Jesse Lingard Sah Sertai Nottingham Forest

Bekas pemain midfield Manchester United, Jesse Lingard telah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama satu tahun bersama Nottingham Forest.

Selepas hangat dikaitkan dengan bakal menyertai beberapa pasukan, Jesse Lingard akhirnya memutuskan untuk menyertai Nottingham Forest pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan Manchester United selepas kontraknya tamat pada penghujung musim lalu dan beliau menyertai Nottingham Forest sebagai pemain bebas ejen.

West Ham United, Newcastle United dan beberapa pasukan lain termasuk kelab dari Amerika turut menyatakan minat mereka mahu mendapatkan khidmat Lingard.

Beliau kini sudah menandatangani kontrak jangka masa pendek bersama kelab yang baru sahaja dapatkan promotion untuk beraksi dalam saingan Premier League, Nottingham Forest.

Pemain midfield itu turut mengesahkan tentang perpindahan tersebut dengan memuat naik video beliau bersama mafla Nottingham Forest di laman media sosial miliknya dengan menyatakan bahawa:

“Bersedia untuk babak terbaru. Let’s gooo babyyyyyy @NFFC #nottinghamforest.”

Lingard selepas ini akan menyertai skuad kendalian Steve Cooper itu untuk aksi jelajah Jerman sebagai sebahagian dari persiapan mereka bagi menghadapi saingan musim baharu nanti.

Menurut sumber laporan David Ornstein dari The Athletic, beliau akan beraksi bersama Nottingham Forest untuk beraksi bertemu Union Berlin pada hujung minggu ini.

The Guardian sementara itu telah mengesahkan yang Lingard bakal menerima gaji sekitar £200,000 seminggu di The City Ground.

Para penyokong Nottingham Forest jelas sekali sangat gembira dengan keputusan Jesse Lingard mahu menyertai mereka pada jendela perpindahan musim panas ini.

“Saya memang meminati kamu, selamat datang ke Nottingham, kami menanti anda.”

“Kedatangan kamu memang dinanti-nantikan oleh kami, kamu sememangnya pemain berbakat dan kami yakin kamu akan bawa kami pergi lebih jauh.”

“Sudah lama saya mengharapkan Nottingham Forest akan dapat tandatangani pemain berkelas dunia seperti Lingard. Saya sangat gembira dan berbahagia.”

“Kita sememangnya memerlukan pemain seperti Lingard, pengalaman dia beraksi dalam saingan Premier League akan sangat berguna, dia adalah pemain yang kita cari.”

“Saya boleh katakan yang Lingard merupakan penandatanganan terbaik kelab sejak beberapa dekad ini dan kejayaan kita dapatkan dia secara percuma jelas sekali satu hal yang sangat membanggakan.”

Ada juga peminat yang meragui keputusan Lingard dan mempersoalkan mengapa beliau memilih untuk sertai Nottingham Forest berbanding West Ham United.

Jesse Lingard pernah membuktikan yang beliau mempunyai potensi yang sungguh luar biasa dasyat ketika beliau beraksi sebagai pemain pinjaman bersama West Ham United sebelum ini.

Lingard menjadi pemain senior ke-11 yang Manchester United berjaya tandatangani pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau bakal kembali bergandingan bersama bekas rakan sepasukannya di Old Trafford, Dean Henderson yang turut baru sahaja menyertai Nottingham Forest pada awal bulan baru-baru ini.

Dean Henderson jelas sekali satu penambahan yang sangat sempurna untuk Nottingham Forest, apa lagi memikirkan yang penjaga gol England itu mempunyai kualiti yang sungguh menakjubkan.

Jesse Lingard juga turut mempunyai potensi yang sungguh luar biasa dasyat dan tak mengejutkan sama sekali andai beliau mampu untuk bantu Nottingham Forest menamatkan saingan musim baru nanti di kedudukan terbaik.

Lingard sudah tentu akan berusaha sehabis daya beliau untuk lakukan yang terbaik kerana beliau sangat terdesak mahu membuktikan sesuatu kepada Gareth Southgate.

Beliau jelas sekali akan sangat berharap agar dirinya akan turut tersenarai dalam senarai skuad England ke pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Dia Tak Macam Tu Di Tempat Kami" Jelas Noble Tentang Lingard