Dota 2: ‘Midone’ Bantu Team Secret Menangi Chongqing Major, Bawa Pulang RM1.4 Juta

Team Secret akhirnya berjaya membalas dendam atas apa yang berlaku di Kuala Lumpur Major apabila mudah menewaskan seteru utama, Virtus Pro dalam aksi Grand Final Chongqing Major semalam.

Team Secret dibarisi oleh ‘Midone’ atau nama sebenarnya Yeik Nai Zheng yang kini berusia 22 tahun. ‘Midone’ bermain sebagai ‘mid player’ dan tahun ini adalah tahun ke-2 beliau bersama pasukan tersebut.

Midone [paling kiri] bersama rakan-rakannya menjulang trofi Chongqing Major
Selain ‘Midone’, Team Secret turut dibarisi oleh Puppey (kapten), Nisha, Yapzor dan Zai.

Chongqing Major merupakan kejohanan bertaraf Major anjuran Valve dan menawarkan hadiah wang terkumpul berjumlah $1 juta [RM 4.1 Juta].

Selepas menewaskan Evil Geniuses di Lower Bracket Final, Team Secret mempunyai peluang membalas dendam tewas di tangan Virtus Pro dalam Kuala Lumpur Major beberapa bulan yang lalu.

Ia sememangnya pertemuan yang sangat dinanti-nantikan seluruh peminat Dota 2 kerana Team Secret dan Virtus Pro dianggap pasukan pilihan sejak awal dan mereka berjaya menepati ramalan dengan masing-masing layak ke Grand Final.

Perlawanan pertama dan kedua berlangsung dalam keadaan berat sebelah dengan Team Secret mudah menewaskan Virtus Pro dalam masa kurang 20 minit.

Perlawanan ketiga berlangsung dengan sengit sehingga 40 minit dengan Virtus Pro berjaya menyerap  tekanan awal dari Team Secret untuk menajadikan kedudukan 2-1.

Perlawanan ke-4 berlangsung dengan Team Secret menggunakan strategi ‘IO draft’. Starategi tersebut nyata membuahkan hasil apabila Virtus Pro tidak mempunyai jawapan untuk menangkis strategi tersebut dan mengaku kalah pada minit ke-31.

Dengan kemenangan ini, Team Secret berjaya membawa pulang $350,000 [RM 1.4 Juta] disamping mengutip 4,950 mata Dota Pro Circuits (DPC).

Kemenangan ini juga memastikan tempat Team Secret dalam The International 2019 yang bakal berlangsung di China pada penghujung tahun ini. Virtus Pro menjadi pasukan pertama layak ke pertandingan tersebut kerana mereka memenangi Kuala Lumpur Major sebelum ini.

Hadiah Chongqing Major

1. $350,000 USD
2. $170,000 USD
3. $100,000 USD
4. $80,000 USD
5-6. $60,000 USD
7-8. $40,000 USD
9-12. $15,000 USD
13-16. $10,000 USD

BACA:  Dota 2: Ohaiyo Sifatkan Tindakan Fnatic Sebagai Kejam dan Pentingkan Diri