Paul Pogba Diperas Ugut Abang Dan Kawan Sebanyak RM57.88 Juta

Pemain bola sepak terpaling kontroversi, Paul Pogba dilaporkan telah diperas ugut oleh abang kandungnya sendiri dan juga kawan sejak kecil dari zaman pensabunan sebanyak RM57.88 Juta bersamaan €13 juta.

Lantaran itu Paul Pogba telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap abangnya, Mathias Pogba dan juga rakannya itu demi sebuah keadilan.

Mathias Pogba telah mencetuskan kontroversi besar di atas talian apabila telah memuat naik video selama tiga minit dan berjanji akan mendedahkan maklumat rahsia mengenai Paul Pogba.

Abang Pogba yang berusia 32 tahun itu memberi bayangan akan berkongsi rahsia kerana rakan sepasukan Pogba dan penaja patut mengetahui beberapa perkara mengenai Paul Pogba.

Dalam video itu terpalit nama pemain bintang berkuasa pemilik kelab yang juga rakan senegara Pogba, Kylian Mbappe.

“Rakyat Perancis, Itali, England dan Sepanyol berhak mengetahui beberapa perkara. Pada asasnya, seluruh dunia, termasuk peminat abang saya di Perancis, Juventus dan penajanya,” kata Mathias Pogba dalam videonya.

“Mereka mesti mempunyai maklumat dan membuat keputusan sama ada dia layak mendapat penghormatan atau kasih sayang peminat. Sama ada dia layak bermain di kesebelasan utama Juventus dan tempat dalam pasukan kebangsaan Perancis di Piala Dunia.”

Matthias menyatakan dia akan mendedahkan kebenaran dalam beberapa hari lagi. Pogba kemudian membuat laporan polis terhadap abangnya sendiri.

Kerana video yang mengejutkan itu. Di mana Pogba telah memaklumkan penyiasat polis bahawa abangnya, Mathias, telah menjadi sebahagian daripada ahli kongsi gelap yang cuba memeras ugutnya untuk mendapatkan €13 juta.

Pendakwa raya negara Perancis telah membuka penyiasatan ke atas kemungkinan percubaan memeras ugut oleh gangster secara terancang.

Paul Pogba menuduh Mathias Pogba kemudiannya membuat keyataan media sosial mendakwa bahawa media cuba memutar belit dan abangnya telah berbohong kepada pihak berkuasa Itali.

Dalam pelbagai temu bual dengan pihak berkuasa, Paul Pogba difahamkan berkata dia telah diperangkap oleh rakan zaman kanak-kanak dan dua lelaki bertopeng bersenjatakan senapang semasa kejadian di Paris.

Kumpulan yang menuntut €13 juta daripadanya, yang mana abangnya Mathias Pogba akan menjadi sebahagian daripadanya.

Juara dunia 2018 itu mendakwa menjadi mangsa ugutan dan cubaan peras ugut daripada abangnya dan rakan-rakan zaman kanak-kanaknya.

Menurutnya, kumpulan itu meminta €13 juta daripadanya dan telah menakut-nakutkannya beberapa kali sejak itu, termasuk pergi ke pusat latihan Juventus di Turin, di mana dia memberitahu polis bahawa dia mengenali abangnya Mathias Pogba antara suspek yang terlibat.

Antara 25 dan 29 Mac, ketika pasukan kebangsaan Perancis menjadi tuan rumah kepada Ivory Coast dan Afrika Selatan dalam perlawanan persahabatan, Paul Pogba mengambil kesempatan untuk melawat keluarganya di Lagny-sur-Marne.

Rakan-rakannya itu kemudiannya didakwa telah mengheretnya ke sebuah apartmen di Paris, di mana mereka telah menyalahkan Pogba kerana tidak membantu mereka dari segi kewangan sejak dia menjadi pemain profesional.

Menurut mereka, Pogba lupa daratan dan tidak langsung memberikan mereka bantuan kewangan sebagai seorang rakan.

Di antara mereka, dua lelaki bersenjata menuntut €13 juta untuk ‘perkhidmatan perlindungan’ yang diberikan kepada Pogba, mendakwa bahawa mereka telah melindunginya secara diam-diam selama 13 tahun.

Juara dunia 2018 itu meyakinkan penyiasat bahawa dia telah melihat pemeras ugut tersebut beberapa kali, terutamanya pada April di Manchester, kemudian pada Julai di pusat latihan Juventus di Turin.

Di Turinlah dia mengenali abangnya Mathias rupa rupanya mempunyai hubungan terlibat sebagai antara orang yang dituduh menakut-nakutkannya.

Selepas episod mengejutkan dan tak masuk akal itu, Paul Pogba mendekati peguam kelabnya yang memutuskan untuk memberitahu polis.

Semasa temu bual dengan polis, pemain Juventus itu menjelaskan kepada penyiasat dari Direktorat Pusat Polis Kehakiman bahawa dia sentiasa rapat dengan rakan-rakan zaman kanak-kanaknya dan dia tidak pernah teragak-agak untuk membantu mereka dari segi kewangan ketika mereka memerlukan.

Sehinggalah pada Januari tahun lalu, apabila dia terpaksa menghalau seorang kawannya dari rumahnya yang dia ajak tinggal di Manchester. Dia berbuat demikian kerana menyedari individu ini telah menggunakan kad kreditnya dan mencuri €200,000 daripada kad itu.

Selain peras ugut, elemen mistik juga dikaitkan. Mereka cuba menuduh Pogba cuba menyihir dan menyantet Kylian Mbappé kerana cemburu dengan pemain itu. Pogba sama sekali menafikan tuduhan itu.

Pada Mac lalu, Mathias Pogba tampil mendedahkan yang dia pernah meyakinkan adiknya untuk meninggalkan Old Trafford pada tahun 2012, setahun lebih awal.

Mathias juga membuat dakwaan yang dia merupakan individu paling memainkan peranan ketika adiknya memutuskan untuk berpindah menyertai Serie A 10 tahun lalu.

Pada ketika itu Mathias dilihat seperti seorang abang idaman apabila tampil membela adiknya dan kini merupakan antara mereka yang terlibat dalam memeras ugut Paul Pogba.

Mathias mempunyai saudara kembar yang bernama Florentin dan Mathias juga merupakan seorang pemain bola sepak profesional sebagai seorang penyerang.

BACA:  Paul Pogba Ajar De Gea Menjadi Penjaga Gol Sebenar