Dota 2: Pasukan Dari China, Newbee Juara ESL One Genting 2018

Dalam perlawanan epik yang disaksikan ribuan penonton, Newbee berjaya menewaskan Liquid untuk merangkul gelaran juara ESL One Genting bagi edisi 2018.

Dengan kemenangan ini, Newbee berjaya membawa pulang  $160,000  (RM619,000) dan 200 mata DPC (Dota Pro Circuits). Manakala Liquid membawa pulang  $80,000 (RM309,000) disamping 120 DPC.

Calm before storm (Photo by ESL)

Jumlah mata DPC akan diambil kira untuk menentukan pasukan mana yang akan layak beraksi di The International 8 yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini.

Untuk saingan Grand Final, format yang digunakan adalah ‘Best Of 5’ dengan pasukan yang berjaya memenangi 3 perlawanan akan dinobatkan sebagai juara. Kedua-dua pasukan ini dianggap pasukan Tier 1 dalam arena Dota 2, dan tiada perbezaan ketara dapat dilihat dengan pertarungan memasuki Game 5 bagi menentukan juara.

Dalam perlawanan penentuan, pertarungan berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan dibiarkan menggunakan ‘Hero’ terbaik masing-masing. Newbee seperti biasa memilih untuk menggunakan ‘Naga Siren’ manakala Liquid memilih ‘Earth Spirit’ sebagai ‘support hero’.

Revenge is sweet (Photo by ESL)

Malangnya, strategi Liquid membiarkan Newbee menggunakan ‘Naga Siren’ jelas memakan diri kerana beberapa pertarungan dalam ‘Game 5’ berjaya dimenangi Newbee, hasil bantuan ‘Naga Siren’ yang dikawal Kaka.

Untuk rekod, Newbee memilih untuk menggunakan ‘Naga Siren’ sebanyak dua kali dalam Grand Final dan kedua-dua perlawanan tersebut berjaya dimenangi mereka.

Sebaik sahaja perkataan ‘GG’ dilaungkan pemain Liquid, semua ahli Newbee bersorak gembira dengan kemenangan ini. Mereka tewas di tangan Liquid pada saingan Grand Final The International 7 dengan cukup mudah dan akhirnya, dendam Newbee terhadap Liquid terlunas hari ini.

BACA:  Dota 2: Liquid & Newbee Bakal Berentap Merebut Juara ESL One Genting 2018