Dua Gergasi Eropah Berebut Mahu Dapatkan Khidmat Jesse Lingard

Dua gergasi Eropah dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani Jesse Lingard, dengan AC Milan dan Barcelona dilaporkan sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan tandatangan bintang Manchester United itu.

Lingard pada musim ini hanya sekali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama United dalam semua pertandingan.

Yang mana beliau diturunkan dalam kesebelasan utama United, ketika aksi kekalahan 1-0 di tangan West Ham United di Old Trafford dalam saingan Carabao Cup.

Beliau walau bagaimanapun berjaya menunjukkan impaknya ketika dimasukkan sebagai pemain gantian, dengan menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 4-1 menewaskan Newcastle, dan 2-1 menewaskan West Ham dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu sepertinya bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas akan datang, selepas beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Beliau boleh meninggalkan kelab sebagai pemain berstatus free ejen pada musim panas akan datang selepas kontraknya tamat.

The Daily Mail melaporkan yang kedua-dua AC Milan dan Barcelona sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu.

Lingard menikmati karier yang menakjubkan ketika beliau beraksi bersama West Ham sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.

Dari hanya 16 penampilan sahaja, Lingard sudah berjaya menjaringkan sembilan gol, dan memberikan impak yang sangat mengagumkan untuk The Hammers.

Bekas pemain West Ham, Trevor Sinclair turut mempersoalkan mengapa beliau tidak terus kekal beraksi bersama The Hammers selepas selesai perjanjian pinjaman.

“Jika dia tidak memberi mereka jaminan dan menandatangani perjanjian baru, maka dia jelas sekali tidak ada cita-cita sebagai seorang pemain.”

“Saya sedikit keliru tentang mengapa dia tidak mahu menandatangani perjanjian tetap bersama West Ham.”

“Dia sangat disayangi di sana dan dia juga pemain penting. Dia hanya bermain sekali sahaja untuk Manchester United pada tahun 2021, tapi bermain 16 kali untuk West Ham dan menjaringkan gol yang banyak untuk skuad England.”

“Kenapa kamu tidak mahu berada dalam persekitaran itu?”

Persembahan hebatnya bersama West Ham membawa Lingard untuk kembali menyertai skuad kebangsaan England, namun sayangnya beliau terpinggir dari skuad 26 pemain yang beraksi dalam saingan Euro 2020.

Seandainya Lingard meninggalkan Old Trafford, ia bermaksud karier 20 tahun beliau bersama Manchester United akan berakhir.

Sepanjang kariernya bersama kelab dari zaman kanak-kanaknya, Lingard berjaya memenangi FA Cup, League Cup, Europa League dan Community Shield.

Beliau telah banyak mencipta detik-detik indah yang akan senantiasa dikenang oleh para peminat, terutama penyokong Manchester United.

Melihatkan khidmatnya tidak begitu diperlukan dan beliau sukar untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama, sepertinya Lingard perlu berhijrah menyertai pasukan lain demi kebaikan masa depannya.

AC Milan dan Barcelona jelas sekali merupakan dua kelab terhebat dalam dunia bola sepak, dan dengan menyertai dua gergasi Eropah tersebut, Lingard tentunya akan menikmati pengalaman yang sangat bermakna dalam kariernya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Barcelona Masih Menjual Jersi Messi Walau Bintang Argentina Itu Sudah Sertai PSG