Duo Liverpool Sedang Dalam Usaha Mereka Untuk Pecahkan Rekod Premier League

Leighton Baines pada ketika ini merupakan pemegang rekod sebagai pemain pertahanan yang paling banyak mencatat assists dalam sejarah saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, dua pemain full-back Liverpool sepertinya bakal mampu untuk memecahkan rekod tersebut.

Trent Alexander Arnold pada ketika ini sedang berusaha untuk mengejar rekod tersebut, sementara rakan sepasukannya, Andy Robertson sudah hampir berjaya untuk melakukan tersebut.

Andy Robertson berjaya merekodkan 39 assists untuk Liverpool dan Hull City di saingan bola sepak utama England, kurang 10 sahaja dari rekod Baines, yang mencatatkan 49 assists.

Alexander Arnold sementara itu telah berjaya mencatatkan 35 assists dalam saingan Premier League dan beliau juga turut sedang menghampiri untuk memecahkan rekod Baines.

Ia bakal menjadi perseteruan yang hangat antara kedua-dua pemain full back itu dalam usaha mereka untuk memecahkan rekod assists terbanyak dalam saingan Premier League.

Cara bagaimana Jurgen Klopp menggunakan pemain full back beliau sejak dari awal beliau tiba di Anfield dan pengurus dari Jerman itu jelas sekali membawa revolusi baru di pentas bola sepak Inggeris.

Alexander Arnold dan Robertson telah menjadi antara full back terhebat dalam dunia bola sepak dengan mereka setiap musim konsisten memberikan impak yang menakjubkan.

Barisan kejurulatihan di pusat akademi kelab berhak untuk mendapat pujian kerana berjaya membantu Trent Alexander Arnold untuk mengeluarkan yang terbaik bersama skuad utama.

Unit recruitment turut berhak mendapatkan pujian kerana mereka berjaya menemui bakal seperti Andy Robertson dari Hull City.

Robertson menyertai Liverpool pada tahun 2018 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta sahaja.

Pembelian ketua pasukan Scotland itu jelas sekali dianggap sebagai pembelian paling berbaloi dalam sejarah bola sepak Liverpool.

Paul Merson baru-baru ini mengangkat Robertson sebagai pembelian kelima terhebat di bawah kendalian Jurgen Klopp selepas Sadio Mane, Mohamed Salah, Virgil Van Dijk dan Alisson.

Liverpool berjaya mencipta gandingan full-back yang sungguh luar biasa dasyat dan The Reds juga sangat beruntung kerana memiliki bakat-bakat hebat seperti kedua-dua mereka.

Liverpool juga boleh menarik nafas lega pada ketika ini kerana mereka berjaya mendapatkan pemain back up untuk Trent Alexander Arnold pada musim panas ini.

Calvin Ramsay ditandatangani oleh Liverpool dari Aberdeen pada musim panas ini dengan yuran perpindahan bernilai £4.2 juta.

Ramsay berharap beliau akan mampu menyamai pencapaian rakan senegaranya, Andy Robertson dan menjadi antara pemain terpenting The Reds.

Sebelum ini, pemain seperti Joe Gomez dan James Milner merupakan antara dua pemain yang sering digunakan sebagai back up kepada pemain full back itu.

Dengan mempunyai pemain berbakat seperti Calvin Ramsay, Jurgen Klopp jelas sekali akan sangat gembira dan merasa lega kerana memiliki dua pemain berpotensi di posisi tersebut.

Di sisi lain, selepas melalui kesukaran pada musim pertama beliau dalam saingan bola sepak Inggeris, Kostas Tsimikas sepertinya sudah berjaya membuktikan beliau juga antara pembelian paling berbaloi kelab.

Beliau berjaya menjadi back up yang sangat sempurna untuk Andy Robertson dengan beliau kini turut menjadi antara pemain kesayangan peminat.

Para penyokong Liverpool akan sangat berharap agar kedua-dua Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson bebas dari sebarang kecederaan pada musim hadapan.

Calvin Ramsay dan Kostas Tsimikas pula sangat diharapkan akan menjadi pemain terpenting untuk The Reds di pentas saingan domestik selain menjadi back up kepada dua pemain utama itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Persekutuan Bola Sepak Mesir Nafi Dakwaan Salah Mahu Bersara Dari Arena Antarabangsa