Depay Sudah Bernafsu Dan Tak Sabar Nak Balas Dendam Ke Atas Bayern

Bintang Barcelona berasal dari Belanda, Memphis Depay sudah bergetar kakinya tak sabar nak menewaskan Bayern malam ini di Allianz Stadium, Munich.

Depay menyertai Barca pada musim panas lalu. Terus menjadi pemain utama skuad Barcelona. Pemain antarabangsa Belanda itu dijangka tidak ada masalah untuk menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama.

Menjelang aksi menentang Bayern, Depay teringat kisah Barcelona dipermalukan Bayern sebelum ini.

Depay sangat kecewa kerana kalah dalam perlawanan pertama mereka sebelum ini berdepan Bayern dengan kedudukan 3-0.

Dua musim yang lalu, Barcelona berkicap kena dengan Bayern dengan kekalahan 2-8. Ketika itu Lionel Messi masih ada.

Tapi ini era baharu Barcelona. Di mana mereka sudah mengembalikan semula tiki taka. Sudah memotong rumput latihan menjadi lebih pendek dan juga sudah mengenakan 10 peraturan baharu.

Xavi dianggap penyelamat Barcelona. Menyertai kelab dari Al Sadd sebelum ini menggantikan Ronald Koeman.

Tidak lupa juga mereka ada Ousmane Dembele yang diiktiraf oleh presiden Barcelona sebagai lebih bagus daripada Kylian Mbappe.

Dembele yang memiliki kelajuan dan kelincahan itu masih belum melanjutkan kontraknya lagi. Mungkin ada yang menganggap Laporta melakukan pembodekan. Tetapi Laporta menegaskan dia memang dari dulu melihat Dembele adalah pemain lebih baik daripada Mbappe.

Barcelona kini berpeluang untuk menebus maruah mereka yang calar beberapa kali kerana dinodai Bayern Munich. Dalam beberapa musim ini, Barcelona sudah seperti perempuan simpanan Bayern, tempat pasukan Jerman itu melampiaskan nafsu.

Namun itu tak akan berlaku. Barcelona mahu membuktikan bahawa perempuan simpanan itu sudah sedia menjadikan Bayern pula lelaki simpanan mereka dengan membalas dendam.

Tanpa pengaruh barang terlarang ataupun thai song, Depay berkata: “Sek kito maghih maley ni nok balah dendam dehh.”

“Eh terkecek Kelate plopp, hok aloh.”

“Kami mahu membalas dendam ke atas Bayern Munich.”

“Sek kito, eh tersasul lagi, pasukan kami akan mencuba yang terbaik. Sebab Barcelona ini pasukan yang harus kekal beraksi di Liga Juara Juara Eropah,” kata Depay yang jijik mengenangkan kalau mereka terjerumus ke UEL.

Barca perlu manang malam ini. Jika kalah, mereka akan tersingkir daripada saingan UCL. Jika seri, mereka akan mengharapkan Dynamo Kyiv menang ke atas Benfica. Namun pasukan dari Ukraine itu masih belum mencipta sebarang kemenangan setakat ini.

Adalah penting untuk Barcelona menumpukan tugasan mereka agar mereka boleh menang.

Barcelona sebelum ini kalah di tangan Real Betis dalam aksi La Liga. Tetapi itu tidak menghalang Depay daripada menghamburkan pujian ke atas Barcelona.

Menurut Depay, Barcelona setaraf dengan kualiti Bayern Munich. Jadi tiada alasan untuk mereka gagal menang pada malam ini.

Walaupun lidah tidak bertulang, Bayern jelas bukan lawan yang mudah. Dan prestasi Depay pada ketika ini tidak begitu memberangsangkan. Cuma kenyataan dia sahaja yang nampak memberangsangkan.

Depay perlu kembali ke prestasi terbaiknya jika mahu menjadi nadi penting kebangkitan Barca.

Bayern musim ini sudah menjaringkan banyak sekali gol. Sekali lagi dianggap antara pasukan pilihan untuk menang UCL.

Minggu lalu Thomas Muller sudah menjadikan Barcelona sebagai sasaran untuk membalas dendam kekalahan Lewandowski di dalam Ballon d’Or.

Menurut Muller kemenangan Messi adalah penghinaan kepada bola sepak Jerman dan Lewandwoski.

Lalu Muller menyeru rakan rakannya menunjukkan kepada dunia bahawa bola sepak Jerman harus lebih dihormati bermula dengan membantai Barca dalam aksi UCL.

Nanti kita tengok siapa yang kena.

BACA:  Copa Del Rey Semi-Final: Barcelona 3 - 0 Sevilla (Agg. 3-2)