Ederson Hampir Jadi Karius Namun Tenang Keluarkan Bola Atas Garisan

Penjaga gol Manchester City, Ederson Morais hampir saja bertukar menjadri Loris Karius yang terkenal dengan aksi kelakarnya namun kekal tenang untuk keluarkan bola diatas garisan gol.

Loris Karius merupakan bekas penjaga gol Liverpool yang terkenal dengan aksi kelakar berprofil tinggi dan sudah pasti aksi kelakar di final Champions League akan kekal sebagai satu kesilapan yang epik.

Ketika ini Harry Maguire merupakan pemain yang sedang menempa nama untuk menjadi sebaris dengan Karius apabila konsisten melakukan beberapa siri aksi kelakar.

Kau bayangkan la lagu mana pergi kalau Harry Maguire dan Loris Karius berada dalam satu pasukan.

Ederson merupakan ball playing goalkeeper antara yang terpadu di dunia hari ini disamping rakan senegaranya di Liverpool. Alisson Becker.

Sehebat mana pun Ederson yang sentias tersikat kemas rambut sepanjang perlawanan tidak terkecuali untuk melakukan kesilapan.

Pada minit ke-23 ketika kedudukan terikat 1-1 hasil jaringan Kevin De Bruyne dan Diogo Jota hantaran kebelakang Kyle Walker hampir mengundang malapetaka.

Hantaran Kyle Walker tidaklah berisiko namun tindakan Ederson yang cuba menahan bola tidak sepenuhnya dan membiarkan bola bergerak kebelakang hampir menghasilkan gol sendiri.

Ederson boleh terus membuat hantaran kepada dua rakan yang sudah membuka ruang namun Ederson memilih untuk melakukan acahan yang menyaksikan bola hampir masuk ke gawang sendiri.

Ederson juga hampir terjatuh namun berjaya mengimbangi badan dan tenang mengawal situasi dan terus menghantar bola kepada Aymeric Laporte ketika Diogo Jota pantas datang menyambar.

Bola diatas garisan gol berjaya dihantar Ederson yang telah mewujudkan bahaya dikawasan sendiri dan nasib baik tidak terhukum.

Kerana tiada aksi kelakar maka tindakan Ederson yang tenang mengawal situasi dihujung tanduk dengan tekanan dari Jota maka Ederson dianggap genius.

Ederson telah dilabel mempunyai tahap keyakinan diri dan ketenangan tahap dewa dalam situasi bertekanan tinggi seperti itu.

Manchester City melalui laman Twitter rasmi mereka telah menzahirkan rasa seram sejuk dengan aksi Ederson itu.

Manchester City 2-2 Liverpool

Perlawanan paling sedap dan dinanti-nantikan musim ini menemukan dua pasukan yang sedang dalam pengejaran gelaran Premier League iaitu Manchester City dan juga Liverpool.

Manchester City dan Liverpool hanya dipisahkan dengan satu mata sahaja dan ini peluang Jurgen Klopp untuk memintas Pep Guardiola bagi merampas takhta liga.

Pertembungan taktikal, teknikal kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain berkualiti tinggi ini pasti akan menyajikan satu perlawanan yang epik bagi musim ini.

Manchester City bermula agak goyah dan tidak meyakinkan di hari yang sedikit mendung, Aymeric Laporte membuat kesilapan awal yang hampir mengundang padah.

Rodri pantas menutup kesilapan itu dengan satu clearance dan memberi kelegaaan. Manchester City hanya memerlukan sedikit sahaja masa untuk kembali fokus kepada perlawanan.

Kevin De Bruyne merencanakan gerakan dengan satu lorongan yang membelah pertahanan Liverpool mencari Gabriel Jesus yang terus menghantar kepada Raheem Sterling.

Pemain sayap England itu lepas perangkap offside dan hanya berdepan dengan Alisson Becker yang lebih bersedia untuk menafikan gol awal dari Sterling.

Fabinho mengasari Kyle Walker dan satu sepakan percuma pantas dilakukan City dan Bernardo Silva menghantar bola kepada Kevin De Bruyne yang terus melakukan gerakan solo.

Satu rembatan dilepaskan De Bruyne dan terbias kaki Joel Matip untuk gol pembukaan dalam perlawanan penuh mendebarkan.

Liverpool tidak panik didalam penguasaan permainan dari Manchester City, Diogo Jota hadir untuk kembali mengimbangi perlawanan dengan gol penyamaan.

Hantaran silang dari Trent Alexander Arnold gagal dikeluarkan dengan kemas oleh pemain City bola sampai kepada Andrew Robertson yang kembali menghantar bola kepada dalam kotak.

Trent Alexander Arnold pantas menyambar dan menghantar kepada Diogo Jota yang terus meledakkan rembatan gol.

Ederson hampir melakukan aksi kelakar apabila cuba membuat acahan diatas garisan gol dan mujur berjaya mengeluarkan bola. Atau mungkin Ederson sedang menganjing.

Manchester City terus bermaharajalela namun Liverpool tenang menyerap asakan demi asakan.

Pada minit ke-36 akhirnya Gabriel Jesus berjaya meletakkan Manchester City kembali dihadapan dengan satu penyudah yang tajam.

Ketika rakan sepasukan berada dalam posisi offside, Jesus datang dari belakang Trent Alexander Arnold untuk menyambut hantaran Joao Cancelo.

Gol Jesus disahkan kerana rakan-rakannya langsung tidak terlibat atau mencampuri urusan gol itu walaupun berada dalam posisi offside.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan berpihak kepada City.

Hanya 45 saat sahaja diperlukan oleh Liverpool untuk kembali menyamakan selepas permainan kembali bersambung dengan satu gerakan yang sempurna.

Hantaran Mohamed Salah yang membelah bumi cantik sampai kepada Sadio Mane yang menunjukkan satu aksi penyudah yang tenang.

Pada minit ke-63. Raheem Sterling kembali meletakkan Manchester City dihadapan dan ketika asyik meraikan jaringan ketiga itu Video Assistant Referee menjalankan tugasnya.

Keadilan telah ditunjukkan oleh VAR dan membatalakan gol Raheem Sterling itu kerana terlebih dahulu offside.

Gabriel Jesus mempersia-siakan dua peluang apabila membuat keputusan untuk mencuba sendiri ketika rakannya berada dalam kedudukan yang lebih baik.

Riyad Mahrez hampir memberi gol kemenangan minit akhir dengan sepakan percuma tetapi dinafikan oleh tiang.

Kedudukan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan dan City terus berada di atas dengan kelebihan satu mata.

Liverpool dan Manchester City sekali lagi akan bertemu pada 16 april ini di separuh akhir Piala FA sebelum Liverpool bertemu Manchester United.

Dengan baki 7 perlawanan, Manchester City tampak mempunyai kelebihan dengan lawan yang lebih mudah berbanding Liverpool namun dalam bola sepak segalanya mungkin.

Kesebelasan utama Manchester City: Ederson; Walker, Stones, Laporte, Cancelo; Rodri, Bernardo Silva, De Bruyne; Sterling, Foden, Jesus.

Pemain Simpanan: Steffen, Mahrez, Zinchenko, Fernandinho, McAtee, Lavia, Grealish, Gundogan, Ake.

Kesebelasan utama Liverpool: : Alisson; Alexander-Arnold, Matip, Van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Mane, Jota.

Pemain Simpanan: Kelleher, Jones, Tsimikas, Konate, Gomez, Milner, Keita, Firmino, Diaz.

Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor (Wythenshawe)

Liverpool 2-2 Manchester City

Perlawanan sedap Premier League minggu ini menyajikan dunia bola sepak dengan pertemuan antara Liverpool dan Manchester City, sudah pasti kemenangan yang dicari kedua-dua pasukan.

Liverpool memerlukan kemenangan untuk menjarakkan diri di tahkta liga manakala kemenangan akan mendekatkan Manchester City ke kedudukan teratas.

Seri sudah pasti memberi kelegaan kepada banyak pasukan terutamanya Chelsea yang mampu terus mengekalkan kelebihan.

Jurgen Klopp dan Liverpool boleh diibaratkan sebagai Kriptonite buat Pep Joseph Guardiola di mana Jurgen Klopp merupakan pengurus paling sukar ditewaskan Guardiola dan Liverpool pula merupakan pasukan paling susah Guardiola mahu tumbangkan.

Separuh masa pertama menyaksikan Manchester City terlalu gah buat Liverpool dengan jayanya berjaya menutup ruang untuk para pemain Liverpool membuat hantaran.

Mati kutu jadinya anak buah Jurgen Klopp walalupun bermula agak baik pada awal permainan. Hampir setengah jah perlawanan Manchester City mula menunjukkan belang mereka.

Kontroversi tercetus pada minit ke-32 apabila James Milner telah menjatuhkan Phil Foden dari belakang di luar kotak penalti namun tiada apa-apa tindakan dari pengadil dan Milner terlepas.

Berbaki 10 minit permainan 45 minit pertama Manchester City terus menerus mengasak Liverpool yang hanya hebat di mulut penyokong mereka.

Liverpool mula memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua selepas gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat pada babak pertama.

Akhirnya pada minit ke-59 Sadio Mane berjaya memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan dengan satu penyudah yang tenang lagi penuh bergaya.

Larian solo Mohamed Salah dari tengah padang disebelah kanan laju nak mati tidak terkejar pemain Manchester City sebelum memotong ke tengah dan melorongkan cantik bola kepada Sadio Mane.

Berselang 10 minit kemudian, Manchester City menyamakan kembali kedudukan melalui jaringan Phil Foden dengan percubaan leret menewaskan Alisson Becker.

Pada minit ke-76, Mohamed Salah meletakkan Liverpool kembali di depan selepas menyempurnakan dengan sebaik mungkin suapan dari Curtis Jones dari tepi padang.

Persis Lionel Messsi Mohamed Salah melakukan satu larian solo menerobos masuk ke kotak penalti Manchester City menggelecek 11 pemain City sebelum menewaskan Ederson.

Kemudian Pep Guardiola dilayangkan kad kuning kerana mempersoalkan keputusan pengadil lantaran kejahatan James Milner yang tidak berkesudahan ke atas Phil Foden.

Hanya lima minit sahaja gol Mohamed Salah mampu bertahan apabila Kevin De Bruyne kembali menyamakan kedudukan dengan percubaan lencong yang terbias pemain Liverpool.

Fabinho terlepas peluang keemasan untuk gol kemenangan Liverpool selepas Ederson tersalah langkah menangkap angin, Rodri pantas membuat hadangan.

Selepas mentertawakan pasukan lain yang seri mereka mula mencipta alasan bahawa perlawanan ini sangat hebat, genius dan legendary lalu wajar diberikan penghormatan aras tinggi.

Setakat ini Liverpool masih kekal sebagai satu-satunya pasukan Premier League yang belum tewas musim ini sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan kepada 19 perlawanan.

Liverpool Kesebelasan Utama (4-1-2-3) Alisson Becker ; James Milner, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson; Fabinho; Jordan Henderson, Curtis Jones; Mohamed Salah, Diogo Jota, Sadio Mane.

Pemain gantian : Caoimhin Kelleher, Ibrahima Konate, Joseph Gomez, Konstantinos Tsimikas, Neco Williams, Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain, Roberto Firmino, Takumi Minamino.

Manchester City Kesebelasan Utama (4-1-2-3) Ederson MNoraes ; Walker, Dias, Laporte, Cancelo; Rodri; Silva, De Bruyne; Jesus, Foden, Grealish.

Pemain gantian : Steffen, Carson, Stones, Ake, Fernandinho, Palmer, Sterling, Torres, Mahrez.

Pengadil Perlawanan : Paul Tierney.

BACA:  Mourinho Meroyan Lagi, Minta Penyokong Manchester United Lebih Bersabar