Man Utd Tolak Enam Lamaran Yang Mahu Dapatkan Lingard

Man Utd dilaporkan telah menolak enam lamaran dari pasukan dalam saingan Premier League yang berminat untuk mendapatkan Jesse Lingard.

Bintang United itu berjaya membuktikan kemampuan beliau ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England bertemu Andorra hujung minggu lalu.

Lingard berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assists ketika aksi kelayakan Piala Dunia itu, seterusnya membuktikan yang beliau masih pemain terbaik yang dimiliki oleh The Three Lions pada ketika ini.

Menurut laporan dari The Times, terdapat enam kelab yang menanti untuk menandatangani Jesse Lingard pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Pemain kebangsaan England itu juga dilaporkan menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab, dengan kontrak asalnya akan tamat pada penghujung musim nanti.

Lingard berjaya menjaringkan sembilan gol dari 16 penampilan dalam aksi saingan Premier League musim lalu bersama West Ham.

Beliau dikatakan tidak gembira dengan tindakan Manchester United yang tidak memberikannya minit permainan yang beliau mahukan.

Walaupun beraksi dengan sangat cemerlang ketika aksi pra musim sebelum ini, Lingard hanya diturunkan beraksi selama empat minit sahaja sepanjang musim ini.

Beliau hanya diturunkan beraksi ketika aksi bertemu Southampton sebelum ini dengan Lingard merasakan beliau seharusnya diberikan lebih banyak minit permainan.

Ole Gunnar Solskjaer menegaskan yang Lingard ada dalam perancangan beliau pada musim ini, dengan beliau mahu menggunakan khidmat pemain kebangsaan England itu untuk aksi Cup competition.

Walau bagaimanapun, dek kerana beliau kini sudah berada di kemuncak kariernya, Lingard merasakan yang beliau perlu mendapat minit permainan yang lebih banyak.

Everton bersama Aston Villa, Leicester City, Tottenham Hotspur, West Ham antara pasukan yang benar-benar berminat untuk menandatangani Lingard pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, tawaran dari kesemua enam pasukan tersebut telah ditolak kerana Lingard awalnya merasakan beliau akan diberikan minit permainan yang mencukupi.

Kini sepertinya J-Lingz akan memilih untuk menunggu kontraknya tamat, dan meninggalkan kelab sebagai pemain berstatus free ejen pada musim panas akan datang.

Man Utd pada ketika ini dibanjiri dengan pemain handalan di posisi serangan, dan ia menyebabkan Lingard sukar untuk bersaing merebut tempat dalam skuad utama.

Selain menandatangani Jadon Sancho, Manchester United turut berjaya mendapatkan semula legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Cristiano Ronaldo.

Solskjaer pula kebiasaannya akan memilih Bruno Fernandes, Paul Pogba dan Marcus Rashford sebagai kesebelasan utama skuadnya, dengan Mason Greenwood juga antara muka yang bakal diturunkan oleh pengurus dari Norway itu.

Oleh yang demikian, sukar sebenarnya untuk Lingard mendapat tempat dan bersaing dengan kesemua pemain tersebut

Selepas melihat kecemerlangan yang Lingard pamerkan bersama skuad kebangsaan England, tidak pasti adakah keputusan Solskjaer akan berubah, atau beliau masih tetap mahu meletakkan J-Lingz di bangku simpanan sahaja.

Lingard sebelum ini memberitahu West Ham bahawa beliau tidak mahu meninggalkan Old Trafford, namun tidak mustahil untuk melihat beliau berubah fikiran dan bakal ke London Stadium pada jendela perpindahan Januari nanti.

Lima lagi pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau juga tentunya akan sekali lagi mencuba nasib untuk mendapatkan Lingard pada jendela perpindahan Januari nanti atau musim panas akan datang.

Salah satu sebab mengapa Lingard mahukan minit permainan adalah kerana beliau mahu terus cergas dan akan diberi peluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Sumbe: SB

BACA:  Gol Super Power Mason Greenwood