Jesse Lingard Terima Tawaran Luar Biasa Lumayan Dari Arab Saudi

Jesse Lingard dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menerima tawaran bernilai £10 juta setahun dari Arab Saudi selepas beliau kini sah menjadi pemain bebas ejen.

Pemain berusia 29 tahun itu akan meninggalkan kelab kesayangan beliau, Manchester United selepas 22 tahun beliau berkhidmat untuk skuad setan merah.

Kontrak beliau bersama kelab telah tamat pada penghujung musim 2021/22 dan beliau kini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran dari pelbagai kelab.

Lingard berjaya menarik minat beberapa kelab dalam dunia bola sepak yang benar-benar berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Salah sebuah kelab dari Arab Saudi bersedia untuk menawarkan gaji yang sungguh luar biasa lumayan kepada Jesse Lingard seandainya beliau mahu beraksi di negara Timur Tengah itu.

Ia merupakan peningkatan gaji yang sangat mendadak yang bakal diterima oleh Lingard seandainya beliau bersetuju untuk menyertai kelab Arab Saudi tersebut.

Menurut sumber laporan David Ornstein dari The Athletic, pemain kebangsaan England itu pada ketika ini sedang mempertimbangkan kesemua tawaran yang beliau terima itu.

Everton pada ketika ini sedang memantau perkembangan terkini Jesse Lingard dengan mereka dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan bekas bintang Man Utd itu.

Lingard juga dikatakan tidak akan melengkapkan perpindahan menyertai mana-mana kelab dalam saingan MLS walaupun beliau pernah mengadakan rundingan bersama bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney yang kini sedang mengendalikan D.C United.

West Ham United masih berminat untuk mendapatkan khidmat Lingard dan mereka pada ketika ini dikatakan sedang berunding dengan bintang England itu.

Selepas gagal untuk membuat sebarang penampilan dalam saingan Premier League bersama Man United, Lingard menghabiskan suku kedua musim 2021/22 bersama West Ham sebagai pemain pinjaman.

Beliau berjaya memberikan impak yang sungguh luar biasa dasyat untuk kelab dari London itu dan kerana itulah West Ham sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Beliau berjaya menjaringkan sembilan gol dan mencatatkan lima assists dari 16 penampilan dan berjaya mendapatkan tempat dalam skuad England.

Ramai yang percaya beliau bakal melengkapkan perpindahan secara tetap untuk menyertai West Ham United pada musim panas ini.

Namun begitu, tidak pasti ke mana sebenarnya destinasi pilihan Lingard kerana beliau sepertinya masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana kelab.

Rakan sepasukannya di Old Trafford, Cristiano Ronaldo turut pernah mendapat tawaran yang sungguh menakjubkan dari Arab Saudi.

Cristiano Ronaldo terima tawaran luar biasa menakjubkan dari Arab Saudi

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo telah ditawarkan kontrak mega untuk bermain di Arab Saudi.

Menurut media Portugal, CNN Portugal, sebuah kelab terkenal di Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan yang mereka sanggup mengeluarkan dana luar biasa dasyat untuk mendapatkan bintang Manchester United itu.

Ronaldo bahkan turut ditawarkan tawaran gaji yang sungguh lumayan, melebihi apa yang pernah beliau terima ketika bersama Juventus sebelum ini.

Kelab dari Arab Saudi itu juga sanggup membayar €30 juta kepada Manchester United untuk mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.

Nilai €30 juta itu sebenarnya sudah cukup lumayan memandangkan Man Utd sendiri mengeluarkan dana yang jauh lebih rendah ketika membawa Ronaldo ke Old Trafford dari Turin.

Seandainya Ronaldo bersetuju untuk melengkapkan perpindahan tersebut, beliau dijangka akan menerima £105 juta setahun, dan ia bermaksud beliau bakal membawa pulang £210 juta selama dua musim di Arab Saudi.

Kelab tersebut turut menawarkan bonus mega bernilai £20 juta kepada Mendes sebagai bayaran agent fees.

Cristiano Ronaldo telah mencetuskan sensasi dalam dunia bola sepak selepas beliau meminta pihak kelab untuk melepaskan beliau pada musim panas ini.

Bintang Portugal itu meminta pihak kelab supaya melepaskan beliau seandainya ada tawaran yang memuaskan hati dalam tempoh beberapa minggu ini.

Ia merupakan berita yang dilaporkan oleh The Times yang mendakwa bahawa pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu mahu meninggalkan kelab kerana beliau mahu beraksi di pentas saingan Champions League.

Manchester United gagal untuk mendapatkan slot ke saingan Champions League musim ini selepas mereka mengakhiri saingan Premier League musim lalu di kedudukan keenam sahaja.

Ronaldo tidak sanggup mahu beraksi di pentas saingan Europa League dan kerana itu beliau meminta pihak kelab untuk melepaskannya.

Bahkan, pemain berusia 37 tahun itu turut percaya yang beliau masih boleh beraksi selama tiga ke empat tahun lagi di pentas bola sepak profesional.

Memandangkan pemain penyerang berpengalaman itu pada ketika ini sedang memasukki tahun terakhir dalam kontraknya, maka ramai yang percaya beliau tidak akan kekal bersama kelab pada musim baru nanti.

Hal berkait masa depan beliau terus menjadi topik perbualan hangat para peminat dengan Ronaldo juga masih belum menyertai skuad Man United pada aksi pra-musim ini.

Bulan lalu, ejen beliau dilaporkan telah mengadakan rundingan bersama pemilik Chelsea, Todd Boehly berkait urusan perpindahan bekas bintang Juventus dan Real Madrid itu.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Boehly terbang ke Portugal untuk bertemu Jorge Mendes dan kedua-dua mereka berunding berkait potensi untuk Ronaldo ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bayern Munich turut dikaitkan dengan pemain penyerang berusia 37 tahun itu dengan Jorge Mendes dilaporkan telah menawarkan sendiri Ronaldo kepada gergasi Bundesliga itu.

Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan dari media Jerman yang mendakwa selepas tamat rundingan tersebut, CEO kelab, Oliver Kahn dan sport director kelab, Hasan Salihamidzic telah menolak untuk menandatangani bintang Portugal itu.

Bayern Munich tidak mempunyai perancangan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo dan kerana itulah CEO dan sporting director kelab menolak untuk meneruskan rundingan tersebut.

Hal itu turut menyebabkan Mendes terpaksa mengalihkan perhatian beliau untuk mencari kelab lain, dan pada bulan lalu, media Itali La Gazzetta dello Sport telah mendedahkan yang super ejen itu turut menawarkan Ronaldo kepada kelab-kelab dalam saingan Serie A.

Mendes menawarkan Ronaldo kepada AS Roma yang pada ketika ini sedang dikendalikan oleh bekas pengurus Ronaldo sendiri, Jose Mourinho.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jesse Lingard Bakal Raih Pendapatan Tertinggi di Newcastle?