Dota 2: Liquid & Newbee Bakal Berentap Merebut Juara ESL One Genting 2018

ESL One Genting 2018 akhirnya memasuki fasa terakhir selepas Liquid dan Newbee mengesahkan tempat mereka dalam Grand Final yang bakal berlangsung pada petang esok di Resort World Genting.

16 pasukan berjaya melayakkan diri ke Genting untuk bersaing merebut wang keseluruhan berjumlah $400,000 dengan juara bakal membawa pulang $160,000.

Miracle (mid player Liquid) beraksi cemerlang ketika pasukannya mudah menjinakkan Evil Genius.

Dari 16 pasukan yang bertanding, hanya 6 pasukan sahaja berentap dalam ‘Main Stage’ yang disaksikan oleh ribuan peminat dari seluruh Asia Tenggara yang hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Dalam saingan separuh akhir (BO3) yang berlangsung hari ini, pasukan dari Eropah, Secret yang juga dianggotai seorang rakyat Malaysia (MidOne) telah ditewaskan pasukan dari China, Newbee dengan keputusan 2-0.

Perlawanan tersebut diserikan dengan kehadiran bekas pemain Fnatic, Ohaiyo dalam pasukan Secret. Beliau menggantikan tempat pemain ‘Offlaner’ Secret, Fata yang kurang sihat. Walaupun Secret tewas, peminat tempatan yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut gembira dengan adanya dua rakyat Malaysia bersaing dalam pertandingan tersebut.

Secret tiada jawapan terhadap strategi Newbee yang memilih Naga Siren sebagai salah satu hero sokongan mereka. Kedua-dua perlawanan menyaksikan Newbee menggunakan Naga Siren yang dikawal oleh ‘Kaka’.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menemukan pasukan dari Eropah, Liquid dan pasukan dari benua Amerika Utara, Evil Genius. Liquid tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena Dota 2 kerana mereka adalah juara bertahan The International dan berjaya mengekalkan prestasi baik sejak memenangi TI7.

Ohaiyo gembira kerana kembali beraksi tetapi beliau gagal bantu Secret mara ke Grand Final

Dalam perlawanan yang agak berat sebelah, Liquid mudah menewaskan cabaran Evil Genius yang diketuai oleh Misery dengan keputusan 2-0. Kapten Liquid, Kuroky membuktikan mengapa beliau adalah ‘drafter’ terbaik dunia ketika ini dengan mudah mematahkan setiap strategi yang dirangka Evil Genius.

Perlawanan pertama hanya hanya mengambil masa 22 minit sebelum Evil Genius menyerah kalah. Perlawan kedua menyaksikan skrip sama berlaku dengan Liquid mendahului skor perlawanan dari mula sehingga tamat saingan.

Bagi mereka yang ingin menonton saingan Grand Final petang esok, pastikan anda membuka laman sosial Facebook anda dan melayari laman ESL Dota 2 kerana Twitch tidak menunjukkan ESL One Genting.

Newbee pastinya ingin membalas dendam kekalahan mereka terhadap Liquid pada TI7 tahun lepas, dimana mereka mudah dijinakkan Liquid dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan Grand Final.

BACA:  TI10 Grand Final: Team Spirit Muncul Juara Bawa Pulang RM75.68 Juta