Dubai Tidak Membantu: Arsenal Semakin Lemah Tanpa Havertz

Pada tahun lepas, kem latihan di Dubai membantu Arsenal untuk bangkit semula dan menghidupkan kembali musim mereka. Kejayaan mereka meraih 16 kemenangan daripada 18 perlawanan terakhir Liga Perdana membangkitkan kepercayaan bahawa Nad Al Sheba Sports Complex adalah lokasi bertuah untuk skuad Mikel Arteta.

Sebelum Arsenal kembali ke Emiriah Arab Bersatu pada bulan ini, ramai berharap keajaiban yang sama akan berlaku selepas kalah 4-0 kepada Newcastle United dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao. Namun lawatan kali ini lebih singkat, pasukan terbang ke Dubai pada hari Khamis dan kembali ke London pada hari Selasa.

Tahun lalu, Arteta membawa keluarga pemain untuk membantu mereka berehat secara mental selepas hanya mencatat 1 kemenangan dalam tujuh perlawanan. Ada banyak masa santai di luar sesi latihan, dan bekas pemain Arsenal, Cedric Soares, berkongsi salah satu aktiviti yang mengeratkan hubungan dalam pasukan:

“Satu malam, Arteta beri semua pemain sekeping kertas dan minta mereka tulis nilai dan sumbangan yang mereka bawa ke pasukan setiap hari,” kata Cedric. “Kemudian, kami baca semua jawapan, dan ia sangat bermakna.”

Tahun ini, Arteta mungkin berharap jawapan utama yang ditulis oleh pemain adalah “kesediaan untuk bermain” – satu perkara yang semakin sukar dicapai oleh Arsenal.

Arsenal Dilanda Krisis Kecederaan

Sekali lagi, terdapat beberapa ahli keluarga pemain yang mengikut serta dalam lawatan kali ini,lndan sebuah majlis BBQ dirancang pada malam terakhir. Namun, sebelum majlis sempat berlangsung, segalanya musnah apabila Kai Havertz mengalami kecederaan hamstring yang telah menamatkan musimnya.

Hanya seminggu sebelum itu, Arteta memuji ketahanan fizikal pemain Jerman itu. Arteta menyifatkannya sebagai seorang pemain yang kuat dan lasak. Namun, dengan jadual padat sejak Novembe, Arsenal telah bermain 21 perlawanan dalam tempoh 75 hari,  sesuatu yang cukup membebankan pemain.

Dubai sepatutnya menjadi peluang untuk pemain berehat dan pulih. Suhu panas di sana (sekitar 22°C berbanding 8°C di London) membantu mengurangkan risiko kecederaan otot. Namun, walaupun keadaannya ideal, ia tetap tidak dapat menghalang Havertz dari mengalamai kecederaan serius.

Havertz sudah kelihatan keletihan dalam kekalahan Piala Carabao di Newcastle tetapi Arteta tetap membiarkannya bermain selama 95 minit penuh. Sebelum itu, dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, dia rebah ke tanah akibat keletihan selepas bermain dengan 10 pemain dalam setengah jam terakhir.

Sejak musim lalu, Havertz telah bermain 69 perlawanan untuk kelab dan negara dan pada musim ini dia sudah bermain 34 kali. Dari 90 perlawanan Arsenal, dia hanya terlepas 5 kali. 

Kini, Arsenal kehilangan satu-satunya penyerang mereka yang masih cergas. Dengan Gabriel Jesus dan Bukayo Saka yang juga cedera, 3 pemain serangan utama mereka kini tidak dapat beraksi. Arsenal hanya mempunyai Leandro Trossard, Raheem Sterling dan pemain remaja berusia 17 tahun, Ethan Nwaneri sebagai pilihan untuk serangan.

Havertz: Kunci Taktikal Arteta yang Kini Hilang

Lebih daripada sekadar penyerang, Havertz merupakan pemain yang mewakili falsafah Arteta. Sejak Arsenal menandatanganinya dari Chelsea, Arteta telah membentuk permainan pasukan untuk mengoptimumkan keupayaannya.

Havertz bukan penyerang tradisional tetapi pergerakannya mencetuskan serangan Arsenal. Dia membantu membentuk tekanan tinggi bersama Martin Ødegaard dan sering berada di posisi tepat untuk menyerang gawang lawan.

Bagi Arteta, posisi dalam bola sepak moden tidak lagi statik. Havertz percaya bahawa peranan penyerang tengah tradisional semakin pupus dan Arsenal tidak melihat banyak pemain lain yang boleh menggantikannya dalam jendela perpindahan Januari.

Namun, keputusan itu kini membawa padah. Arsenal kini bergantung sepenuhnya kepada baki pemain serangan untuk bertahan selama 4 bulan terakhir musim ini.

Dubai sepatutnya menjadi peluang untuk Arsenal berehat dan membina semula momentum selepas menempuhi beberapa perlawanan sukar. Sebaliknya, di sanalah harapan mereka untuk mencabar kejuaraan mungkin telah musnah sepenuhnya.

BACA:  Premier League 2022/23: Crystal Palace 0-2 Arsenal