Dirk Kuyt Mahu Lakukan Debut Dalam Sukan Tinju Pada Penghujung Tahun Ini

Bekas bintang Liverpool, Dirk Kuyt dikatakan sedang merancang untuk masuk ke dunia sukan tinju dengan beliau sedang mencari lawan untuk diajak bertarung pada hujung tahun ini.

Kuyt sepertinya lebih memilih individu di kalangan celebriti untuk bertarung dengannya pada hujung tahun ini.

Legenda Liverpool yang kini berusia 41 tahun itu merupakan seorang lagi bekas pemain bola sepak yang bersetuju untuk sertai acara di Rotterdam pada Oktober nanti.

Acara tersebut akan diketuai oleh legenda kickboxing dari Belanda, Rico Verhoeven dengan ramai lagi bekas pemain bola sepak dan celebriti yang akan turut serta.

Kuyt bersara dari dunia bola sepak profesional pada tahun 2017 yang lalu, selepas beliau berjaya membantu Feyenoord menjuarai saingan Eredivisie pada musim terakhirnya.

Bekas pemain kebangsaan Belanda itu turut mengakui yang beliau sebenarnya sangat merindui tekanan yang pernah beliau rasakan ketika kariernya masih aktif.

Kuyt kini terbuka untuk cabaran baru dan beliau kini sedang dalam usahanya untuk mencari lawan beliau di acara debutnya nanti.

Bercakap di Humberto Talk Show, beliau mendedahkan bahawa:

“Sebagai bekas pemain bola sepak, saya tahu apa rasanya berada di dalam stadium.”

“Ia sudah empat tahun sejak saya berhenti bermain bola sepak. Dan sudah tentu saya rindu tekanan dan kesukaran untuk menang sesebuah perlawanan itu.”

“Saya dah berlatih macam-macam sukan seperti Tennis, ping-pong dan fitness. Tapi masuk gelanggang ini merupakan sesuatu yang baru untuk saya.”

“Jadi saya sangat berharap untuk sertai pertandingan itu bertemu celebriti lain. Bermula hari ini saya akan berlatih dengan lebih gigih.”

Kuyt bukanlah satu-satunya bekas bintang Premier League yang sedang bersedia untuk melakukan debutnya dalam sukan tinju.

Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra turut sedang mempersiapkan dirinya untuk beraksi bertemu YouTuber terkenal, Adam Saleh di 02 Arena di London pada 30 April ini.

Patrice Evra mahu melakukan debutnya dalam sukan tinju bertemu Adam Saleh

Patrice Evra telah mengumumkan secara rasmi yang beliau bakal melakukan debutnya dalam dunia sukan tinju untuk bertemu YouTuber dari Amerika Syarikat, Adam Saleh.

Kedua-dua mereka akan menumpang di acara yang menemukan Martyn Ford bertemu ‘Iranian Hulk’ (main card).

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan skuad kebangsaan Perancis itu telah menikmati pelbagai kejayaan yang menakjubkan di pentas dunia bola sepak.

Antara kejayaan paling gemilang beliau sebagai pemain bola sepak adalah beliau pernah memenangi lima kali gelaran Premier League dan turut pernah menjulang gelaran Champions League.

Walau bagaimanapun, Evra sebelum ini belum pernah bertarung secara rasmi, dan perlawanan bertemu Adam Saleh bakal menjadi pertarungan pertamanya.

Beliau akan melakukan debutnya itu dalam salah satu card di acara perlawanan antara Sajad Gharibi (Iranian Hulk) bertemu Ford (The scariest man on the planet).

Ford yang mempunyai ketinggian 6 kaki 8 merupakan antara pelakon terkenal British, ahli bina badan dan jurulatih peribadi kepada hampir tiga juta pengikutnya di laman instagram.

Sementara Gharibi pula beliau merupakan salah bintang media sosial yang mempunyai ramai pengikut di platform media sosial dan beliau juga merupakan atlet angkat berat.

Acara tersebut sepatutnya dijadualkan pada 2 April nanti namun kini ia sudah ditangguhkan kepada 30 April dan akan dilangsungkan di London 02 Arena.

Evra sememangnya sudah lama menjalani latihan tinju dengan beliau pernah memuat naik video dirinya sedang menumbuk pads tidak lama selepas beliau bersara dari dunia bola sepak pada tahun 2019.

Beliau kini sudah bersedia untuk menguji kemampuannya dengan memilih Saleh sebagai lawan pertamanya.

Adam Saleh pernah tiga kali terlibat dengan pertarungan bersama Youtuber dengan beliau berjaya menang dua perlawanan dan seri satu perlawanan.

Evra mengesahkan tentang perlawanan tersebut di laman instagram miliknya menerusi satu video pada malam Khamis lalu, dengan beliau menjanjikan yang perlawanan tersebut akan menjadi sangat epik.

“Perlawanan ini akan dilangsungkan pada 30 April di The 02 Arena di London jadi saya sangat memerlukan semua keluarga saya di UK untuk datang dan tunjukkan kasih sayang mereka, bukan hanya dari London tapi dari seluruh UK saya sangat memerlukan kamu semua kerana ia akan menjadi sangat gila.”

Jelas Evra dalam satu muat naik beliau di laman instagram.

Saleh sebelum ini pernah dikatakan hampir untuk bertarung dengan Youtuber terkenal, KSI namun dek kerana masalah perbezaan berat yang terlalu ketara, mara pertarungan itu tak dapat diteruskan.

KSI kemudiannya memilih untuk bertarung dengan Logan Paul dalam satu perlawanan amatur yang mana pertarungan tersebut berakhir dengan keputusan seri.

Kedua-dua mereka kemudiannya sekali lagi bertarung dalam satu perlawanan profesional, dengan KSI berjaya menewaskan Youtuber bermasalah itu.

Evra bukanlah satu-satunya bekas pemain bola sepak yang akan bertarung di acara tersebut, dengan bekas pemain midfield Tottenham Hotspur, Jamie O’Hara turut akan turun bertemu pakar penurunan berat badan, Kris Boyson.

Bekas peserta Love Island, Theo Campbell, Jack Fincham dan AJ Bunker juga dikatakan akan membuat kemunculan di acara tersebut.

Evra sememangnya meminati sukan tinju dengan beliau ketika kariernya sebagai pemain bola turut pernah hampir mengajak Luis Suarez bertumbuk.

Bahkan beliau turut pernah membatalkan niatnya untuk memukul Luis Suarez kerana memikirkan anak dan isteri bintang Uruguay itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Frenkie De Jong Main Bola Macam Pikul 50kg Kentang Atas Belakang