Depay: Tinggalkan Manchester United Jadikan Saya Pemain Yang Lebih Baik

Pemain sayap Olmypique Lyon, Memphis Depay percaya beliau menjadi pemain yang lebih baik selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan Manchester United pada Januari 2017.

Depay dibawa masuk ke Old Trafford oleh bekas pengurus Netherlands, Louis Van Gaal pada tahun 2015 tetapi gagal mempamerkan prestasi sebenar sepanjang 19 bulan bermain dengan kelab tersebut. Beliau melakukan 53 penampilan bersama Red Devils, dan hanya mampu menjaringkan 7 gol dan 6 assists.

Depay percaya beliau menjadi pemain yang lebih baik selepas tinggalkan United.

Ketibaan Jose Mourinho pada musim panas 2016 menjadikan keadaan bertambah sukar buat Depay dan beliau hanya mampu beraksi dalam 4 perlawanan Liga Perdana Inggeris sahaja sepanjang bermain di bawah Mourinho. Pada bulan Januari 2017, Depay bersetuju untuk meninggalkan United bagi menyertai Lyon dalam perjanjian bernilai £21.7 juta.

Karier Depay kembali ke landasan yang betul selepas menyertai Lyon. Beliau dianggap sebagai pemain penting untuk Lyon dan telah menjaringkan 28 gol dari 74 penampilan. Beliau juga kembali mendapat tempat dalam skuad kebangsaan Netherlands berikutan prestasi cemerlang yang dipamerkan beliau dalam saingan Ligue 1.

Key player untuk Lyon sejak menyertai kelab tersebut pada Januari 2017.

“Semua orang sudah tahu mengenai kisah saya dengan Manchester United yang tidak berapa berjaya. Tetapi saya gembira dengan karieri saya hari ini.”

“Saya boleh melihat kembali masa saya bersama United dan mungkin saya tidak mahu ia berakhir dengan cara begitu. Banyak perkara telah berlaku dan sekarang saya menjadi pemain yang lebih baik. Saya boleh rasakan yang saya bermain lebih baik sekarang. Orang luar pon dapat melihatnya juga.”

“Selepas satu musim bersama United, saya gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Saya masih lagi muda ketika itu dan tidak diberikan peluang terlalu banyak. Apa yang saya boleh katakan adalah saya tidak menunjukkan kualiti yang sepatutnya dalam musim pertama saya bersama United.”

“Saya masih lagi percaya bandar Manchester masih lagi ‘Merah’ dan pada hari esok, saya akan cuba mencatatkan keputusan yang bagus apabila turun menentang pasukan ‘Biru’.”

Depay turut diminta memberikan pendapat mengenai kenyataan Wayne Rooney terhadapnya yang mana beliau gagal menuruti nasihat Rooney apabila diminta bermain dalam perlawanan skuad simpanan. Roonet meminta Depay supaya merendah diri apabila turun bermain dengan skuad simpanan United tetapi Depay tidak mengendahkan nasihat tersebut dimana beliau memakai jaket berbulu merah dan topi koboi ke hari perlawanan.

Selepas mempamerkan aksi buruk ketika menentang Stoke, Mourinho menghukum Depay dengan menyuruh beliau beraksi dalam perlawanan skuad simpanan United.

“Sesetengah pihak tidak faham apa itu jenaka dan saya dan Wayne Rooney merupakan kawan baik. Saya faham apa yang dimaksudkannya dan itu sudah mencukupi.”

“Ia telah lama berlaku. Saya seorang yang suka memperagakan style dan meminati benda cantik, tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh menjadi semakin bijak. Sekarang saya sudah lebih matang dalam menilai situasi.”

BACA:  Kali Terakhir Lionel Messi Menjejakkan Kaki Di Old Trafford