Nou Camp Akan Diubahsuai Jadi Tapak Perkuburan Berkapasiti 26,000

Stadium Nou Camp baharu milik Barcelona yang kini di dalam proses naik taraf turut akan menjadi kediaman kepada 26,000 tapak perkuburan pada masa hadapan.

Nou Camp adalah ‘rumah’ milik Barcelona sejak 1956 dan kini sedang melalui proses pengubahsuaian secara besar-besaran untuk menjadikan ia sebagai arena yang lebih moden.

Projek tersebut telah dimulakan sejak 2016 yang lalu dan mulai dipergiatkan pada 2019.

Telah tertangguh beberapa kali bermakna Nou Camp yang baru hanya dijangka siap pada 2026, dan kali ini ia turut didatangkan dengan ciri-ciri unik.

Menurut laporan oleh Barcelona melalui laman sesawang rasmi kelab, Nou Camp turut akan menjadi tapak perkuburan untuk penyokong yang memegang pass bermusim.

Tapak khas seluas 180 kaki persegi disediakan untuk 9,000 plak yang boleh menampung 26,000 perkebumian di stadium ikonik itu.

Permit untuk berbuat demikian turut telah diluluskan oleh pihak berkuasa Catalan dan perkuburan tersebut turut akan dihiasi oleh mural yang memaparkan momen paling diingati sepanjang 125 tahun sejarah kelab bolasepak Barcelona.

Untuk tempahan, Barcelona berkata keutamaan untuk menempah lot ku ur tersebut akan diberikan kepada ahli/pemegang pass bermusim sebelum dibuka kepada orang ramai.

Jualan lot kubur telah pun dibuka sejak 31 Oktober yang lalu dan akan mula ditawarkan kepada orang awam yang lain dua minggu selepas itu.

Tapak perkuburan itu akan dijual di antara €250 sehingga €6,000, dan plak khas/batu nesan akan dijual pada harga €300,

Pembinaan semula Nou Camp bertujuan untuk meningkatkan kapasiti stadium itu daripada 90,000 tempat duduk ekpada 105,000 dan turut akan memiliki fasiliti berkelas dunia dengan rekaan state-of-the-art.

Total keseluruhan membangunkan semula Nou Camp yang turut akan didatangkan dengan teknologi bumbung bersolar dilaporkan sekitar £1.25 billion.

BACA:  Barcelona Pakai Jersi Logo Burung Hantu Dalam El Clasico, Tribute Kepada Drake