Lovren Menganjing France Football Berkait Kedudukan Salah Dalam Senarai Pemenang Ballon D’or

Dejan Lovren menganjing France Football selepas melihat sahabat karibnya, Mo Salah hanya berada di kedudukan ketujuh sahaja dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or 2021.

Beliau menegaskan yang Salah sepatutnya lebih dihargai dan tidak sekadar berada di kedudukan ketujuh sahaja.

Bintang Paris Saint Germain, Lionel Messi berjaya membawa pulang bola emas ketujuh sepanjang kariernya kemarin, dengan beliau menewaskan pesaing terhebatnya, Robert Lewandowski dengan perbezaan mata yang sangat tipis.

Jorginho, Karim Benzema dan N’Golo Kante masing-masing melengkapkan senarai lima teratas dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or tahun ini.

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo yang baru-baru ini menghentam penganjur Ballon D’or pula berada di kedudukan keenam dalam senarai ini, satu anak tangga lebih tinggi berbanding Salah.

Walaupun kedudukan beliau dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or agak mengecewakan, namun aksi dan persembahan Salah di atas padang sama sekali tidak mendukacitakan.

Beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Everton semalam, dan membuktikan mengapa beliau layak untuk dianggap pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain sayap Mesir yang kini berusia 29 tahun itu berjaya untuk menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool membenam Everton 4-1 di Goodison Park.

Salah mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai penjaring terbanyak dalam saingan Premier League musim ini, dengan beliau kini sudah merekodkan 13 gol dari 14 penampilan.

Bintang handalan Liverpool itu turut cemerlang mencatatkan lapan assists sepanjang tempoh tersebut, menjadikan beliau sebagai antara pemain paling berprestasi pada ketika ini.

Lovren memuat naik status di laman twitter miliknya, dengan beliau menganjing France Football berkait kedudukan Salah dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or.

Beliau menyindir penganjur anugerah paling berprestij itu dengan mencadangkan agar meletakkan Salah di kedudukan keenam dalam senarai pemenang pada tahun 2022 nanti, seandainya bintang Mesir itu konsisten pamer aksi yang mantap.

Bintang Zenit Saint Petersburg yang kini berusia 32 tahun itu menyatakan bahawa:

“Mo teruskan seperti itu dan tahun hadapan, France Football akan pindahkan kamu ke kedudukan keenam. Dia berhak untuk lebih dihargai!”

Beliau jelas sekali menganjing penganjur yang sama sekali tidak memandang prestasi semasa Salah, dan tidak menghargai bintang Mesir itu selayaknya beliau.

Mohamed Salah sendiri ketika ditanya tentang kedudukan beliau dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or, beliau hanya ketawa besar sambil menjawab, ‘Saya tak ada komen apa-apa’.

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Jurgen Klopp mendakwa yang Salah bengang kerana gagal mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut.

“Dia sangat marah selepas tamat perlawanan! Dia mahu jaringkan gol yang ketiga.”

Jelas Klopp.

“Saya tak ambil mudah hal seperti ini. Gol kedua dia, kamu memang perlu manfaatkan kesilapan seperti ini.”

“Mo meletakkan tekanan ke atas (Seamus) Coleman untuk memenangi bola dan dari situ dia ada kesempatan terbaik untuk jaringkan gol.”

“Kita ada momentum, tapi ia jauh dari persembahan terbaik kami sejak saya berada di Liverpool di Goodison.”

“Sebelum perlawanan, semua orang beritahu saya yang dalam derby, persembahan semasa tidak diambil kira, tapi saya lihat ia tak seperti itu.”

Merseyside derby kali ini jelas terlalu didominasi oleh Liverpool, dengan Everton seolah-olah sukar untuk bersaing dengan mereka.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 menewaskan musuh sebandar mereka itu, seterusnya terus mengukuhkan kedudukan sebagai pencabar kejuaraan liga musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Terharu Melihat Perbualan Perpisahan Antara Salah Dan Mane