Legenda Liverpool Grame Souness mendakwa Mohamed Salah seolah-olah mempermainkan perasaan Liverpool kerana melayan tawaran lumayan daripada Al Ittihad.
Kelab Saudi Pro League itu sebelum ini menghantar bidaan dipercayai bernilai sekitar £175 juta – sebelum ditolak oleh Liverpool di hari terakhir jendela perpindahan Premier League.
Jendela perpindahan pemain kini sudah ditutup di Eropah, tetapi kelab-kelab Arab Saudi masih dibenarkan untuk mendapatkan pemain yang mereka sasarkan sehingga 7 September hadapan.
Ini bermakna minat Al Ittihad terhadap pemain sayap antarabangsa Mesir itu juga belum padam.
Keengganan Liverpool untuk menjual Salah bukan sahaja kerana kepentingan pemain itu di dalam taktikal Jurgen Klopp.
Malah kelab Merseyside itu juga sudah pasti tidak mempunyai ruang mencari pengganti. Keadaan mungkin berbeza sekiranya Al Ittihad mengemukakan tawaran lumayan yang sama seawal Julai lalu.
Graeme Souness thinks Mo Salah is "flirting with the Saudis" amidst interest from Al-Ittihad.
"He is toying with the idea, at the very least, and I think, deep down, he will feel he should go." #LFC https://t.co/SXRjodnWhB
— Football365 (@F365) September 2, 2023
Dail Mail melaporkan Al Ittihad kini bersedia untuk menawarkan bidaan rekod dunia bernilai £200 juta – sekali gus mengatasi nilai yang dibayar PSG kepada Barcelona untuk mendapatkan Neymar pada 2017.
Ini bukan kali pertama Salah dikaitkan dengan perpindahan dari Anfield, tetapi kebiasaannya ejen pemain itu Ramy Abbas pantas menafikannya.
Situasi tersebut berbeza kali ini memyebabkan timbul sedikit kerisauan di kem Liverpool.
Bekas kapten dan pernah bergelar pengurus kelab itu, Grame Souness berpendapat Salah masih mempertimbangkan untuk menerima tawaran £1.5 juta, dam berkemungkinan sudah rambang mata dengan tawaran lumayan tersebut.
Di usianya pada ketika ini dan peringkat kariernya pada hari ini, perpindahan ke Arab Saudi juga dianggap sebagai langkah terbaik oleh pemain itu.
“Jangan salah tanggap, Salah sebenarnya sedang melayan tawaran dari Arab Saudi,” kata Souness yang dianggap legenda di Anfield kepada Daily Mail.
“Tidak ada seorang pun sama ada Salah atau ejennya telah tampil dan berkata: “Kami tidak mahu pergi ke Arab Saudi ketika ini.”
“Jika benar Salah mahu kekal maka harus ada salah seorang daripada mereka melakukan kenyataan untuk menafikannya.
Al-Ittihad belum sedia menyerah buru Mohamed Salah #Bola #Sukan #AlIttihad #arabsaudi #Klopp https://t.co/lxHbizi5Zh
— Kosmo! Online (@kosmo_online) September 3, 2023
“Dia sedang bermain dengan idea [meninggalkan Liverpool], dan sekurang-kurangnya jauh di sudut hati dia percaya dia sepatutnya pergi.
“Majoriti penyokong Liverpool pasti kecewa dan ini boleh difahami kerana mereka seolah-olah dipermainkan, tetapi pada masa yang sama ini adalah petanda jelas berkaitan masa depan Premier League.
“Arab Saudi telah terlibat dalam pelbagai aspek kehidupan di Britain sejak 50 tahun lalu, dan mengapa tidak bola sepak?
“Mereka adalah watak utama di Timur Tengah dan tiada duanya. Mereka mahukan pemain ternama seperti Salah, dan ini akan membuatkan dunia mengenali mereka lebih lagi.
“Pada mereka, mereka tidak kisah ke mana perginya wang untuk dibelanjakan kerana mereka memiliki banyak wang. Jika Arab Saudi beenar-benar mahukan Salah mereka boleh sahaja mencari mekanisma untuk membeli Liverpool dan menjual Salah pada hari keesokannya.
“Ini adalah peringatan. [Tawaran dari Arab Saudi] ibarat keretapi yang baru meninggalkan stesen untuk berlepas dan perjalanan itu masih jauh sehingga sampai ke destinasi.”