Frenkie De Jong Main Bola Macam Pikul 50kg Kentang Atas Belakang

Dirk Kuyt dan Ron Vlaar telah menyatakan pendapat yang sangat keras dan kejam mengenai prestasi Frenkie de Jong di Barcelona dan Ron Vlaar yang merupakan bekas pemain Aston Villa itu mendakwa pemain tengah itu ‘bermain seperti dia memikul 50 kilo kentang di belakangnya’.

Bunyi seperti satu kenyataan yang sangat kelakar namun itu hakikatnya prestasi Frenkie de Jong di mata Ron Vlaar dan legenda Belanda, Dirk Kuyt senada dan bersetuju dengan pendapat itu.

De Jong, 24 tahun, masih belum mencapai tahap tertinggi yang meyakinkan setara dengan nilainya yang dibayar Barcelona kepada Ajax sebanyak £65 juta pada tahun 2019.

Selepas tiga musim di Camp Nou, Frenkie De Jong telah melakukan 111 penampilan dengan menjaringakan 10 gol dan mencipta 14 bantuan gol sahaja.

Prestasi De Jong jika tidak diambil kira kepada tanda harga £65 juta yang dimilikinya tidaklah bagus atau buruk, sederhana saja. Namun De Jong merupakan prospek masa depan seperti gagal memenuhi potensi diri.

Pemain Belanda itu tidak dapat memberi inspirasi kepada Barcelona untuk memenangi perlawann Liga Juara-Juara pada malam Rabu, dengan kekalahan 3-0 mereka kepada Bayern Munich menyebabkan mereka tersingkir daripada pertandingan itu.

Kelab Catalan itu agak bernasib baik apabila masih lagi dapat meneruskan saingan di Europa League dan masih ada harapan kembali ke Champions League musim hadapan.

Dirk Kuyt dan Ron Vlaar nyata kesal dan mengeluh dengan prestasi pemain harapan itu dan bintang Liverpool itu berharap De Jong perlu memulihkan semula permainannya.

“Menentang Bayern Munich dia tidak mencari peluang walau seketika untuk melihat jika ada peluang untuk melakukan rembatan.’ Ujar Kuyt di stesen TV RTL 7.

“Saya ingin melihatnya, kerana dia sepatutnya terus menjadi pemain hebat yang berada di puncak Eropah. Permainan bermula dengan penuh berani [menyerang] dan jika sesiapa mempunyai keberanian dalam permainannya, itu adalah Frenkie de Jong.”

“Sudah sifatnya sentiasa mampu mengubah permainan, tetapi dia tidak mencari kedudukan untuk menjaringkan gol.”

Kualiti yang ada pada De Jong pada pandangan Kuyt sangat tinggi dan percaya pemain itu dapat mengubah perlawanan namun hampa kerana De Jong tidak berusaha mencari ruang dan peluang untuk menjaringkan gol.

Sementara itu, bekas pemain pertahanan Aston Villa, Vlaar berkata, De Jong kelihatan seorang lelaki yang mempunyai beban yang berat di bahunya, Vlaar percaya perpindahan dari Nou Camp akan memberi manfaat kepada pemain bernilai £65 juta itu.

Vlaar berkata:

“De Jong kini bermain bola sepak seperti dia mempunyai lima puluh kilo kentang di belakangnya. Anda tahu apa yang dia boleh bawa, tetapi bersama Barcelona ia tidak kelihatan.”

“Saya rasa dia benar-benar tidak berada pada tempatnya sekarang. Satu perubahan? Ke kelab lain? Saya fikir Frenkie akan bermain bola sepak secara berbeza untuk pasukan seperti Bayern Munich.”

Sama seperti Dirk Kuyt, Ron Vlaar juga menaruh harapan yang tinggi dan percaya De Jong merupakan seorang pemain yang hebat. Namun dengan tanda harga £65 juta sukar untuk De Jong mencari kelab lain.

Barcelona sudah pasti tidak aka melepaskan pemain itu dengan harga yang murah dan dengan prestasi semasanya tidak mungkin kelab akan berani melabur dengan harg yang tinggi.

Pada tahun 2019, Frenkie De Jong telah menggegar dunia bersama beberapa orang lagi rakannya seperti Dusan Tadic, Donny Van De Beek dan Matthijs de Ligt apabila tersenarai dalam calon 30 akhir Ballon d’Or.

Frenkie de Jong telah diundi untuk berada dikedudukan ke-11 di atas Kevin De Bruyne, Sergio Aguerodan Antoine Griezmann lantaran kecemerlangan beliau lalu telah menarik minat Barcelona.

Adakah Frenkie De Jong terkena sumpahan Ballon d’Or sama seperti Donny Van De Beek dan Matthijs de Ligt yang terus berada di prestasi yang biasa-biasa saja selepas dinobatkan antara yang terbaik di dunia?

Bila kali terakhir pemain muda dari Belanda menggegar dunia selepas Robbin Van Persie, Arjen Robben dan Wesley Sneijder? Hanya Memphis Depay yang hanya berjaya menggegar media sosial sebagai the next Ronaldo sebelum munculnya De Jong dan rakan-rakan.

Virgil van Dijk menggegar dunia bukan dari usia muda tetapi sudah memasuki usia matang majoriti pemain bola sepak kalau bukan sebab Liverpool power this is our year nak beli mungkin ramai tak kenal.

Ini juga dikatakan salah satu punca kejatuhan bola sepak Belanda, ramai pemain muda berbakat, bersama Ajax sekumpulan remaja mampu bersaing hingg ke separuh akhir Champions League.

Namun apabila disambar kelab handalan dunia mereka gagal memberikan yang terbaik seperti sebelum itu dan mungkin akan lenyap ditelan zaman.

Barcelona Terhumban ke Liga Europa

Kelab gergasi La Liga, Barcelona, telah mengalami satu peristiwa yang tak pernah terjangkau dek fikiran bukan sahaja para peminat mereka, malah peminat bola sepak di seluruh dunia khususnya.

Kelab Catalan tersebut telah sah akan bermain di Liga Europa pada tahun depan selepas tewas tiga gol tanpa balas kepada Bayern Munich di Allianz Arena.

Sebelum perlawanan bermula, anak buah Xavi sedar bahawa hanya kemenangan sahaja bakal menyelamatkan mereka sekaligus layak ke pusingan kalah mati. Pada masa yang sama, mereka juga berharap Dynamo Kiev dapat mencuri mata daripada Benfica agar mereka dapat meletakkan pasukan mereka di tangga kedua kumpulan.

Walaubagaimanapun, segala keputusan perlawanan Barcelona menjadi tidak lagi relevan sebaik sahaja Benfica berjaya menewaskan Kiev dua gol tanpa balas di tempat sendiri.

Barcelona memulakan perlawanan dengan longlai dan serba tidak menjadi. Kapten Sergio Busquets telah dilayangkan kad kuning seawal minit ketiga dan ketika perlawanan baru sahaja masuk ke minit yang ke-15, Ronald Araujo pula mendapat kad yang sama.

Pada minit keenam, Barcelona berjaya melakukan satu cubaan bahaya menerusi Jordi Alba yang merembat bola ke penjuru kanan gawang Bayern, namun penjaga gol Manuel Neuer dengan tenang menangkap kemas bola tersebut.

Minit ke-27 menyaksikan Bayern hampir mendahului lawan selepas anak buah Lim Tiong Kim, Thomas Mueller, melakukan larian bersama bola di sebelah kiri padang, sebelum menghantar bola ke dalam kotak penalti untuk disambar oleh bekas bakal pemenang Ballon d’Or, Robert Lewandowski.

Lewandowski bagaimanapun gagal menolak bola ke gawang Barcelona selepas Ter Stegen terlebih dahulu menampan bola tersebut.

Walaubagaimanapun, mimpi ngeri Barcelona bermula pada minit ke-33, berpunca daripada larian Lewandowski dari sebelah kiri padang. Dia kemudiannya menghantar bola ke dalam kotak penalti dan ditanduk secara gelembung oleh Mueller, melemaskan Ter Stegen, ke dalam gol Barca.

Araujo sempat menampan dan menendang keluar bola tersebut, namun dengan teknologi yang ada pada hari ini, pengadil telah mengesahkan bahawa bola sebenarnya sudah masuk ke dalam gol lantas membawa kepada teriakan kuat Mueller yang dapat didengari dengan jelas dek bermain di dalam stadium yang kosong tanpa kehadiran penyokong.

Pada minit ke 43, Leroy Sane telah memerah asam limau ke luka Barcelona apabila menjaringkan gol cantik sekali lagi menewaskan Ter Stegen.

Sebaik menerima bola daripada Kingsley Coman, Sane yang tidak dicabar terus melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti, membuatkan penjaga gol Barcelona sekadar mampu melihat dalam kelemasan meminta simpati.

Pada awal separuh masa kedua, Sane berpeluang untuk menjaringkan gol ketiga perlawanan. Dia yang sekali lagi menerima bola umpanan Coman di dalam kotak penalti dan hanya berhadapan dengan gol yang terbuka kerana Ter Stegen sudahpun terbaring, memilih untuk melakukan passing kepada penjaga gol Barcelona tersebut.

Sungguh mulia hati Sane. Mungkin dia ingin menjaga hati pemain Barcelona.

Walaubagaimanapun, pada minit ke-63, Jamal Musiala atau lebih dikenali sebagai Abang Jamal di kalangan pemain Bayern telah menamatkan cabaran Barcelona bukans sahaja dalam perlawanan ini, malah dalam Liga Juara-Juara apabila dia dengan mudah menolak bola cut back daripada Aphonso Davies dari sebelah kiri.

Gol ini ternyata merenggut semangat dan jiwa semua bangsa Barcelona di seluruh dunia.

Buat kali pertama sejak musim 2003-04, Barcelona gagal layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara UEFA, dan akan bermain dalam Liga Europa.

Kekalahan Barcelona ini mendapat perhatian para peminat bola sepak di seluruh dunia dan mereka menterjemahkannya ke dalam ciapan-ciapan mereka.

Tahun 2021 menyaksikan kejatuhan yang menjunam buat Barcelona. Mereka terpalit isu hutang kelab yang mencecah 1 billion Euro, tidak dapat membeli pemain baharu, dan paling berat, mereka terpaksa berpisah dengan pemain legenda – Lionel Messi – yang telah menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain.

Pada musim lalu, sebaik sahaja Ronald Koeman mengambil alih jawatan selaku ketua jurulatih, dia telah bertindak menyingkirkan beberapa pemain utama termasuk Luis Suarez yang kemudiannya menjulang kejuaraan La Liga bersama Atletico Madrid, manakala Barcelona sekadar berpuas hati di tangga ketiga.

Musim ini, selepas terperosok jauh di belakang pendahulu liga, Barcelona telah bertindak memecat Koeman dan memanggil legenda kelab, Xavi untuk mengendalikan pasukan.

Pada awalnya, pelantikan Xavi ini mendapat pujian dan perhatian para penyokong kelab Catalan ini memandangkan dia mempunyai rekod yang baik bersama pasukan di Liga Qatar, Al Sadd.

Tambahan pula, dia mampu mengatur pasukan tersebut untuk bermain bola sepak ala-ala tiki taka persis ketika era kemuncak Barcelona ketika dikendalikan oleh Joseph Guardiola.

Walaubagaimanapun, Xavi setakat ini dilihat masih belum mampu mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi oleh Barcelona ini.

BACA:  Barcelona Sudah Bercakap Dengan Calon Pengganti Ronald Koeman