Jika pemain bola sepak boleh disamakan dengan sebuah kereta, maka Paul Pogba boleh dianggap seperti sebuah Super Car seperti Ferrari atau Lamborghini.
Malang sekali ia adalah kereta yang jarang dipandu kerana hanya beraksi 6 perlawanan pada musim lalu.
Pogba juga dianggap sepeerti kereta yang diperbuat daripada kaca kerana begitu mudah mengalami kecederaan – punca utama merencatkan penampilannya pada musim lalu.
Pogba kembali ke Turin secara percuma pada musim panas lalu selepas meninggalkan Manchester United,
🚨 Juventus are willing to sell Paul Pogba if a suitable offer comes in this summer but he wants to STAY.
The Frenchman played only 172 minutes of football last season.
(Source: @Gazzetta_it) pic.twitter.com/k9H0VG1aPW
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 28, 2023
Pemain itu juga pernah bersama Juventus selama empat musim sebelum kembali menyertai Man United dengan nilai £89 juta.
Namun kepulangannya ke Old Lady bukan sesuatu yang diharapkan penyokong dan Pogba sendiri kerana dianggap masalah kecederaan yang dihadapinya.
Hanya melakukan enam penampilan di Serie A pada musim lalu, Pogba dianggap sebagai satu pembaziran kerana Juventus masih perlu membayar gaji pemain itu dengan harga yang tinggi.
Secara keseluruhan Pogba beraksi 161 minit di semua pertandingan pada musim lalu. 108 minit adalah penampilan di Serie A, 42 minit di Europa League, dan baki 11 minit di Coppa Italia.
Dan ini bermakna Juventus membayar €65,000 untuk setiap aksi pemain itu di atas padang.
Mungkin sudah hilang sabar, Juventus kini bersedia menjual pemain tengah Perancis itu sebelum musim baru bermula Ogos nanti.
Menurut La Gazzetta dello Sport, Juventus kini bersedia untuk mendengar tawaran kelab berminat, dan penjualan pemain itu akan memberikan dana untuk mereka membawa masuk Sergej Milinkovic-Savic atau Cesare Casadei.
Juventus siap menjual Paul Pogba di bursa transfer musim panas ini. Bianconeri mau menggunakan uang penjualan Pogba untuk beli Sergej Milinkovic-Savic (SMS). https://t.co/5cvCmCpzV1
— detikcom (@detikcom) June 29, 2023
Pogba bagaimanapun dilaporkan enggan meninggalkan Juventus.
Bookie pula meramalkan pemain itu akan ke Major League Soccer. Perpindahan ke Arab Saudi juga adalah satu kemungkinan.
Khabar angin turut mengaitkan pemain itu ke Paris Saint-Germain atau Barcelona.
Realitinya tidak banyak kelab di Eropah yang yakin dengan Pogba, setelah apa yang berlaku di Old Trafford berkaitan sikap divanya dan isu kecederaan yang dialaminya di Turin.
Persamaan dengan Ferrari atau Lamborghini agak keterlaluan, kerana hakikatnya Pogba sebenarnya seperti besi buruk terperap di Juventus.