Dota 2: OG Juara The International 8, Bawa Pulang RM 45.82 Juta Selepas Tewaskan PSG LGD

OG Dota dinobatkan selaku juara The International 8 dan membawa pulang duit kemenangan berjumlah $11.2 juta (RM 45.82 juta) selepas mengenepikan cabaran pasukan pilihan dari China, PSG.LGD dalam pertempuran yang berlangsung lebih 5 jam.

The International merupakan kejohanan anjuran Valve dan dianjurkan setiap tahun. Kejohanan ini menjadi terkenal kerana menghimpunkan pemain terbaik Dota seluruh dunia dimana masing-masing merebut untuk memenangi ganjaran wang tunai yang tinggi.

OG dinobatkan sebagai juara The international 8 selepas menewaskan PSG.LGD 3-2 dalam aksi Grand Final awal pagi tadi. Dari kiri Cebs, Topson, Notail, Jerax, Ana

The International 8 mencipta sejarah baru apabila muncul kejohanan E-Sports yang paling tinggi menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang, memintas rekod lama yang dicipta tahun lepas menerusia The International 7.

The International 8 berjaya mengutip $25.4 juta (RM 103.92 juta) untuk dijadikan sebagai ‘prize pool’ dan diagihkan kepada 18 pasukan yang bertanding bergantung kepada kedudukan terakhir masing-masing.

PSG.LGD merupakan sebuah organisasi Dota 2 dari China yang menerima tajaan daripada Paris Saint-Germain. Ia turut dibarisi seorang pemain dari Malaysia iaitu ‘xNova’ atau nama sebenar Jian Wei Yap.

Walaupun tumpas dalam perlawanan Grand Final di tangan OG, PSG.LGD masih membawa pulang wang berjumlah $4 juta (RM 16.37 juta). Jika ditolak cukai dan ‘cutting’ kepada penaja, ‘xNova’ kini merupakan seorang jutawan hasil duit kemenangan dari kejohanan ini sahaja.

PSG.LGD, pasukan dari China yang menduduki tempat ke-2. Anak kelahiran Malaysia, ‘xNova’ berada dua dari kiri. Dari kiri Chalice, xNova, Fy, Somnues, Ame

Berbalik kepada aksi Grand Final awal pagi tadi, ia merupakan kali pertama pasukan yang melalui ‘Open Qualifier’ berjaya dinobatkan sebagai juara The International. Kesemua 7 pemenang sebelum ini hadir ke kejohanan tersebut sama ada melalui ‘Direct Invite’ atau menerima jemputan terus ke peringkat kelayakan benua.

OG juga turut memecahkan ‘sumpahan’ Dota 2 dimana ramai beranggapan The International tahun ini akan dimenangi pasukan dari China. Edisi The International sebelum ini dimenangi pasukan dari Barat dan China secara bergilir-gilir sehinggalah OG berjaya memecahkan sumpahan tersebut tahun ini.

OG tiba di Vancouver, Kanada selaku pasukan bukan pilihan selepas pasukan tersebut melalui transformasi besar 3 bulan yang lalu. OG terpaksa melakukan rombakan pada saat akhir selepas dua pemain asalnya, Fly dan S4 meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai Evil Geniuses.

Johan “N0tail” Sundstein terpaksa memanggil kembali bekas pemain mereka dahulu, Anathan “Ana” Pham dan seorang pendatang baru dalam kancah profesional Dota 2, Topias “Topson” Taavitsainen. Bersama dua lagi pemain sedia ada iaitu Jerax dan Cebs, OG terpaksa melalui ‘Open Qualifier’ untuk layak beraksi di The International 8.

‘Notail’ nyata terkena jackpot apabila ‘Ana’ dan ‘Topson’ berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang beraksi di Main Event. OG berjaya menewaskan pasukan ternama seperti VGJ.Storm, Evil Geniuses dan PSG.LGD untuk layak ke saingan Grand Final.

PSG.LGD berjaya menewaskan Evil Geniuses dalam sainganan final ‘Lower Bracket’ untuk bertemu OG sekali lagi dalam Grand Final.

PSG.LGD berjaya menewaskan Evil Geniuses dalam sainganan final ‘Lower Bracket’ untuk bertemu OG sekali lagi dalam Grand Final

PSG.LGD pada satu ketika berjaya mendahului 2-1 dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk membawa pulang ‘Aegis of Immortal’ kembali ke China. Tetapi OG berjaya mempamerkan kebangkitan luar biasa pada Game 4 untuk mengikat kedudukan seterusnya membawa aksi Grand Final ke Game 5.

PSG.LGD beraksi baik pada awal perlawanan tetapi satu kesilapan ketika bertarung di ‘Roshan Pit’ menyebabkan OG kembali mendapat kelebihan. Kelebihan tersebut tidak dipersiakan ‘Notail’ dan rakan-rakannya untuk mencipta sejarah memenangi The International buat kali pertama dalam karier masing-masing.

BACA:  "Datang Latihan Dalam Keadaan Mabuk" - Neymar Dihentam Kerana Merosakkan Nama Kelab