Kerana Jersi Liverpool Jadi Kain Lap Air Kencing Peminat Ini Membuat Laporan

Seorang peminat Liverpool telah membuat satu laporan kepada Kelab Premier League itu selepas jersi Liverpool telah dijadikan kain lap air kencing dalam drama Jujurlah Aku Nikahi Aku.

Tenyata babak dalam drama Jujurlah Aku Nikahi Aku itu telah mengoyakkan jiwa seorang penyokong yang terlalu menusuk kalbu dan menyakitkan hati.

Peminat tersebut telah menghantar aduan itu melalui laman sesawang rasmi Liverpool pada ruangan hubungi kami.

“Laporan Produksi Filem Malaysia Menganjing Berlebihan Terhadap Liverpool.”

“Aku seorang peminat Liverpool FC dari Malaysia.”

“Pautan di bawah merupakan satu babak daripada siri filem Malaysia.”

“Pada aku ini merupakan sesuatu yang memalukan kelab, bola sepak dan sukan seluruh dunia.”

“Ini sangat melampau dan aku boleh jelaskan ini merupakan satu perkara perkauman kepada seluruh kelab.”

“Sangat tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Tolong ambil tindakan kepada produksi filem dan syarikat televisyen.”

“Jika tidak mereka akan lakukan lagi dan lagi.”

Nampak macam kelakar dan tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Jangan main-main dengan jiwa yang koyak.

“#LFC OK setel .. dah kena report .. kita tunggu nanti mcm mana … buat drama dh lah bangang ..” Ujar beliau dalam satu hantaran di laman muka buku.

Laporan ini telah menjadi tular dan bualan warganet dan ada yang menyokong tindakan laporan ini dan sudah pasti ramai menjadikan perkara ini sebagai bahan jenaka.

Adakah mengelap menggunakan jersi Liverpool dalam drama merupakan satu yang berunsur perkauman?

Drama Ini Gunakan Jersi Liverpool Untuk Lap Air Kencing

Drama Jujurlah Aku Nikahi Aku, telah mencetuskan kemarahan penyokong Liverpool yang kebanyakkannya hati tisu dan tak boleh disentuh.

Dalam satu adegan drama adaptasi novel itu, jersi Liverpool telah digunakan untuk mengelap air kencing selepas lelaki berkerusi roda itu terkencing. Sesuai ke tak?

Lelaki: Kau cakap dengan aku! Kau lap sekarang!! lap sekarang, lap!

Perempuan: Uhuk..uhuk..(Teriok supo beruk.)

Lelaki: Lagi satu. Ini bukan team kesukaan aku tau!! Ini bukan team kesukaan aku!!! Ini team sampah!!

Perempuan: Uhuk..uhuk..(Teriok supo beruk lagi.)

Kemudian diambil jersi Liverpool yang sudah dihina itu lalu dilempar ke muka disuruh minum.

Perempuan itu gelepar dodam-dodam(menggelupur) mungkin kerana jersi Liverpool bukan kerana air kencing.

Watak laki tu nama Zarif tak silap dan perempuan nama Nurin.

BACA:  Pemain Ini Memegang dan Membaling Bola Kepada Lawan