Pogba dan Lingard Sah Meninggalkan Manchester United

Manchester United telah mengesahkan secara rasmi bahawa Paul Pogba yang terkenal dengan dandanan rambut dan pemain berwajah bayi, Jesse Lingard akan meninggalkan Old Trafford.

Kedua-dua pemain ini meninggalkan Manchester United selepas kontrak mereka sudah sampai ke penghujung dan tidak mencapai kata sepakat untuk meneruskan hubungan untuk masa depan.

Paul Pogba telah lama menjalinkan hubungan dengan Manchester United sejak menyertai Akademi kelab itu dari Le Havre pada usia hanya 16 tahun.

Lelaki Perancis yang berbakat besar itu dengan pantas mendaki untuk ke puncak karier dengan aksi meyakinkan bersama skuad bawah-18 dan kemudian terus naik ke pasukan simpanan.

Pogba mula menarik perhatian secara meluas bersama pasukan Piala Belia yang mencapai kejayaan ke-10 kelab yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 2011, bermain dalam kedua-dua perlawanan akhir tahun itu menentang Sheffield United.

Musim berikutnya, dia diberikan penampilan sulung pasukan utama di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, dalam kemenangan 3-0 Piala Liga di tempat lawan di Leeds United.

Tetapi pada musim panas 2012, disebabkan persaingan sengit untuk mendapat tempat di Old Trafford serta sikapnya, Pogba menyertai kelab gergasi Itali, Juventus.

Pogba dengan cepat mengecap kejayaan di Piedmont, membantu La Vecchia Signora menjulang empat gelaran Serie A berturut-turut dan beberapa Coppa Italia.

Bagaimanapun, pada 2016, Pogba membuat keputusan penuh emosi untuk kembali ke Old Trafford, dalam usaha untuk meneruskan karier gemilang di United selepas pergi pada musim 2011/12.

Tanda pagar #Pogback dan #Pogdab tular ketika kepulang semula Pogba di mana ketika itu Pogba disebut bakal menjadi masa depan Setan Merah dengan permainan berpaksikan kepada kreativitinya.

Kehadiran kembali Pogba telah memperkasakan jentera tengah Setan Merah dibawah kendalian Jose Mourinho dan musim pertama diharungi dengan agak gemilang.

Paul Pogba telah memberi sumbangan besar membawa Manchster United mara ke dua perlawanan akhir iatitu Piala Liga dan juga Europa League pada musim 2016/17.

Piala Liga menemukan Manchester United dan Southampton di mana jaringan lewaw Zlatan Ibrahimovich memberi julangan piala kepada Setan Merah.

Dalam final Europa League di Solna, Stockholm pula Pogba telah menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 ke atas Ajax hanya beberapa hari selepas Manchester Arena dibom.

Musim keduanya 2017/18, Pogba terus memukan membantu Setan Merah menamatkan Premier League ditangga kedua dan Mourinho menganggap ini sebagai antara kejayaan terbaik dalam kariernya.

Kemudian Pogba dan Mourinho yang berhubungan mesra sebelum ini telah mengalami keberantakan dan mula disisihkan, Mourinho pula telah dipecat.

Ole Gunnar Solskjaer datang mengganti dan dalam tempoh pengurusan Ole, Pogba banyak bermain tarik tali apabila ejennya sering mengugut Pogba mahu berpindah.

Pogba membuat 223 penampilan bersama Setan Merah dan perlawanan terakhirnya berakhir dalam tempoh 10 minit dengan kekalahan memalukan kepada Liverpool di Anfield.

Jesse Lingard mempunyai karier panjang selama 20 tahun bersama United apabila menyertai Setan Merah pada 2001 di usia 7 tahun untuk bersama pasukan bawah 9 tahun.

Pemain berwajah bayi ini bergandingan bersama Pogba untuk menjuara Piala Belia pada 2011 dan menjadi antara pemain kelahiran akademi yang berjaya pecah ke pasukan utama.

Louis Van Gaal merupakan pengurus bertanggungjawab memberi Lingard debut bersama skuad senior pada tahun 2014 dan sejak itu Lingar terus kekal bersama pasukan utama.

Lingard menjaringkan enam gol dalam 40 penampilan di semua pertandingan sepanjang kempen 2015/16 itu, termasuk kemenangan masa tambahan yang menakjubkan di Wembley ketika United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Crystal Palace di final Piala FA dan melakar kemenangan ke-12 dalam pertandingan itu.

Lingard membuat debut bersama England pada 2016 dan paling padu adalah semasa Krismas 2017 apabila Lingard menjaringkan 9 gol dalam 13 perlawanan untuk Jose Mourinho dan menjadi pemain terbaik bulanan.

Sejak perginya Mourinho, Lingard menjadi suam-suam kuku dibawah Ole Gunnar Solskjaer dan membuka mata ramai ketika dipinjamkan ke West Ham United apabila menjaringkan 9 gol dalam 16 perlawanan.

Lingard kembali dan mula mendapat minit permainan walaupun sedikit dan akhirnya memilih untuk membawa haluan sendiri bersama kelab baharu.

BACA:  Pogba Berhadapan Hukuman Gantung 4 Tahun Kerana Doping