Drama Ini Gunakan Jersi Liverpool Untuk Lap Air Kencing

Drama Jujurlah Aku Nikahi Aku, telah mencetuskan kemarahan penyokong Liverpool yang kebanyakkannya hati tisu dan tak boleh disentuh.

Kebanyakkan penyokong mereka kan jenis boleh mengata orang tapi tak boleh bila orang balas. Jenis dia je betul lepas tu taip panjang nak bagi nampak bijak dan cool.

Lebih malang yang datang menyokong kawan-kawan jenis yang sama. Dah jadi syok sendiri, lama sangat hidup lagu tu.

Dalam satu adegan drama adaptasi novel itu, jersi Liverpool telah digunakan untuk mengelap air kencing selepas lelaki berkerusi roda itu terkencing. Sesuai ke tak?

Lelaki: Kau cakap dengan aku! Kau lap sekarang!! lap sekarang, lap!

Perempuan: Uhuk..uhuk..(Teriok supo beruk.)

Lelaki: Lagi satu. Ini bukan team kesukaan aku tau!! Ini bukan team kesukaan aku!!! Ini team sampah!!

Perempuan: Uhuk..uhuk..(Teriok supo beruk lagi.)

Kemudian diambil jersi Liverpool yang sudah dihina itu lalu dilempar ke muka disuruh minum.

Perempuan itu gelepar dodam-dodam(menggelupur) mungkin kerana jersi Liverpool bukan kerana air kencing.

Watak laki tu nama Zarif tak silap dan perempuan nama Nurin.

Kenali Drama Jujurlah Nikahi Aku

Jujurlah Nikahi Aku adalah drama yang diadaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah untuk slot Drama Vaganza, Astro Ria.

Drama adaptasi ini Menampilkan lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura dan ramai lagi.

Mula bersiaran pada 27 Januari 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Astro Ria bagi menggantikan drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang telah melabuhkan tirainya pada 25 Januari 2020 yang lalu.

Drama Jujurlah kau nikahi aku ini diarahkan oleh Rashid Sibir yang terkenal dengan drama yang menyentuh hati dan melelehkan air mata.

Pelakon

1. Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyifa

2. Sean Lee sebagai Alan Wong

3. Amar Asyraf sebagai Ahmad Zarif

4. Rita Nadira sebagai Zurin

5. Raja Azura sebagai Puan Azah

6. Hamidah Wahab

7. Zaidi Omar

Sinopsis

Mengisahkan Nurin Asyifa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki.

Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri.

https://www.instagram.com/p/B9Q2tX3DPrv/

Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.

Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya.

Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanis. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama.

Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati.

BACA:  Pemain Ini Memegang dan Membaling Bola Kepada Lawan