Pogba Tak Sangka Matic Tikam Belakang, Fitnah Dia Selalu Datang Lewat

Paul Pogba jelas sekali terkejut dengan kenyataan Nemanja Matic tentang dirinya. Di mana sebelum ini Matic mendedahkan Pogba antara pemain yang selalu lambat datang ke pusat latihan.

Matic meninggalkan United pada 2022 yang lalu selepas tamat kontrak 5 tahun bersama kelab itu. Dan dia mendedahkan dia adalah pemain yang menjadi salah seorang jawatankuasan disiplin ketika di Man united untuk menaikkan standard kelab itu di dalam dan luar padang.

Bekas pemain Chelsea itu yang kini bermain untuk Rennes memetik nama Pogba dan Sancho sebagai 2 bintang besar yang selalu datang lambat ke pusat latihan.

Matic berkata: “Di Chelsea, pemain pemain mereka bersikap sangat profesional. Mereka menepati masa dan tak pernah lambat datang ke latihan. Namun di Man United benda tu berlaku hampir setiap hari.”

“Antara pemain pemain yang sentiasa datang lambat ini ialah Paul Pogba dan Jadon Sancho, serta ada seorang dua lagi pemain lain. Kami yang lain yang selalu datang tepat masa ni, selalu marah dan bengang dengan mereka. Dan ketika itu kami menubuhkan jawatankuasan disipilin dan saya adalah presiden.”

“Saya meletakkan satu kertas di atas dinding dan mencatit nama individu yang datang lambat. Ada satu musim tu. Dalam semusim kami mengutip denda sekitar £75,000. Kami sebulat suara nak menggunakan wang itu untuk berparti di Lodon namun terpaksa membatalkannya kerana covid.

Daily Mail melaoporkan Paul Pogba benar benar kecewa dengan pendedahan Matic itu.

Pogba menyatakan dia bukan selalu lambat, cuma 2 kali je dia terlambat ke latihan. Itu pun kedua dua insiden itu berkaitan dengan urusan keluarga iaitu anaknya. Dia tidak membantah untuk membayar denda walaupun dia ada sebab kukuh untuk lewat.

Pemain yang dibeli Man United dengan nilai €100 juta itu berkata, dia selama ini mati mati ingatkan Nemanja Matic adalah sahabatnya, namun ternyata pemain itu tikam belakang. Memberitahu benda tak betul dan mereka reka cerita di hadapan media.

Pogba antara pemain yang seringkali diselebungi cerita negatif sepanjang di Man United. Terutama sekali ketika Mourinho melabel dia sebagai virus.
Topics: F

BACA:  Aksi Penjaga Gol Paul Pogba Bantu Antonio Jana Hampir RM1.4 Juta