Ederson Tunjuk Cara Sebenar Seorang Keeper Ambil Penalti

Penentuan sepakan penalti yang epik dalam perlawanan akhir Europa League antara Manchester United dan Villareal telah dijadikan iktibar oleh penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes.

Dua pasukan Premier League, Manchester City dan Chelsea kini dalam persiapan akhir untuk perlawanan Champions League yang akan berlangsung awal pagi ini.

Segala kemungkinan yang akan terjadi dalam perlawanan akhir ini sebolehnya mahu dicari penyelesaian untuk dipraktikkan di dalam padang jika situasi sama terjadi.

Lantaran itu Ederson nampaknya sudah menyiapkan dirinya melakukan penalti sekiranya pasukannya terpaksa bertarung dalam penentuan penalti yang panjang.

Penjaga gol Manchester City itu dilihat melakukan beberapa aksi sepakan penalti dan luar biasa sekali kemampuan beliau. Di mana ada di antara penalti tersebut Ederson melakukan panenka.

Ederson juga melakukan sepakan penalti sama seperti David De Gea lakukan dengan sepakan ke kanan leret dan lemah namun masuk, ini kerana Ederson bijak membaca gerakan penjaga gol.

Menurut laporan wartawan BR Sports yang berada di tempat latihan Manchester City dan menyaksikan sepakan Ederson, kesemua penalti diambil oleh Ederson masuk.

Ditanya sama ada Ederson berusaha keras untuk memastikan dia mampu melakukan sepakan yang sempurna, Ederson menafikannya.

Menurut Ederson, beliau berlatih biasa biasa sahaja kerana Ederson memang mampu melakukan penalti dengan baik dan sempurna.

Malah Ederson juga dengan yakin telah meminta untuk melakukan sepakan kelima jika perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

“Aku tak perlu berlatih banyak-banyak untuk penalti. Tapi sepakan kelima yang terakhir tu yang paling penting, aku mahu lakukan sepakan.”

Ederson pasti akan menjadi tumpuan kerana beliau merupakan offensive keeper yang sangat bagus. Beliau berpeluang membantu City menjulang kejuaraan Eropah yang pertama di dalam sejarah kelab mereka.

Manchester City akan berhadapan dengan Chelsea di Estadio Do Dragao. Venue pertandingan diubah dari Istanbul kerana isu protokol kesihatan dan kehangatan mula terasa dengan insiden pergaduhan.

Penyokong Manchester City dan Chelsea dilaporkan bertumbuk sesama sendiri sebelum terlibat dengan pertengkaran bersama pihak polis tempatan di Porto, menjelang aksi perlawanan akhir Champions League.

Ribuan penyokong Man City dan Chelsea telah terbang ke Portugal untuk menonton aksi perlawanan akhir saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Telah tular satu video yang menunjukkan para penyokong bergaduh sesama sendiri di sekitar jalanan utama di bandar Porto malam semalam.

Mungkin mereka lupa ungkapan ‘masuk tempat orang bawa otak, bukan pisau’, dan kerana itulah kedua-dua penyokong pasukan dari England itu memilih untuk bertumbuk di Portugal.

Terdapat pelbagai rakaman yang menunjukkan pelbagai insiden berbeza telah berlaku di sekitar kawasan Sungai Douro dan para peminat dikatakan turut bergaduh dengan pihak polis tempatan.

Para penyokong dari kedua-dua pasukan mula mencari gaduh dengan pihak polis tempatan selepas bar di kawasan itu semuanya ditutup pada jam 10.30 malam.

Siaran TV Portugal telah menyiarkan secara langsung beberapa rakaman berkait insiden yang melibatkan pergaduhan antara penyokong Man City dan Chelsea di sana.

Kedua-dua penyokong pasukan Chelsea dan City sudah mula bertengkar sejak ketibaan mereka dari England untuk menonton perlawanan akhir Champions League di Portugal.

Salah satu klip yang mulai tular di media sosial ketika ini adalah rakaman yang menunjukkan bagaimana sekumpulan peminat berlari melintasi jalan dalam keadaan yang cukup huru hara.

Hal ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan menjelang aksi perlawanan akhir nanti.

Terdapat juga laporan yang menyatakan pergaduhan ini bermula selepas penyokong Manchester City dan Manchester United bertumbuk sesama sendiri pada malam sebelumnya.

Pergaduhan mereka telah dileraikan oleh pihak polis dan tentera yang merasakan pertengkaran kedua-dua mereka semakin teruk.

BACA:  Ederson Hampir Jadi Karius Namun Tenang Keluarkan Bola Atas Garisan