjalani latihan hari ini dan setidak-tidaknya saya mampu untuk mengurangkan berat badan saya.”

“Tapi saya agak kehilangan kemampuan dari segi fitness dan kemampuan kaki saya, berlatih dirumah tak sama dengan beraksi 90 minit.”

BACA:  Lovren Menganjing France Football Berkait Kedudukan Salah Dalam Senarai Pemenang Ballon D'or