Dota 2: Legenda Dota Malaysia, Mushi Bantu Mineski Bawa Pulang Hadiah Bernilai RM1.4 Juta

Mineski berjaya mengejutkan dunia E-Sports apabila menjuarai Dota 2 Asia Championship 2018 yang berlangsung selama 10 hari di Shanghai, China dengan menewaskan LGD Gaming 3-2 dalam aksi Grand Final.

Mineski membawa pulang wang hadiah kemenangan bernilai $370,000 dan turut memungut 750 mata DPC (Dota Pro Circuit). Mereka juga mencipta sejarah baru dalam Dota 2 apabila muncul pasukan pertama dari Asia Tenggara menjuarai kejohanan berstatus ‘Major’.

Pasukan yang berpengkalan di Asia Tenggara itu mara ke Grand Final untuk bertemu pasukan tuan rumah, LGD Gaming dalam BO5 (Best of 5). Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang memukau dan berjaya membawa pertarungan sehingga ke perlawanan penentuan iaitu perlawanan ke-5.

Mineski dibarisi dua rakyat Malaysia iaitu legenda Dota 2, Mushi dan Moon. 3 lagi pemain Mineski adalah Ninjaboogie, IceIceIce dan Jabz.

Kedua-dua pasukan ini berjaya mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang kejohanan dengan masing menduduki tangga ke-2 ketika peringkat kumpulan.

Mineski mara ke Grand Final melalui upper bracket dengan menewaskan Optic Gaming, Vici Gaming, dan LGD.

LGD pula menewaskan Evil Genius, Team Liquid dan bertemu Mineski dalam aksi final Upper Bracket. Mereka tewas dalam perlawanan tersebut dan turun ke Lower Bracket untuk bertemu juara major 3 kali musim ini, Virtus Pro.

LGD berjaya mengenepikan cabaran Virtus Pro untuk mara ke Grand Final untuk bertemu Mineski sekali lagi.

Juara DAC 2018. Dari kiri Mushi, Ice3x, Moon, Ninjaboogie, dan Jabz

Dengan kemenangan Mineski ini, mereka kini menduduki tempat ke-4 dalam ranking DPC. Musim ini menyaksikan Valve memperkenalkan sistem DPC untuk menentukan pasukan mana yang akan mendapat jemputan tanpa bertanding untuk beraksi dalam kejohanan terulung Dota 2, The International.

Pasukan yang berada dalam Top 8 tidak perlu melalui pusingan kelayakan dan terus layak untuk beraksi di The International 8 yang bakal berlangsung di Seattle, Kanada pada Ogos nanti.

Berikut adalah keputusan penuh Dota 2 Asia Championship yang berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April 2018.

1st place: $370,000 + 750 DPC – Mineski
2nd place: $135,000 + 450 DPC – LGD Gaming
3rd place: $105,000 + 225 DPC – Virtus.pro
4th place: $85,000 + 75 DPC – TNC Pro Team
5th-6th place: $67,500 – Vici Gaming, Team Liquid
7th-8th place: $35,000 – Evil Geniuses, OpTic Gaming
9th-12th place: $15,000 – Newbee, VGJ.Thunder, Invictus Gaming, Team Secret
13th-16th place: $10,000 – OG, Effect, Keen Gaming, paiN Gaming

BACA:  Dota 2: Kuala Lumpur Bakal Jadi Hos Major Pertama Bagi Musim Baru 'Dota Pro Circuits'