Dapat Penalti Pun Cara Keji Sebab Tu Tak Score

Arsenal memenangi penalti yang telah mencetuskan kontroversi ketika aksi kemenangan 2-0 mereka menewaskan West Ham awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi London derby di Emirates Stadium awal pagi tadi, dengan skuad kendalian Mikel Arteta berjaya mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini.

Arsenal berpeluang untuk menambah bilangan gol mereka dalam perlawanan ini, selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti yang telah mencetuskan kontroversi di kalangan peminat.

Gol cantik ala Thierry Henry yang dijaringkan oleh Gabriel Martinelli berjaya membantu Arsenal untuk mendahului perlawanan 1-0 pada awal aksi babak pertama permainan.

Arsenal kemudiannya berpeluang untuk menggandakan kedudukan selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti kerana Alexandre Lacazette dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Penalti yang mencetuskan kontroversi

Walau bagaimanapun, melihat cara bagaimana ketua pasukan Gunners itu dijatuhkan, dan menyebabkan Vladimir Coufal dilayangkan dengan layangan kad merah, ia jelas sekali telah membangkitkan kemarahan peminat.

Ramai yang yakin dan percaya yang kekasaran yang dilakukan oleh Coufal itu tak sepatutnya menyebabkan beliau dilayangkan dengan layangan kad merah.

Pemain pertahanan West Ham itu dilihat benar-benar mencari bola ketika melakukan tackle dan selepas berjaya memenangi bola kaki beliau tersentuh kaki Lacazette.

Anthony Taylor segera meniup wisel dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal, seterusnya turut memberi kad kuning kedua kepada Coufal.

VAR juga sama sekali tidak mengubah keputusan itu dan bersetuju saja dengan apa yang sudah diputuskan oleh Anthony Taylor di atas padang.

Para peminat di media sosial menganggap sepakan penalti yang Arsenal menangi dalam perlawanan ini merupakan keputusan paling teruk yang pernah dilakukan oleh seseorang pengadil.

Para peminat di media sosial melepaskan geram masing-masing dengan memaki hamun pengadil perlawanan kerana membuat keputusan yang dianggap sangat tidak wajar itu.

“Penalti dengan tiba-tiba terlalu mudah untuk dimenangi. Ia nampaknya satu keputusan gila dari pengadil perlawanan.”

“Jika ada yang anggap keputusan pengadil layangkan kad merah kepada Coufal sebagai satu kesilapan, saya tak tahu apa lagi nak di kata. VAR sampah!”

“Tidak ada bukti kukuh untuk anggap dia buat salah!!! Coufal jelas sekali menangi bola dengan bersih. Saya betul-betul tak boleh percaya.”

“Padan muka Lacazette, dapat penalti dengan cara yang keji, lepas tu tak score.”

“West Ham terpaksa habiskan perlawanan dengan kekurangan seorang pemain, pengadil merosakkan suasana perlawanan.”

Seperti yang didakwa oleh peminat di media sosial itu, karma akhirnya berlaku dengan Lacazette gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang beliau menangi.

Lukasz Fabianski berjaya menyelamatkan sepakan penalti tersebut seterusnya menghampakan Lacazette dari meledak gol kedua untuk Arsenal dalam perlawanan ini.

Jika melihat kepada video insiden tersebut, jelas sekali sangat wajar untuk para peminat mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Walau bagaimanapun, ia sama sekali tidak boleh untuk menafikan hak Arsenal untuk memenangi perlawanan ini kerana mereka sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang perlawanan.

Emile Smith Rowe berjaya menjaringkan gol kedua untuk Arsenal pada minit ke-87 seterusnya mengesahkan kemenangan 2-0 Gunners menewaskan West Ham dalam perlawanan ini.

Selain insiden penalti kontroversi, gol pertama Arsenal jaringan Martinelli juga turut menjadi topik perbualan hangat para peminat di media sosial.

Martinelli jaringkan gol persis Thierry Henry

Dua minit selepas sepak mula separuh masa kedua, Lacazette mendapat bola di bahagian suku ketiga serangan. Tidak memegang bola lama-lama seperti Guilherme De Paula, Lacazette terus melorongkan bola kepada Martinelli yang sudah mula melakukan larian.

Sebaik mendapat bola, Martinelli menggelecek bola ke dalam kotak penalti, sebelum melakukan satu sepakan curve leret persis legenda kelab Arsenal, Thierry Henry dan gagal diselamatkan oleh Fabianzki.

Kemenangan ini melonjakkan pasukan Arsenal ke tangga keempat, tujuh mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Chelsea, dan satu mata mengatasi West Ham di tempat kelima. Manakala Manchester United pula terjerumus ke tangga keenam dengan 27 mata, dua mata di belakang Arsenal.

Sumber: GMS

BACA:  Pemain Muda Arsenal Jadi Sanjungan Selepas Sumbat 10 Gol Belasah Liverpool 14-3